Tuesday, January 26, 2016
Cerpenku : Jejaka Baik Hati
Sejak aku bersekolah dekat situ , aku kenal dia . Dia baik hati jujur . Opss, terlupa pula nak kenalkan nama aku . Okay , nama aku Ariana tapi panggil aku Ana je . Dia sahabat aku. Betul dia adalah sahabat aku . Aku anggap dia lebih daripada seorang abang . Mungkin disebabkan kebaikan dia . Kami sekelas . Aku mula rapat dengan dia, sejak aku pindah sekolah dekat sini . Jom hidup dalam dunia aku .
' Hai ! wei, tolonglah aku, belanja aku topup . Pleaseeee . Pleaseee . Pleaseee ' aku membuat muka muncung sambil mendesaknya untuk membelikan aku topup .
' Kau nak bila ? Aku bagi tahun depanlah' sambil senyum sehingga kelihatan giginya yang tersusun rapi .
' Ala, aku nak petang ni. Firash tolonglah aku ea ? Kau kan kawan baik aku ' aku menolak begnya daripada belakang .
' Yelah yelah , aku bagi petang ni ' terus pergi tanpa memandang aku .
' Hehehe, Thank Firash , Sayang kau ! Opss , sebagai member. Werk =P ' Aku terus berlalu pergi .
Firash dia lah sahabat aku dulu . Maksud aku dulu . Masa aku susah, dia akan tolong aku. Tak kira macam manapun .
' Firash, aku bosanlah cuti ni, belanja aku novel ? please.. Aku bosan gila kau tau tak ! Sampai gila aku dibuatnya , belikan aku ea ? '
' Kau nak buku apa ? Novel cinta ke ?
' a'ah, kau pilihlah , kau beli . Confirm aku baca punya . hehe, Belikan tau-tau '
Apa yang aku minta, dia tak pernah merungut . Aku selalu paksa dia untuk belikan novel untuk aku, bila aku mula bosan . Padahal aku boleh je pinjam dekat library, tapi entahlah. Mungkin dah jadi kebiasaan aku menyusahkan hidup dia .
" Kau nak yang mana ? ' sambil menunjukkan kepada aku topup celcom RM5 dan RM10 .
"erm, mestilah nak RM10 . tapi klau nak dua-dua tu boleh tak ? " Aku tersengih sambil membuat muka yang tak berapa cute .
' Eh, tadi kata nak RM10 je kan ? Mana boleh pilih dua-dua ! " Dia tersenyum dan meninggalkan aku di belakangnya .
' Ala, bolehlah, bolehlah ! ' sambil menarik begnya dan menolak begnya ke kiri dan ke kanan .
' Nah ! ambillah . Buka beg aku jap . Aku ada benda nak bagi ' kata Firash
' Kau nak bagi apa ni ? Eii, taknaklah buka beg kau . Karang budak-budak lain fikir kita apa pula .
' Buka je lah . hesy kau ni ' Firash mendesak aku
' Erm, okay ' "Aku membuka begnya dan terdapat coklat Cadburry yang besar di dalam begnya .
' Entah takde pape , dah lah aku nak balik dulu , bye-bye ! ' Aku berlalu pergi .
'Eh3, nah ambillah . Aku bagi kau . Dengan novel ni sekali . simpan elok2 tau " Firash tersnyum .
" Terima kasih , kau memang sahabat aku " Aku mengenyitkan mata kepadanya
Tak silap aku . Firash belanja aku novel lebih 10 buah dah . Semuanya harga dalam RM20 lebih . Coklat cadburry pula . Dia akan bagi setiap minggu dan kadang-kadang 3 @ 2 kali seminggu . Topup pula dia akan belanja bila topup aku dah expired . Aku dengan dia akan otp setiap malam . Kalau sehari tak otp . Rasa macam bosan pula takde member nak cerita macam-macam . Aku ni banyak mulut dengan orang yang aku rapat . Dia je faham aku . Ada masa aku susah . Tahan dengan perangai aku . Nak kata perangai aku macam makcik-makcik pun ada juga.
' Ana ! buka beg aku, cepatlah . ' Desak Firash
'Kau nak bagi aku cadburry ke ? ke ada apa-apa ni ? ehem-ehem, taknak lah buka .' aku terus pergi dengan senyuman .
" Ana , aku ada hadiah untuk birthday kau " Firash berlari ke arahku.
"Birthday aku bulan 12 , sekarang baru bulan 10 , kau pun agak-agaklah nak tipu aku " terus aku memuncungkan bibirku .
" Aku tak tipu, kau bukalah beg aku ni ' dia senyum kepadaku .
Ketika aku membukanya , Aku terlihat sebuah teddy bear berwarna coklat, Aku terus menarik teddy bear itu . Terlihat seutas rantai pada teddy bear itu .
"Firash, Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat . Kenapa kau baik sangat ? Nampak aku macam ambil kesempatan terhadap kau . Aku rasa bersalah . Kau ambillah balik . Aku taknak ."
"Kau ambillah . aku betul-betul bagi kau ni . Aku ikhlas ." Firash menarik beg aku dan kami terus meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah .
Firash . Aku tak tau nak cakap macam mana . Dia satu dalam seribu . Dia lah selalu teman aku balik sekolah jalan kaki . Dia tolong aku lintas jalan . Bila aku nak masuk Taman Perumahan aku . Dia akan melambaikan tangan dam membuat bentuk HATI dengan tangannya . Ada masa aku membalasnya . Ada masa aku membuat tak endah je . Ada masa juga , dia akan menjerit memanggil namaku dari jauh., tanpa mengendahkan pelajar lain yang memandangnya . Aku tak pernah simpan perasaan sayang sebagai kekasih . Cuma aku tau . Aku takut kehilangan dia .
Aku Sains pertanian, dia pula kemahiran teknikal . Selepas sahaja mata pelajaran Kemahiran Hidup . Aku terus pulang ke kelas . Aku terlihat sebuah kotak jam tangan Ice Watch berwarna Terquoise berbelang putih . Sangat cantik . Pada masa itu, jam Ice Watch tak famous lagi . Tapi bila aku tengok jam tu . Aku suka sangat-sangat . Aku dah boleh agak siapa yang bagi .
Firash , kenapalah kau baik sangat . Tak pernah berkira dengan aku . Tapi kenapa susah sangat aku nak sayang kau ha? hmm, #AkuBerbisikSendiri
" Firash, aku nak casing tu . tak kira macam mana pun. Harga casing tuRM40 . Postage dia RM5 ." Aku memberitahunya .
"Ana, kau nak buat apa ? Aku rasa kau dah ada casing kat fon kau kan ?
" Tak kira, aku nak juga . Belanja aku ea ? "
" Erm tengoklah dulu ea "
Aku suka desak dia . desak dan desak lagi . Kau memang baik ,.Kau akan cuba usaha dan belikan untuk aku juga . Dah 4 tahun setengah aku rapat dengan kau . Kau tak pernah berhenti untuk belikan aku sesuatu .
"Firash, bank in duit, Mcam mana? Aku tak reti . sekarang dah pukul 8:30 malam ."
"Ana, kau nak beli apa ? Kalau kau tak reti . Aku boleh ajarkan "
" Kau serius Firash ? tapi macam mana , aku nak bank in malam ni juga. Aku nk barang tu cepat sampai . "
" Ana, kau suruh adik kau hantar dekat bank yang kau nak bank in tu, nanti aku pergi sana. "
"Firash, dia tak nak hantarkan , dia kata nak upah, tapi aku takde duit . Aku nak bank in duit lagi ni "
" Kata dekat adik kau, aku bagi RM10 kat dia "
" Firash ! betul ke ni ? thnks . Nanti aku try tanya adik aku semula "
Firash, ada banyak lagi aku nak ceritakan tentang kau . Mungkin juga takkan cukup untuk satu cerita . Mungkin juga takkan tertulis . Tapi cukuplah menggambarkan kebaikan kau . Kejujuran kau . Kau kuat . Aku pernah ada di saat kau jatuh dan rebah . Masa kau perlukan seseorang dan pada itu kau menganggap orang sekeliling kau . Membenci kau . Sekarang, kau membenci aku . Aku jahat kan . Aku buat kau berubah jadi orang lain .
Aku, Aku sayang kau .Aku tersilap langkah . Aku seperti mengambil kesempatan terhadap diri kau . Maafkan aku . Aku tak pernah sedar smua tu . Tapi bila hilang kau . aku sedar .
Tiada lagi yang sahabat yang akan teman aku balik jalan kaki. Tiada lagi teman untuk menceritakan segala masalah . Tiada lagi teman untuk aku berkongsi cerita . Tiada lagi teman yang akan mebantu aku . Kau . Terlalu lalu lalu banyak membantu aku . Aku berhenti sampai sini sahaja . Biarlah ini yang pertama dan terakhir .
Aku kehilangan kau , Firash .
Yang benar,
Ana
Labels:
Novelku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment