Assalamualaikum.. Selamat Datang ke Blog Duniaku Si Merah Jambu ! ʕ•ᴥ•ʔ Jangan lupa follow blog ni, okay ? ✿◕ ‿ ◕✿ Saranghae ❤ ❤ ❤ Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving ❤ ❤ ❤

Friday, January 22, 2016

Berserah pada Allah

   
     Assalamualaikum . Ainna nak bagi motivasi . Acah-acah macam pakar motivasi ni . -_- Okay . Cinta-cinta , dan cinta . Nak tau tak pendapat Ainna kalau tiba-tiba ada dua orang suka kita ? Diorang baik dan banyak membantu kau . Buat kau gembira , tapi kau keliru nak pilih yang mana ?

     Please . Jangan pilih keduanya . Kalau kau sayangkan diorang . Jangan pilih salah satu . Tolonglah . Itu jalan yang kau pilih untuk hilang kedua-duanya . Faham tak ! kedua-duanya . Kalau Ainna dapat putarkan balik masa . Ainna taknak hilang kawan rapat Ainna . Tak payah bercinta . Tak payah berangan yang kita akan ada life dengan dia sampai Jannah . eceh . tinggi sunggoh angan-angannya .

    Lupakan tentang Cinta sekejap . Fikir semula tentang masa hadapan . Masa hadapan yang akan menentukan anda siapa . Rumah anda dimana . Anda pakai kereta apa . Apa pekerjaan anda . Belajar ni ibarat memasukkan benang ke dalam jarum .  Susah nak masuk. Mata kena sharp . Benang tak boleh berbulu-bulu dan yang paling penting ada masa bukan dengan sekali cubaan je benang akan masuk ke dalam lubang pada jarum tu . Sama je . belajar perlukan ketekunan, usaha, dan hubungan kau dengan Allah . Jangan pernah give up . Berbekalkan usaha dan semangat yang tidak mudah putus asa pasti akan berjaya .

    Life kita ni macam pokok . Kita akan membesar dengan baik kalau baja yang digunakan baik . Kalau dijaga dan disiram setiap hari . Tentulah ada masa akan datang serangga yang akan datang menyerang . Rosak pokok tu , tapi tidak rosak kesemuanya . Macam biasa pilihan di tangan kita . 

    Ada masa kita terlalu banyak berfikir sampai kita rasa benda tu tak ptut kita fikir pun. Pelajaran lagi penting . Okay, mostly. Bila aku mula menulis . Aku rasa idea tak datang begitu sahaja . Aku mula buntu , mula risau dan resah dengan apa yang orang fikirkan tentang diri aku . Tak semua sukakan aku . tak semua akan terima sikap aku yang memang entah apa-apa ni . 

    Okay. Dah-dah . Ainna nak mula bercerita tentang perjalanan Ainna pergi ke Kedah . Ainna menetap di Jengka . Dah semestinya bukan bandar dan tak popular pun . Perjalanan dari Jengka ke Kedah ? tak sure berapa jam . Kadang-kadang ada banyak perkara yang kita memang tak jangka akan berlaku . Now, nak sambung cerita so . bacalah . Manalah tau kalau boleh ambik iktibar . 

   Kereta rasanya dalam keadaan tak berapa baik . Abah masih dengan pilihan untuk ke Kedah yang memakan masa lebih dari 7 jam . Adik Abah yang ketujuh bakal melangsungkan perkahwinannya bersama isteri tercinta dan abah ingin berada di sana kerana pada hari pertunangannya adiknya , Abah tidak berkesempatan untuk bersama. Pada mulanya, perasaan risau tidak ada dalam diriku kerana perasaan  teruja yang membuak-buak untuk ke Kedah serta berjumpa dengan saudara-mara yang selalu berada jauh di mata  . Al maklumlah, kampung di Johor , menetap pula di Pahang . Perasaan teruja kian memuncak apabila abah memberitahu aku, bahawa kami akan melalui Camera Highlands . Sudah lama tak ke sana. Semasa kecil abah dan ibu selalu ke Cameran Highlands tapi tidak pula kuingat . Haish, yang aku tahu, ada gambar di ladang teh dan pada saat itu ibu sedang mendukungku . Mungkin kerana kenangan itu tiada di ingatanku . hehe. Comel juga budak kecil di dalam gambar itu . =D #Perasan

    Macam biasa. aku memilih untuk tidur . Abah selalu memilih waktu malam untuk memandu pulang ke kampung atau ke mana-mana sahaja destinasi yang memakan masa beberapa jam . Mungkin suasana yang agak sunyi dan anak-anak tidak akan bergaduh di atas kereta kerana tidur . Bertolak dari pukul 10 malam dan tiba-tiba aku rasa suasana sejuk yang tak terhingga . Aku mula memakai baju sejukku dan menarik selimut . Walaupun dalm kereta . Jadi rumah pun takpe . Tangki air kereta tiba-tiba sahaja bocor. Aku mula risau . Kami berhenti di tepi jalan dan pada masa itu kami di Cameran Highlands.. Erm, macam formal pula tulis . agak-agak bosan tak ? tukar format mcam tengah bercakap lah . heee.

   Rasanya dalam pukul 4 pagi masa tu . Abah cakap tidur dulu dalam kereta dan pagi besok.. Abah akan cari workshop atau mechanic untuk baiki tangki kereta ni . Ibu pulak telefon saudara-mara yang ada homestay terdekat sekitar-sekitar Cameran . Ibu suruh Abah untuk berhenti di Masjid . Perghh, sejuk jangan cakaplah . Kalau kat kampung pun memang sejuk dah dalam pukul 3 . Inikan pula Cameran . Pada pkul 6 , abah memandu kereta dan parking di hadapn masjid . Best juga . Pengalaman yang menarik . Usai solat subuh, kitaorang cari kedai makan untuk sarapan pagi . Then, terus cari workshop . Masuk dalam juga untuk cari workshop di Cameran . Berhenti di salah satu kedai . Terdapat pasangan suami isteri berbangsa India . Suaminya memakai kain dan kelihatan penuh luka di badannya . Seperti melecur pun ada juga . Macam biasa. Aku duduk dalam kereta dan taknak turun . Tiba-tiba , kakak aku yang duduk di belakang ingin turun, dan aku pun terpaksa turun juga . Aku pun duduk di palang besi yang kelihatan seperti boleh duduk di situ .

  Semasa dalm proses membaiki. Aku melihat abah tengah rancak berborak dengan suaminya tadi . Aku melihat dan mendengar . Baru aku tahu, luka-luka di badannya disebabkan anaknya yanng bermain wayar yang menyebabkan litar pintas dan kereta tersebut terus meletup . Anaknya selamat tapi dia mengalami kecederaan yang sangat teruk . Oh patutlah ! dia pun menunjukkan luka-luka di pehanya yang masih belum sembuh . Wujud rasa kasihan di dalam hati dan aku bersyukur dengan kesihatan yang Allah beri padaku pasa masa ini . Selepas beberapa minit , kereta siap dibaiki . Aku sangat-sangat berterima kasih di dalam hati kepada pasangan suami isteri tersebut .  Ada sebabnya kenapa Allah mengatur sesuatu jalan untuk kita . Ada hikmahnya kereta kami rosak di Cameran . Mungkin Allah mahu Abah berehat dripada terus memandu . Selepas beberapa jam . Dalam pkul 1 tengahari . Kami pun sampai di sebuah Homestay di Kedah .. Alhamdulilah !! YEPPIIIII  !!

     Sampai-sampai je kat sana . Ainna dah rasa gembira dan . Ainna pun dok usya manalah sepupu Ainna eh . *W . Ainna terpikat dengan sifat alimnya dan dia selalu melakukan kewajipan sebagai umat Islam . ehem2 dia lelaki . umur dalam 23 tahun rasanya . Ainna beritahu ibu dan abah . eceh, mcam terpikat lah . haha, gatal budak ni . SPM tak lepas lagi . Cari punya cari . Then nampak dia balik . Rupa-rupanya dia pergi Solat Jumaat even dalam keadaan musafir pun . terus Ainna terpegun . Lepak-lepak dengan sepupu kat dalam bilik .Makan maggi . Wow, best macam ni. Bila lupa tentang pelajaran sekejap . Petang itu, Akad nikah pakcik Mirul . hehe, excited . Solihin, adik Ainna berumur 3 tahun . First time jumpa kolah kat masjid kot . sbb kolah tu betul-betul depan pintu masjid dan kolah tu sangat rendah macam kolam . Solihin main air sampai nak terjun dalam kolah tu . Habis lencun satu baju . Sabar je lah . gigit pipi tu baru tau . Nasib baik comel . Nak marah pun tak sanggup sebab cute sangat . 

    First time tekun dengar akad nikah, dengar semua apa yang tok kadi cakap . Asal Ainna pulak yang nervous ni ? hesyy . tak pasai-pasai pulak . Dalam diam-diam Ainna usha sepupu Ainna tu . Hmm, usha diam-diam ja. sebab ? dia dah ada yang punya . lagipun kami sepupu . Sepupu perempuan yang lain pun dok lama suka ke dia . haha. sampai je Kedah . Ibu dok bergurau cakap loghat Kedah . Haru jadinya . Selepas je siap . Rasa bahagia . Sebab banyak juga halangan Pakcik Mirul dan Alhamdulilah semuanya dah settle . Lepastu ada pula jamuan makan-makan dekat rumah pengantin perempuan . Kami pun pergi ke sana .  Selepas makan-makan . bergambar ramai-ramai dekat pelamin . Adik pengantin perempuan nak bergambor dengan sepupu lelaki Ainna tu? Haish . Sakit pulak hati kita ni . Takpe sabor2 . Ainna rasa mcam nak menangis . Macam patah hati.. Eh, acahlah Ainna ni.. hehe

   Ada sebab kenapa Ainna cuba cari kebahagiaan di sini . Ainna terluka . Sebelum ke Kedah. Bestfriend Ainna hantar gambar Ex Ainna dengan girlfriend dia . Ya Allah, Ainna tak tahu nak kata apa. Sedih . Macam sedih . Macam kecewa tapi tak keluar air mata . Pernah tak rasa ? Mugkin Ainna dah lebih tabah . Tabah dengan patah hati dngan Cinta Monyet ni .Acah-acah kuat . Alhamdulilah, berada di sana mengajar Ainna utk gembira dengan apa yang ada dan terima dengan segala kehilangan .

  Kenduri kahwin pada esoknya, rasa tak sesuai pulak pakai make up . tua ! muka tua ! hahaha. lepastu sedara mara nak join pergi Cameran so lepas kenduri tu, Kmi trus konvoi 3 buah kereta ke Cameran . Ini syokkk. Okay taknak cerita panjang-panjang . Nak belanja gambar sikit ja . hehe . Best konvoi macam ni . Rasa hubungan kekeluargaan tu makin erat . 
My Family ^_^

Abah yang serius tapi penuh dengan kasih sayang .. Sayang Abah !

Pakcik Mal buat kelakar =P

MY BIG FAMILY !

Love you .