Assalamualaikum.. Selamat Datang ke Blog Duniaku Si Merah Jambu ! ʕ•ᴥ•ʔ Jangan lupa follow blog ni, okay ? ✿◕ ‿ ◕✿ Saranghae ❤ ❤ ❤ Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving ❤ ❤ ❤

Thursday, August 11, 2022

Hadap atau Lari?

Assalamualaikum semua. Lama betul menghilang. Biasa lah manusia kadang ada, kadang tak ada. Tapi tu lah. Kadang-kadang kehilangan itu merupakan satu kebaikan sama ada untuk diri kita sendiri atau orang lain.

Sebenarnya, Ainna agak sedikit fobia. Pernah kena paksa delete entry dekat blog sebab ada kena-mengena dengan boyfriend orang. Bila kita just nak buat satu tempat untuk luahkan segala kenangan. Kita dipaksa untuk menghentikannya.

Mungkin Ainna terlalu ikutkan perasaan kebudak-budakkan tu. Entah bila nak matang agaknya. So, bagi mengelakkan tu semua berlaku. Kita elak lah mana yang mampu. 

Kita semua ada sisi kebaikan kita. Cuma tu lah. Kita tak digalakkan berkongsi semua perkara. Akan timbul perasaan dan penyakt hati "Ain".

Jadi, kita nak hadap ke atau lari? Mungkin lah tak semua perlu lari. Kita semua tahu, setiap pilihan yang kita buat akan ada tinggalkan kesan dalam hidup kita. Jadi? Kalau kita lari, itu akan memberikan kesan positif ke? Boleh lari sampai bila? 

Sampai satu masa kita sendiri memilih untuk hadap je. Hidup ni kan sekali je. Setiap yang terjadi pasti terselit hikmah yang Allah takdirkan untuk membuatkan kita terfikir. "Oh, kalau lah aku lari dulu, mungkin aku takkan jadi diri aku yang sekarang"

So guys, satu je nak pesan. Buat pilihan yang terbaik. Hadap je, jangan lari. Berdoa semoga kau mampu lalui hari kau selepas ini. Okay?

Take careee semuaa. Semoga kalian sentiasa dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Aamiin yra. 


Ada rezeki, kita jumpa lagi 😌

Saturday, March 28, 2020

Cerpenku: Perkenalan


    Assalamualaikum! Haa, Haritu iols ada janji nak share story tentang kawan-kawan baru yang Ainna kenal kat sini. Lebih best jadikan macam Cerpen kan? Okay, let's start!


Arry, nama panggilan aku. Bila jejak kaki kat sini. Aku kena kuat. Aku kena buktikan yang aku boleh. Yah, maybe Ibu dan Abah sendiri masih tak yakin dengan aku. Tapi apapun aku kena buktikan yang aku mampu. Sampai bila aku nak dibayangi dengan kes pindah sekolah aku dulu? Dah 8 tahun berlalu. Namun masih segar dalam ingatan aku apa yang jadi. 

Ahhhh. Biarkan ia berlalu. Mungkin pahit untuk diingati. Mungkin manis yang tinggal masih ada untuk aku sehingga kini. Mana mungkin aku mampu menjadi Arry yang sekarang tanpa kisah itu. Haihh. 

"Kelas esok pukul 8! Haih, kena bersiap awal lagi lah ni" - bisik hati kecil aku.

Aku melangkah seorang diri. Macam biasa. Rutin harian. Tunggu bas. Pastikan bas itu tertera huruf yang betul. Kalau tak, matilanak, terlambat ke kelas. 

Aku turun di fakulti. Melangkah laju. Tidak endah sesiapa pada ketika itu. Sampai ke kelas. Aku lihat jam. Tertera pukul 7.40 pagi. Masih awal bukan?

Terlihat 3 orang gadis saling berborak sesama sendiri. 

"Ada orang ke?" - Aku bertanya.

"Tak ada, duduklah" - Dia tersenyum.

Akupun duduk, bermula sesi soal kenal sesama sendiri.

"Nama apa? Dari mana? Dulu ambik diploma apa?"

Aku hanya teruja mendengar kisah mereka.

"Saya dari Diploma in Medical Lab Technology (MLT), ni sorang ni junior saya juga"- Far bersuara.

"Haah, dulu dia senior saya. JPK dulu kat UiTM Pulau Pinang, ni pun baru jumpa"- Tiqah membalas.

"Saya pulak Diploma in Landscape Architecture"- jawab Aina

" Seriuslahhh, korang memang pilih Degree in Microbiology ni ke?" - Aku bertanya

"Haahh, betullah tu"- Far 

Sejak tu, aku baru tahu Far dan Aina tua setahun dari kitaorang. 

"Far, Aina, korang buat apa dalam tempoh setahun tu?"-Aku

"Far jadi Nurse kat sebuah klinik ni. Ambik sample semua. Lumayan jugalah gaji 2.5k sebulan. Lepas tu, ada kerja kedai makan kat I-Central City Mall "- Far

"Aina pula, kerja kat syarikat ni bahagian architecture, bahagian dalaman. Gaji pula ikut projek tu. Kalau dia mintak lukis ke apa. Adalah dapat RM800 ke RM500 ke untuk satu projek"-Aina

Aku dan tiqah saling berpandangan.

"Hebat lah korang. Kitaorang ni terus sambung Degree, pengalaman apa-apa pun takde"-Tiqah

"Aku tergelak.Iya weyhh. Hebatnya korang. Aina, best ke kerja tu? Macam mana boleh dapat?"-Aku

"Kena interview macam biasa. Kena tunjuk kita pandai tak guna Autocad semua tu. Pernah juga lah ada impian nak pergi luar negara belikan barang customer. Tapi takde peluang lagi" -Aina

"Wow, serius? Kalau pergi luar negara tu, customer yang support eh?"- Aku

 "Haah betul, diorang yang kena support. Kalau diorang nak macam ni ke apa ke.Saya yang kena gi cari kat kedai. Tengok apatu semua" - Aina

"Wow, hebatnyaaa.. Erm, kenapa berhenti Aina?"- Aku

"Sebab stress, pressure semua" - Aina

"Lah yeke. Tak tukar pergi Syarikat lain?"- Aku

"Semua syarikat sama je. Percayalah"-Aina

"Betullah tu"-Far

Lecturer pun masuk. Hari itu berakhir.

Alhamdulillah. Aku lega dapat mengenali mereka. Terima kasih Allah, dah permudahkan hari aku.

Aku tersenyum lalu melelapkan mata. Menanti hari esok tiba. Meneruskan hari aku seperti biasa sebagai seorang pelajar.

Tuesday, March 3, 2020

Jatuh dan bangun


     Assalamualaikummmm.. Haii semuaaaa.. Okay. Ramai yang ingat Ainna dah tak update blog ni. Yess maybe tak macam zaman sekolah dulu. Aktif update Cintan-cintun je kan. Takpe takpe. Nanti slow-slow bila free Ainna update yang penting-penting je dulu. Sorrylah takde masa sangat buat masa ni. Sibuk sangat study. *Studyyyyy sangatttttttt

     Sekarang ni tengah sambung Ijazah Sarjana Muda Mikrobiologi Gunaan di UiTM Shah Alam. baru je masa dalam 2 minggu macam tu.. Iyesssss sangat baruuuu. Dan masih awal lagi kan kalau rasa nak give up betul tak? Maklumlah diri yang kerdil ni dah terbiasa study dekat dengan family. Bila mereka jauh. Rasa lah beban tu. Semua benda kena buat sendiri.

    Ainna start dari result penerapan dulu eh. Lepas habis final exam (Part 5) Diploma in Science kat UiTM Jengka. Ainna tak buat apa-apa pun masa cuti tu. Kecuali (Makan & tidur) Wuish, Jangan contohi gue yaa! Ada lah jaga sepupu, sebabnya pakcik sedara Ainna sakit. Takpe, taknak share pasal tu dulu.

    "Macam mana dapat penerapan? Apa perasaan dapat program tu?"

So far, Apa yang Ainna boleh bagitahu, diploma sangat lain ya dengan Degree. Mungkinlah sebab kena adapt dengan situasi baru. Orang baru. Sumpah! tak mudah. Okay, first buka result penerapan. Dia keluar "Dukacita dimaklumkan anda gagal" Ainna pun masa tu memang down gila. Masuk bilik, kunci. Nangis-nangis. Tak berhenti menangis seharian tu.

    Bila Ainna tahu, Si Dia dapat kat UiTM Arau, Perlis. Ainna lagi lah sedih, Dari petang sampai maghrib Ainna tak angkat call dia. Then, Si Dia terus call Ibu Ainna, dia bagitau yang bas dia pukul 8 malam ni. Dia nak balik Johor nak settle apa yang patut untuk pendaftaran nanti. Ainna memang dah tak betul lah masa tu. Sebabnya dia janji nak balik besok.

    Ainna tak boleh nak terangkan, betapa downnya diri ini masa tu. Ainna solat, Ainna dah mula "REDHA". Ia sampai satu tahap kau dah tak mampu nak kawal semua yang jadi dalam hidup kau. Bersujudlah, Berbalik kepada Allah. Sumpah masa tu memang dah taktau nak cari kekuatan kat mana lagi.

   Kadang-kadang kita persoalkan kenapa Allah tak adil dengan kita? Pernah fikir tak apa kebaikan di sebalik semua tu? Tanpa sakit, tanpa jatuh, tanpa tangisan, kau takkan cari ALLAH. Kau akan terus leka dengan kehidupan kat dunia ni. Berkat ke semua tu? Allah redha tak?

    Berbalik semula. Ainna ikhlaskan hati. Ibu Abah dah tunggu dalam kereta nak ambil Si Dia hantar ke stesen bas. Ainna taknak tengok dia. Ainna tahu, lepasni Ainna susah nak jumpa dia lagi. Ainna takkan dapat tengok dia dah. Sebab dia dah jauh. Tak sangka. Malam tu, Ibu Abah tinggalkan Ainna di stesen bas bersama Si Dia. Memberi ruang terakhirku untuk meluahkan apa yang masih terbuku,

Si Dia nampak seolah-olah kental. Manakala aku, dah stand by dengan sapu tangan dan menangis tanpa henti. Biarlah orang kat situ nak cakap apa. Mereka tak rasa apa yang aku rasa.

"Si Dia yang selalu ada bila aku sunyi zaman Diploma dulu. Bila semua orang tiada, tinggalkan aku. Cemburu dengan apa yang aku ada. Si Dia sudi tadahkan telinga mendengar segala bait bicara kata. Mana mungkin bisa aku lepaskan ini semua. Pedih. Tapi mungkin ini yang terbaik."

  Si Dia masih tersenyum melihatku menangis sambil berkata "Awak, jangan risau ya. Nanti saya datang Jengka, melawat awak. Awak tunggu saya tau. Saya janji akan halalkan awak secepat mungkin"

Setiap kata kusimpan. Biar menjadi penawar rindu.
Topi, sweater, kad dan pen. Ditinggalkan untuk aku. Mungkin dia taknak aku lupakan dia.

Haihh. Begiulah sedihnya bila terpaksa berpisah dengan seseorang yang selalu ada dan ambil berat tentang kita. Allahu. *Sis ternangis pula

     Alhamdulillah, actually, Ainna dapat penerapan. Cuma masa tu Ainna tersalah buka. Haihh. Kalau Abah tak bagitau. Aku dah sambung nangis dah seminggu. Betul, Apa yang Allah takdirkan itu indah. Jangan pernah bersangka buruk dengan Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita,

   Next entry, Ainna sambung tentang final year project Ainna last sem haritu, And kawan-kawan Degree yang Ainna baru kenal, tapi diorang punya pengalaman memang power habisss. Jangan lupa follow up entry lepasni okayyy? Byee!! See you next time !

Assalamualaikum. Haa lagi satu, dengarlah lagu kat bawah ni. Buat motivasi diri. Ainna pun dengar lagu ni masa kem kempipinan pengawas sekolah dulu. 😅


Thursday, August 1, 2019

GIVE UP



    Assalamualaikum. Hari demi hari yang aku lalui, mematangkan diri yang lemah ini. Pernah terdetik untuk lari dari segala realiti. Namun apa daya. Segala yang terjadi tidak aku pinta, namun menjadi memori dan cerita yang aku mampu tulis di sini.

  Kem tu, kem yang tidak aku sangka. Menambah satu cerita dalam hidup aku.

"Okay, semua! Disebabkan ini perjumpaan pertama kita. Tak syok lah kan kalau tak kenal sesama kita. Setiap sorang bagitau nama, asal, dan dari program apa" Ketua kumpulan kami memulakan bicara. Selesa dirinya dipanggil Syawal.

Selepas perjumpaan pertama itu, aku rasa takut. Iyelah, siapa tak takutkan? Nak kerja dengan orang yang baru kita kenal pulak tu.

  Alhamdulilah, sepanjang tempoh kami bekerja bersama. Takda satupun yang mengecewakan. Saja ajak borak dengan seorang teman ni. Nama glamournya "Raqib".

 "Raqib, tak ada girlfriend?" Aku memulakan bicara.

  "Haih, susah nak cerita" Dia terdiam.

  "Ala, ceritalah. Don't worry. Kita-kita je tahu." Aku tersenyum.

  "Ada, tapi sedih sikit." Dia tunduk.

 Aku menunjukkan riak wajah ingin tahu, lalu dia memulakan cerita.

  " Raqib ada sorang girlfriend ni, dah lama dah bercinta dengan dia. Dari zaman sekolah lagi. Tapi, makin lama, dia banyak buat hal kat sekolah. Raqib tak suka lah di buat macam tu. Raqib mintak clash. My mom tak kasi.  Sampaikan my Mom bawa Raqib jumpa family perempuan tu dan minta maaf apa semua."

"Oh, kiranya, hubungan korang tak putus lagi lah?" Aku mengaju soalan.

 "Belum, tapi Raqib tak suka dia macam dulu. Terpaksa jugalah hadap. Actually, Raqib ada suka kat seorang perempuan kat Uni ni, dah luah kat dia dah apa semua. Cuma kesian kat dia, terpaksa hadap semua ni. Dengan Raqib lagi, yang memang dah ada girlfriend" Dia terdiam.

 Lalu, Raqib menunjukkan handphone nya. Segala chat dengan perempuan yang Raqib suka.

Perempuan tu mungkin dah fade up dengan semua ni. Betullah, mana ada perempuan sanggup diduakan. "Eceh, aku cakap, macam pakar je"

Selepas itu, aku memulakan kerja rutinku seperti biasa di kem tersebut. Oh ya! untuk korang yang tertanya-tanya. Kem apa yang aku join ni? Ala, macam kem belajar. Tak lama pun. Seminggu je. Walaupun seminggu, cukup segar dalam ingatan setiap detik yang terjadi ketika itu.

Cerita bersambung apabila Azrai datang, berkongsi satu cerita pula.

"Aku pun ada cerita. Aku pernah bawa girlfriend aku keluar sampai lewat malam. Masatu, dia balik kampung. Aku pun niat nak bawa dia pergi jalan-jalan. Kantoi dengan family dia. Family dia marah-marah apa semua. Sampaikan call parents aku" Azrai terdiam

By the way, Azrai ni orang utagha. Cute je bila dia bercerita tu.

 "At last, aku pun minta maaf. Dan habis macam tu je"

 "Korang masih ada apa-apa ke?" Aku mulakan bicara.

 " Dok aih, dia tinggal aku. Dia kata tak boleh nak lalui percintaan jarak jauh" Terlihat riak wajah sedih di mukanya.

  " Ala, relakslah. Kau tu handsome. Ramai je nak"

  Dia tersenyum.

  Actually, hidup ni pilihan. Bila kita pilih untuk happy dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Inshaa Allah. Kita rasa lengkap.

  Jika hidup dikongkong. Percayalah dan yakin pada Allah. Allah takkan letakkan kita dalam satu situasi tanpa ada sebab. Allah tahu itu yang terbaik buat diri kita. Tugas kita? Untuk teruskan kehidupan dan membuat pilihan dengan bijak.

  Tersalah membuat pilihan? Lumrah lah sebagai manusia. Kita tak sempurna. Tapi percaya! Besar manapun silap kita. Kita mesti teruskan kehidupan. Jangan putus asa! Sia-sia je Ibu Abah besarkan kita kat dunia ni. Fikir baik-baik. Jangan give up! Itu je. Assalamualaikum.

Tuesday, July 16, 2019

Kena pulau dengan Kawan


       Assalamualaikum, setelah sekian lama diri ini menghilang. Akhirnya muncul kembali dengan satu cerita. Cerita kita bukan semuanya sama, tapi memadai untuk berkongsi.

      Kawan? Kawan adalah insan yang kita rapat. Insan yang kita akan hubungi dan ajak lepak bila kita rasa sunyi.

       Biasalah kan kena pulau ni. tapi yang pulau orang tu kan, pernah fikir tak? Pernah terdetik tak?  Kita buat dekat orang macam tu, Allah akan letakkan kau kat tempat yang sama juga. Mungkin bukan sekarang, mungkin bukan juga kau yang rasa, Kifarah Allah itu pasti. Mungkin dekat anak kau nanti.

     Perghhh, sorry Ainna terlebih serious pulak.. Meh Ainna share satu story. Alhamdulilah, Ainna ada pegang satu jawatan dekat Uni tempat Ainna belajar sekarang. Tapi tak semua suka bila kita ada kat atas. Bukan bermaksud macam, "Dah berjaya sangat dah ada kat situ". Ianya satu tanggungjawab, yang bakal disoal kelak, Ainna hanya mampu mencuba yang terbaik.

   Dari situ, kawan-kawan kelas dah taknak dekat. Pandang pun jeling-jeling macam tu. Paling dahsyat sekali, bila kau tak buat salah, tapi seakan-akan kau ada buat satu kesalahan yang paling besar, dan tak boleh diterima orang.

  Ainna hilang satu-persatu kawan baik Ainna. Mereka yang berkawan hanya nak take advantage je. Ainna rasa sunyi sangat. Takde kawan. Betul, semakin tinggi kau belajar, semakin banyak karenah manusia yang kau kenal. Dan semakin kuranglah kenalan kau. Akhirnya, DIRI KAU sendiri tempat kau bergantung harap.

   Kalau diri kau tak kuat, macam mana kau nak teruskan kehidupan? Biar! Biar je diorang nak layan kau macam mana. Kerja Allah semua tu. Tugas kau adalah, bergantung dekat Allah, berdoa banyak-banyak. Doa orang teraniaya ni, In Shaa Allah, Allah perkenankan. Stay strong, dear.

   Bukan mereka tentukan hidup kau! Bukan dia yang tentukan kejayaan kau! Pedulikan mereka. Ia, Ainna tak nafikan. Susah, bila kat Uni ni kau sorang-sorang. Tapi sampai bila kau nak bergantung harap dekat orang yang tak pandai nak hargai kau. Toxic people is everywhere. Kau penentu, kau yang memilih bagaimana corak kehidupan kau kat sana.

   MOVE ON! Terus ke depan! Kejayaan menunggu kat depan. Perlu ke kau buang masa untuk fikirkan mereka? At the end of the day, kau yang terluka. Stop! stop jadi manusia macam tu.

  Dulu Ainna kat sekolah, masa tu balik sekolah, sambil berjalan kat padang sekolah. Ada satu hari ni, Ainna menangis sorang-sorang. Sambil berbisik dalam hati "Ya Allah, cepatlah habis sekolah, tak mampu nak hadap kawan-kawan ni lagi. Mereka menyakitkan hati". Lalu aku pusing ke belakang, Auni dan Husna mengejar aku, mereka tersenyum sambil berkata "Asal Ainna jalan laju sangat haa? Tak pusing belakang langsung". Lalu aku tersenyum.

  Susah manapun kehidupan kau, sesukar manapun. Akan ada yang sokong kita dari belakang. Iye, dalam ramai-ramai yang menyakitkan hati, pasti ada yang menyenangkan juga. Jangan lupa, teruskan berbuat baik. Orang yang baik semakin pupus, jangan biarkan kebaikan itu terus lenyap di dunia ni. Kita dilahirkan dengan hati yang suci. Jangan salahkan mereka, muhasabah diri semula.

Fikir apa yang dah buat untuk Allah? Apa yang kita dah buat untuk Dunia ni? Kalau hidup ni puaskan semua orang, kita takkan pernah mampu.

TabrakAllah, Wallahu'alam. Assalamualaikum 😊

Wednesday, January 23, 2019

Cerpenku : Si Dia Sweetalker

    Assalamualaikum... Hai awak-awak semua.. Disebabkan kebosanan yang melanda diri.. Sudi tak pinjamkan beberapa minit untuk baca story Ainna kalini.. Jap! sebelum tu, korang dah senyum belum? Senyum ni pun satu senaman tau. Takde rugi pun kalau korang senyum.. Hehe

 p/s - Cerita ni Ainna saja buat suka-suka & takde kaitan dengan mana-mana pihak pun.

__________________________________

*Tengah seronok dok scroll instagram, tiba-tiba ada sorang mamat ni DM (Direct Massage)

"Siapa lah pulak dia ni. Nama dah lah pelik-pelik, Haihhh." Aku mengeluh

Oh, Haiiii. Before aku sambung celoteh. Kenalkan diri dulu, aku Airina. Aku nak story pasal seorang lelaki sweetalker ni.  Mana entah sesat masuk hati aku. Eh?

(Open DM)

'Ko dak sains ke? Part Berapa?'

Dalam hati aku dah macam berbunga-bunga, entah kenapa. Sempoi je aku balas DM dia.

Aku pun reply, 'Iye weyh, Part 2'

Siapa sangka dari satu DM di Ig, aku boleh rapat dengan dia ni.. Mulut manis aihh, boleh kena kencing manis kalau setiap hari chat dia ni..

Satu hari aku nak siapkan kerja kat library, dia pula hulurkan bantuan, acah-acah nak teman lah ni. Huh, Dah biasa dah dengan cara lelaki macam ni. Aku pun mengiyakan tanpa banyak alasan.

'Mungkin dia boleh tolong ajar aku sikit nanti', bisik hati aku.

Bila aku sampai je, aku nampak dia. 'Haa, bagus dia sampai dulu, aku malas nak tunggu orang, actually, benda yang paling aku benci adalah "menungggu". Segan pulak dah, awat dia duk jauh sangat.. Aku pun pilih meja yang paling dekat dengan aku masa tu, Aku buka whatsapp terus pm dia.

"Weyh, aku duk sini tau, depan 3 meja dari tempat kau, aku seganlah, kalau kau nak stay situ, stay je lah. Aku tak kesah pun" Sent 

Dia pandang aku, dia kemas beg dia. Aku buat-buat tak tengoklah kan.. Bawa keluar notes mana yang patut, siapkan assignment.*kena lah acah-acah ngada sat

Bila aku angkat muka aku, dia ada kat depan aku.

'Boleh tahan handsome, Ermm ermm' Bisik dalam hati dah ler, takdelah cakap kat dia. kang perasan pulak.. Hehe

Dia terus duduk tanpa bersuara. awkward weyh, kat whatsapp bukan main riuh sekampung.  Bila kat luar, Pendiam sangat mamat ni. Aku nak tegur ke tak? Dia asyik ngat buat kerja tuhh.

'Airil, kau buat kerja apa tu?" Tegur aku, (Cover malu)

' Buat Bio ni haa' Jawab dia, tanpa mengalihkan langsung muka ke arah aku.

Ish, Airil ni. Dari tadi dia tunduk je. Bercakap pun bila aku tanya. Tapi tulah. Aku tanya sepatah, dia jawab sepatah. "Bagusnya dia ni, jaranglah aku jumpa lelaki yang pemalu macam dia. tunduk je manjang, nak jaga pandangan kot?"


Pertemuan pertama kitaorang berakhir macam tu je.. Sejak tu, bila hujung minggu memang kitaorang akan buat assignment kat library sama-sama.

Satu hari, ada event ni kat dataran uni kitaorang.

 1 new message 
"Airina, lepas habis event, kau tunggu kat library boleh? aku teringin nak ada gambar dengan kau", from Airil

Eh, mamat ni, bukan pemalu sangat ke? Tetiba nak bergambar dengan aku pulak, *Dalam hati dah berbunga-bunga dah ni.

Dia bawa kawan dia sorang, aku pun bawa kawan baik aku teman. Al-maklumlah, kang ada je yang mengata.

Bila dia sampai je, terlihat tangan dia yang terikat dengan kain macam watak anime tu. Acah-acah kpop pun ada. "Pikir macho ar tu? Haihh, memang macho pun.. ermm ermm.." Bisik hati aku lagi


Bila balik dari event tu, aku belek balik gambar-gambar tadi. Aih, manis pulak ku lihat dia, Eh eh eh..

Selang beberapa minggu, ada event lagi. Aku macam biasa bawa kawan baik aku dengan motor, then parking depan library,

1 new message 
"Airina, nak balik jalan kaki dengan aku tak? Motor aku dah suruh member aku bawak, kau?"

Haihh, ishhh, sukalah dia nii.. Dah lah malam.. akupun minta member aku bawakkan motor.

Masatu, dia sibuk dengan kawan-kawan dia. Aku pun PM dia bagitau yang aku jalan dulu, kalau sudi kejar aku, kejarlah.

Tengah aku jalan kaki, ada satu kereta hon depan aku. "Eh, macam kereta abah je ni?"

Haa lupa nak bagitahu, rumah aku dekat uni ni je, so memang akan terserempak dengan Ibu Abah bila-bila masa je. "tapi takkanlah masa ni pulakk' Bisik hati aku.

"Eh Airina, asal balik jalan kaki je ni? Mana motor?" Abah menyoalku.

"Hee, Abah.. ni saja je jalan kaki, dah suruh kawan bawa balik tadi" Abah menggelengkan kepala dan berlalu pergi.

Aku hanya mampu menarik nafas lega. Selang beberapa minit. Ada seorang lelaki memanggil namaku dan dia berjalan seiring dengan aku.

Aku dah macam takutlah kan. Pusing kanan, Terlihat senyuman Airil, *Boleh cair aku macam ni.

Masa tu jaket yang dia pakai, dia letak kat bahu, Aku pun dah macam,"Dalam drama korea scene mana aku berlakon, apa tajuk dia eh?" Aku gelak kecil di dalam hati.



Kitaorang takdelah macam luah perasaan masing-masing, so faham-faham sendiri macam tu je.. Dia ni jiwa comel-comel sikit. Maklumlah, dia sorang je lelaki dalam family dia plus anak sulung pulak. Bila dapat tahu dia ada 3 orang adik perempuan. Aku dah macam alamak. Hahahaha.. Habislah aku.. Jangan tanya kenapaaa..

Kita biasalah perempuan, tak mudah percaya dengan kata-kata manis lelaki. Sebagai langkah berhati-hati kan, girls?

"you need to trust me and believe for miracle, for us, to become one forever. Thanks for always be there for me"- Airil

"Patutlah aku makin gemok, asyik termakan kata-kata manis kau je"- Airina

"Hehe, kau senyum je dah sweet, kenalah bagi kata-kata manis kat kau. Akhirnya kau mengaku juga yang kau gemok"- Airil

"Ishh, Dasarrrr"- Airina


Final exam pun tiba.. Aku pun chat dia macam biasa..

Aku takut besok, aku dah berusaha, tapi kalau aku tak dapat jawab besok macam mana?- Airina

Jangan takut- Airil

Kenapa?- Airina

Mungkin saya takde kat sebelah awak nak tolong nanti, tapi saya ada dalam satu dewan, satu masa, satu hati, satu perasaan, satu jiwa & satu doa dengan awak kat sana nanti- Airil

Airil Can't you stop? Sukalah diaa niiii- Airina

Manisnya kata boleh diucap,
Jujurnya janji senang dilaksana,
Senyuman manismu tak terungkap,
Akan ku jaga sentiasa. - Airil

Dah dah dah, nanti kalau kau tak tido lagi, kau kejut aku eh? 3 pagi macam tu - Airina

Anything for you- Airil

Kalau aku tak sedar macam manaaa? Aku banyak kali terlajak, Last-last tak bangun langsung - Airina

Niat dalam hati, 'Aku nak bangun, Aku nak belajar, Aku nak solat sunat' In shaa Allah, Allah kejut, Innama akmalu binniat, takpe nanti aku kejut sampai kau bangun, jangan lupa on phone tu"- Airil


Hebatkan Allah satukan orang tanpa perjumpaan dari mata ke mata, cukuplah dari instagram dah satukan kita, dan bila satu hari nanti kita kahwin, Itu namanya JODOH, Rahsia Allah paling hebat -Airil

Berakhirnya kisah aku, kisah korang pulak macam mana?😉 - Airina


"Life not just what we want,
But what Allah want we do:rose:"

Tak semua keputusan akal manusia itu betul seperti mana yg Allah hendakkan. Tetapi semua keputusan dari
Allah itu mempunyai kebaikan utk manusia:blush


Sekian sahaja dari Ainna, untuk korang yang tengah cuti tu, Take care, okay? Hargai cuti anda.. Assalamualaikum.. 

Sunday, December 30, 2018

Hey, kau okay?


      Assalamualaikum... Alhamdulilah... Alhamdulilah... Alhamdulilah... Ainna dapat balik blog ni... Bersyukur sangat-sangat... Lama jugak rasanya menghilang... Actually, banyak benda nak update... Kisah-kisah perjalanan hidup sepanjang semester 3 ni... Penuh pancaroba dan dugaanyaaa...

     Alhamdulilah... Allah permudahkan segalanya... Apapun yang jadi... Kita sendiri tahu... Kita sendiri yang alami... Biarlah ia menjadi rahsia di hati... Meski cuba untuk berpura... Kau tahu ia tak mudah seperti kau sangka... 

  Pernah ada dalam situasi di mana orang yang kau kagumi, kau suka. Dan akhirnya kau dapat sama-sama bekerja dengan dia? Feeling dia gembira tak terkata... Ehem, bukan CINTA eh? 

  "Kehidupan sekarang macam mana?" 

Erm, semakin meningkat dewasa ni kan... Kau akan makin sedar, banyak tanggungjawab yang kau kena galas, bukan kerana nama yang kau kejar tapi untuk kebaikan kau juga... Kerana nama? sampai bila ia kekal? Mungkin dilupa atau langsung tak dihirau pun...

  "Perghh, Ainna makin matured sekarang..." 

Kita sama-sama inginkan perubahan... Satu perubahan ke arah yang lebih baik, bukan kerana pujian, tapi untuk disoal di akhirat kelak.... Slow-slow okay? Ada masa dia terjatuh juga.... Dah-dah lah gelakkan tu.... Happy sangat ke tengok dia jatuh macam tu?  Satu hari nanti kau ada juga kat tempat tu.... Relax dear, cepat atau lambat je.... Sebagai insan yang punya hati.... Pimpian lah dia... Bimbing dia, wahai sahabat.... 

  Satu kelemahan kita.... Suka sangat judge orang.... Kau nampak dia buat bukan-bukan tu.... Kau judge dia negatif.... Kita manusia memang tak sempurna. Tak mintak banyak pun.... Tapi cukup-cukuplah. Doakan yang terbaik untuk dia. Jangan lupa muhasabah diri juga....

  Sekarang ni.... Dah takda masa nak pusing belakang.... Terus ke depan.... Kau akan makin sedar, setiap perkara yang berlaku ada hikmah-Nya.... Kau akan buang masa kalau terus kenang masa lepas... Let bygone be bygone.... Please? 

  Jika hati itu bisa bicara, pasti kau sendiri tidak mampu terima apa erti sakitnya, tenatnya ia... Berikanlah hati itu masa... Kembali pada yang Maha Esa....

 Life is Journey, Not a Destination 😊

Saturday, July 21, 2018

Sahabatku Si Cute ❤


          Assalamualaikummmm... I'm Backk !!! Kali ni nak story pasal My Best Friends! untuk yang tanya, "Kenapa best friends yang kau nak cerita? Takda benda lain ke weyh?" Ini jawapannya, "suka hati aku lahh.." hehehe..Relax lerr.. Dalam hidup ni kalau tak hargai orang yang kita sayang, tak payah hiduplah..Ehhhh, tiberrr..

        Ainna ada dua kawan baik, namanya Husna dan Auni.. Nak tahu kenapa diorang ni special sangat? Sabaarr satt.. Ainna cerita sorang-sorang lah eh.. Mula sekali start dengan Husna.. My Pou. Kenapa panggil dia pau? sebabnya pipi dia tu haa.. Makin membesor.. Jangan marahh haaa.. Kang kena jual.

   First Ainna kenal Husna masa tingkatan 2, sama juga dengan Auni.. Kiranya diorang ni student barulah kan masa tu.. First impression Ainna, "putihnya budak ni, makan apa? muka dah ada iras budak cina, tapi? sombong ! Senyum tu mahal sangat"

   Serius tak ingat macam mana Ainna boleh rapat dengan Husna, tapi yang paling ingat, Second impression tentang Husna tak baik weyhh, masa tu dia kantoi chat dengan Ex Ainna yang merupakan Boyfriend Ainna masa tu.. Perghh, Dak-dak kecik dah ada pakwe! *Senyum senget #Benda yang tak patut dibanggakan pun!

  Masa tingkatan 2 juga, kawan baik Ainna pindah sekolah, nak dekat-dekat hujung tahun tu memang takda kawan yang nak kawan dengan Ainna.. Sedih takyah cakap macam manalah.. Lepastu, Ainna suruh Husna dengan Auni mohon jadi pengawas sekolah.. Alhamdulilah.. sejak dari tu makin rapat.. asyik sama-sama je.. Pergi kantin ke, (tapi kitaorang jaranglah pergi kantin ni, boleh kira guna jari berapa kali gi dalam setahun, suka sangat makan kerepek yang koperasi jual je) Alasannya, nak siapkan homework. Haa! Cakap pasal homework ni.. Husna lah yang palingggggg palingggggg palingggggg rajin siapkan homework! #Perli *senyum senget lagi. (Biasanya dia lah yang tinggal dalam kelas buat homework masa rehattt..)

    Jangan risau gais, bukan nak bukak aib.. Cuma nak cakap, tak siap homework pun perform beb dalam kelas.. Bukan calang-calang ar. Top 5 dalam tingkatan wajib ada nama dia.. Masa sekolah Ainna memang slow sikit Math, dia lah yang tukar ajarnya.. Walaupun ada masa dia malas-malas nak ajar.. Arghh, kesah apa.. yang penting kena ajar jugakk.. Hahahahahah *gelak jahat

    Dia saingan Ainna yang hebat ni kat sekolah dulu.. Relax ar, bukan bersaing apa sangat pun.. Biasanya dalam pelajaran je lahhh, hehehe, Perkara yang Ainna paling suka tentang Husna? Dia suka gelak dengan lawak hambar Ainna.. Yaaa, walaupun tahu kadang-kadang dia gelak tu untuk jaga hati.. Eh I suka jee, asalkan ada orang gelak masa I buat lawak hambar,

  Tragedi dengan dia? Ainna pernah jatuh motor dua kali dengan Husnaaa.. Yepppiiii.. Hahahaha, satu tu masa form 4 tak silap.. Time tu nak naik bukit tinggi. macam cerun jugaklahh.. Husna bawak motor.. lepastu masa kat tengah bukit tu, tak lepas nak naik, so Husna turun gear 2 macam tu.. tapi tekan banyak kali sampai ter gear 0 beb.. bayang kat tengah-tengah bukit yang cerun tu. pastuh, bummmm!! teruslah tumbang kami dua.. nasiblah tak teruk, tapi motor lah teruk sikit... Patah no flat dengan side mirror, and nasib baik jugak masa tu ada budak lelaki kelas kitaorang yang tolong angkat motor..

  Secondly, masa baru nii bulan puasa.. Hahahaha, dah besar jatuh motor lagi.. #Besar sangat dah ke? Kitaorang ada rancang berbuka dengan kawan-kawan sekolah ni.. Nak dijadikan cerita.. Ainna kena order and tempah tempat kat kedai makan tu.. Ainna pun suruhlah Husna ambik dekat rumah.. Masa tu dah lewat, so Husna bawak laju.. Disebabkan jalan tu curam sikit, so masa belok kanan tu, Husna termakan lebih jalan.. Lagi satu sebab hujan, so jalan licin.. Kitaorang pun jatuhlah dekat lopak air yang dipenuhi dengan selut. betulkan eja macam tu? Eh, lantaklah.. Hehehe, lepastu kotorlah seluar masing-masing.. and then, Ainna bawak balik motor tu ke rumah, kitaorang bersihkan diri.. Dua-dua ada luka.. tapi tabahkan diri juga gi bandar.. Semua kawan-kawan taktau pun kitaorang baru jatuh motor beb.. Kaki Ainna pedih takyah cakaplah macam mana.. Hebat kitaorang..

  Ainna pernah buat salah dengan Husna dulu, Ainna pernah chat boyfriend Husna tanpa pengetahuan dia.. tapi bukan Ainna start dulu.. Sumpah! benda ni kantoi bila Husna bukak whatsapp Ainna.. Tengok chat-chat Ainna.. Masa tu Ainna tak perasan lagi.. Husna diam je lepas dia baca semua masa tu.. Lupa nak cakap, benda ni berlaku masa form 5.. Ainna tahu Ainna salah.. tapi tu lah benda dah jadi.. nak patahkan balik masa pun tak boleh..

   Kat sini.. Ainna ada benda nak cakap dengan Husna.. Perkara yang Ainna tak mampu nak cakap dan luahkan depan-depan.. Ainna mintak maaf sangat-sangat.. Ainna tau sampai sekarang Husna tak boleh lupa salah yang Ainna buat tu.. Ainna tahu ada masa Ainna mengada terlebih.. Buat Husna rasa annoying, menyampah.. Ainna tahu juga yang Husna banyak benda yang tak suka tentang Ainna.. tapi satu je.. Ainna tak kesah sebenci, sebanyak mana menyampah tu, Ainna tetap sayang Husna.. Sebab Husna, Ainna ada story untuk cerita kat orang yang Ainna ada kawan baik macam Husna.. Dalam ramai-ramai kawan yang Ainna ada.. Husna lah yang suka caring dalam diam.. Sweet dalam diam.. tak reti nak luah apa yang dia rasa. nampak kasar tapi tak, hati dia lembut sangat.. Suka pink dalam diam. suka support member dan ada masa kata-kata husna sangat membantu Ainna untuk teruskan hidup.. Husna pendengar yang setia..
   
    Husna sahabat yang sangat baik.. Ainna harap sangat dapat teruskan persahabatan kita sampai bila-bila.. Walaupun satu hari nanti kita takkan bertegur dan rapat macam sekarang.. Percayalah Husna akan selalu ada dalam memori Ainna sampai bila-bila.. Jasa Husna ajar Ainna Math dan Addmath sampai Ainna faham.. Sebabnya Ainna dulu, kalau nak tanya cikgu segan, Husnalah yang sedia membantu.. Thanks Husna.. Walaupun zahirnya, kita susah nak jujur tentang perasaan satu sama lain tentang apa yang kita rasa tapi Ainna tahu Husna bersyukur dapat kawan macam Ainna kan? Eh, terperasan pulak? Hehehehe.. Sayang Husnaaa..

    Baru story pasal Husna dah panjang macam ni.. Kang sambung dengan Auni jadi triple panjang pulak.. Bila Ainna dah start typing ni memang nonstop ler jawabnya.. So Auni? Wait, kang Ainna sambung bila ada masa free kayy.. Assalamualaikum..

Saturday, June 9, 2018

Hantu Asrama


    Assalamualaikum.. Dalam kesibukan menyiapkan assignment dan juga test-test yang berlambak ni. aku nak ambik kesempatan untuk tulis sedikit cerita hantu.. Cerita ni bermula bila aku sekolah agama dulu.. tapi tak lama sekolah sana, dalam 3 bulan je.. Aku selalu menyesal dengan keputusan yang aku buat tu.. Malas nak cerita apa yang jadi.. Jadi aku straight forward dengan cerita aku ni je, okay?

   Kawasan asrama sekolah kebanyakannya dekat dengan hutan. Masa tu aku form 1, baru dalam 2 bulan pindah kat sekolah tu.. Dan for the first time juga duduk asrama.. Jangan cakaplah macam mana rasa duduk asrama.. Sebablah tu pindah.. Hmm..

  Kantin sekolah tu cantik.. nak masuk kena tanggal kasut.. and then tempat makan cikgu kat tengah-tengah kantin tu, tertutup dengan slinding door.. Tempat makan cikgu menjadi pemisah antara tempat makan lelaki dan perempuan... Bila study petang-petang, kantin tu sepenuhnya perempuan yang guna.. Lelaki study kat tempat lain.

   Waktu sekolah habis dalam pukul 2. Macam biasa, solat zohor dekat surau, lepastu g kantin beratur untuk makan dan terus naik bilik. Pukul 3 kena turun pulak untuk study ramai-ramai.. Ala budak asrama panggil apa ehh.. tak ingat.. Group study tu wajib ada setiap form and aku pulak dapat group yang dalam tu takde pun sama form dengan aku.. Dahlah aku budak baru.. Awkward takyah katalah macam mana.

    Group study ni ada dua sesi, pukul 3-5 petang dan malam pukul 9-11 malam kalau tak silap.. Kat situ lah semuanya bermulaa.. Tengah aku sibuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang berlambak malam tu.. Tiba-tiba.. Paaanggggg! Bunyi orang jatuhh.. Aku pun pusing kat belakang aku.. Ada senior ni dia kena rasuk weyhhh.. Aku pun apa lagi.. terus lari gi dekat kawan aku..

  Arghhhhh!! Suara dia kasar, memang dah bukan dia dah masa tu.. Terus senior yang lain bawak akak yang kena rasuk tu g ruang makan cikgu.. Pintu slinding tu dah lah bertinted hitam, memang tak nampaklah apa yang jadi.. tapi lepastuuuu.. Panggggg! Ada sorang pulak akak senior tumbang.. Lepastu bawak pulak yang tu masuk sekali..

  Dann.. Tiba-tiba ada lagi yang kena.. Malam tu 3 orang weyhh kena kat kantin sekolah.. Apa lagi, akak-akak senior ni suruh kitaorang masuk g surau.. Diorang panggilkan warden untuk sembuhkan yang kena rasuk tadi.. Masa kat surau tu.. Sorang-sorang kena rasuk.. Aku nangis ketakutan weyhh.. Masa tu aku tak hafal surah al-kursi lagi.. Aku duk ulang baca surah al-fatihah dan 3 kul. Dalam hati aku, "Ya Allah,. tolonglah jauhi aku dari jin-jin yang nak merasuk aku" "Ya Allah, selamatkanlah aku"

  Ada sorang akak ni, aku rapat dengan dia.. Dia baik, tapi malam tu dia kena.. Surau kitaorang tu ada tingkap.. sebelah tingkap tu ada tempat sidai baju dan terus hutan tebal yang berpagar. Kebetulan tingkap slinding tu tak boleh tutup masa tu. Dia panjat dan nak keluar pergi ke hutan tu. Dia cakap dengan suara kasar dia "Aku nak balik! Kenapa kacau hidup aku!"


  Boleh kata dalam 5 orang kena malam tu.. Jin seakan-akan berleluasa.. Aku penat weyhh.. Esok pagi kena sekolahh pulak.. Kitaorang tak dibenarkan naik bilik.. Tak tahulah aku tertidur macam mana.. Sebab penat sangat.. yang aku ingat bila aku bangun, dah tak ramai orang masa tu tidur kat situ.. Ramai dah naik bilik siap-siap nak pergi sekolah.. Tak silap dalam pukul 5 pagi macam tu...

  Aku pun basuh baju.. dan turun pergi sidai baju sorang-sorang (macam biasa) dekat sebelah surau tu dalam pukul 5.30 pagi.  Kebetulan semua penuh.. Aku pun pergi kat hujung sekali yang betul-betul dekat dengan pagar hutan.. Hati aku tak henti baca ayat-ayat Al-Quran apa yang aku ingat.. Bila fikir balik, kenapalah aku berani sangat masa tu.. Padahal baru malam tadi kot berlaku.. Dan ia seakan-akan mimpi.. Mimpi yang seram buat aku..

   Perhimpunan sekolah seperti biasa.. Hati aku tertanya juga kenapa tak bagi cuti je? Masa perhimpunan pagi tu pun.. Tiba-tiba, ada sorang ni meracau ! aku dah macam.. "Eh, pagi pun bolehh keee??" Cerah-cerah kot.. Tengah belajar pun tiba-tiba ada.. Aku tak tahu kenapa benda ni berlaku tiba-tiba.. 

   Kata kawan aku, sekolah tu dah kena pagar dengan ustaz tu.. seakan-akan ada orang yang dah bukak pagar tu.. Perjumpaan dibuat secara mengejut petang tu... Warden asrama dengan tegas cakap dengan kitaorang.. "Boleh tak kalau tuala wanita tu buang elok-elok? Basuh elok-elok? Kenapa tak jaga kebersihan? Kenapa buang macam tu je?" 

  Okayy, aku dah tahu apa punca dia.. (Bersambung)


  Ainna nak pesan.. kaum wanita.. Jagalah kebersihan.. tak susah pun.. sekurang-kurangnya sayang diri kita.. Benda macam tu suka kalau kita kotor.. Ni kisah benar dari pengalaman Ainna sendiri.. Tolong ambik serius! Sikit pun bukan nak takutkan orang cuma nak pesan dan bagi teguran.. Kebersihan itu sendiri sebahagian daripada iman.. Lagi satu.. Jangan tinggal Al-Quran.. Kita hidup kat dunia ni dengan makhluk Allah yang lain.

   Bila menaip ni, terus rasa tak sedap hati.. Sebab ingat benda yang berlaku 6 tahun lepas.. Depan mata sendiri.. Paling penting! Jangan takut dengan benda tu, Takut dengan Allah Yang Maha Esa! Allah yang menciptakn kita! Ainna stop sampai sini dulu.. Terima kasih awak-awak semua.. Assalamualaikum..



 

Saturday, March 17, 2018

Abah


    Assalamualaikum... Kalini ini tentang "Abah".. Kenapa Abah? Kenapa bukan Ayah, Daddy, Abi atau Papa? Sebab.. Itulah panggilan yang Ainna guna..Dan.. Itu bukanlah isunya..

   Macam biasa, kita ni manusia biasa.. banyak buat salah.. banyak buat silap.. tapi satu je nak cakap.. Hargailah Abah anda.. Ainna nak share satu cerita.. tentang kawan Ainna.. Ainna kalau boleh nak sedarkan semua orang untuk menghargai Abah diorang.. Mereka adalah insan yang sanggup berkorban untuk melihat kita gembira..

Kawan Ainna.. Abah dia meninggal masa dia tingakatan 4..

    Satu malam, Abah dia suruh buatkan jus epal.. Dia pun buat.. and dia pun sambung buat hal dia macam biasa kat bilik.. Lepastu Abah dia panggil lagi minta tolong diurutkan..

Ainna ulang lagi sekali.. "Kita manusia biasa"

  Dia pun merungut.. Tiba-tiba, Abah dia bersuara.. Abah dia cakap.. "Esok kalau tiba-tiba Abah dah takde macam mana? Pejabat Abah akan call Abah dan beritahu Abah dah takde"

  Keesokannya, betul.. dia dapat panggilan daripada pejabat Abah dia.. "Abah dah takde"

  Ainna nampak dia kuat sangat.. Dia okay je cerita.. Jauh di sudut hati Ainna.. Ainna tahu.. Sakitnya.. Sukarnya menjalani kehidupan tanpa seorang Abah..

  Kita.. kita mungkin bukan anak yang baik.. Kita mungkin selalu kecewakan seorang insan yang bergelar "Abah" tapi tak salah, kalau kita cuba perbaiki diri kita  untuk menjadi anak yang baik.. Lagi baik mencuba daripada tak cuba langsung kan? Allah pun makin sayang..
   
   Bayangkan.. Satu hari.. Kita bangun dari tidur.. Abah dah takde.. Dah takde Abah yang akan kacau kita.. yang akan tanya banyak perkara macam dulu, "Adik mana?" "Ibu dah balik?" "Macam mana periksa tadi?" Walaupun kadangkala soalan-soalan itu sering diajukan sehingga kita rasa penat nak jawab.. Percayalah.. perkara itu yang akan kita rindukan..

    Tadi kat pasar malam.. Tiba-tiba seorang budak kecil ni terjatuh, Abah dia pun cakap "Ayie, bangun, Ayah tahu ayie kuat, tak apa, jatuh sikit je"

   Bayangkan, lepasni kalau Abah dah takde, Siapa yang akan bagi pesan macam tu lagi? yang akan bagi nasihat kalau kita tak kuat, jatuh dah tersungkur, Siapa yang akan support kita macam apa yang Abah kita buat?

  Kalau dulu-dulu, masa kecik.. suka pura-pura tidur kat ruang tamu.. Siap pesan awal-awal kat Abah, "Abah, nanti dukung Ainna eh, kalau tertidur"

  Abah seorang yang dingin.. Abah tak reti nak ucapkan kata-kata sayang untuk anak-anak.. tapi Abah akan selalu mengiyakan apa yang kita nak walupun masa tu Abah tak cukup duit.. Abah bersusah-payah kerja panas-panas kat ladang.. Abah tak kesah pun hitam ke apa.. yang penting anak-anak dan isteri dapat makan.. Walaupun Abah kadangkala garang, suara ketegasan itu yang kita akan rindukan..

  Wahai anak perempuan cubalah menutup aurat sebaik yang mungkin, kesian kat Abah kita.. Wahai anak lelaki, janganlah buat sesuatu perkara tanpa memikirkan Abah, kesian dia tanggung apa yang kita buat..

  Takkan bila Abah dah takde baru nak hargai? Takkan masa tu baru nak menyesal? Walaupun masa tu dah tak berguna?

   My friends said, " Biasa balik asrama, Abah akan hantarkan, tapi Abah dah takde,  rasa macam dia pergi sesuatu tempat dan dia akan balik.. tapi tak, Abah pergi buat selama-lamanya. Betullah..  Kita akan menghargai sesuatu perkara bila dah tak ada. Kalau nak tunggu untuk kita bersedia, sampai bila-bila kita takkan bersedia menghadapi sebuah kehilangan.. Semua yang berlaku pasti ada hikmah-Nya"

  Bersyukurlah buat mereka yang masih ada Abah.. Jagalah Abah sebaik mungkin, tiada yang dapat menggantikan tempat Abah.. Abah adalah insan terbaik yang telah dipinjamkan oleh Allah buat kita..

Assalamualaikum.. Layan lagu kat bawah ni, okay.. Terima kasih meluangkan masa untuk membaca 😄