Assalamualaikum.. Selamat Datang ke Blog Duniaku Si Merah Jambu ! ʕ•ᴥ•ʔ Jangan lupa follow blog ni, okay ? ✿◕ ‿ ◕✿ Saranghae ❤ ❤ ❤ Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving ❤ ❤ ❤

Friday, February 23, 2018

Pilihan


           Assalamualaikum.. kali ni nak bercerita sikit.. Lama dah rasa nak story-mory macam ni tapi malaih. Dok tau lah malaih pasaipa.. Keluaq dah utagha dia.. (ミ ̄ー ̄ミ)

          Dalam hidup kita diberikan pilihan. Kadang-kadang kita tak yakin dengan pilihan yang kita buat tu. *Betui ka aku ni? *Kalau salah macam mana?* Biar salah daripada langsung tak buat. Jujurlah, siapa je suka buat pilihan kan? Ainna pun rasaaaa.. ergghhh.. Bayangkanlah.. Kalau keluar dengan kawan-kawan lepastu taktau nak pergi mana kena buat pilihan sama ada terus jalan lagi atau balik ataupun pergi makan. Bawak motor pun, ada dua jalan, kiri dan kanan.. dua-dua jalan tu bawa kita ke tempat yang sama je, tapi nak pilih kiri ke kanan?

         Itu baru contoh sikit. Macam cikgu selalu kata, kita bangun-bangun tidur pun dah kena buat pilihan, nak bangun atau terus tidur? Nak mandi terus atau check phone jap. Complicated tak ? Sebenarnya hidup ni senang je, kita je yang selalu fikir susah. Cakap pasal pilihan ni punya lah banyak. Belum lagi cerita pasal belajar. Makin kita dewasa makin banyaklah pilihan yang kita kena buat. Pilihan kita menggambarkan kematangan dalam hidup kita.

     Andai kata rasa dah buat pilihan yang salah? Aku pilih jurusan ni tapi aku rasa aku sesuai jurusan ni.. Cuba eh cuba.. If kita rasa kita dah salah buat pilihan...Teruskan je.. Teruskan selagi mampu dan buat yang terbaik.. Bersangka baik dengan takdir Allah.. Semua Allah dah tetapkan.. Sekarang terletak pada diri kita sendiri sama ada nak hidup dalam kegagalan sepanjang masa atau berubah dengan kegagalan yang memberi pengajaran dalam diri kita supaya tak ulang kesilapan yang sama dah..

   Tak kesahlah kita dah berapa banyak buat salah dalam membuat pilihan.. Kembali pada Allah.. Solatlah.. berdoalah agar dipermudahkan segala-galanya.. Rezeki kita Allah dah tetapkan.. Janganlah berburuk sangka pada Allah.. Kita kan dah selalu dengar, Setiap yang berlaku pasti ada Hikmah-Nya.. Habis sampai bila nak meratapi kesalahan, kegagalan dan ulang benda yang sama je tak sedar-sedar..

    Beri peluang pada diri kita untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jangan senang-senang je nak judges orang lain tapi diri kita? Sayangilah diri kita.. Buat yang terbaik.. Biar apa pun jadi.. Sekurangnya kita mencuba daripada tak cuba langsung..

    Sebelum tu, senyumlah.. Sesukar manapun cabarannya selepas membuat pilihan.. Bertabahlah.. Mana ada orang terus berjaya tanpa usaha... Tak ada yang lahir terus-terus kaya, walaupun keluarga dia orang berada. Dari mana semua tu? Dari Allah ! atas usaha parents diorang dengan sebuah "Pengorbanan". Berkorban masa, penat dan lelah demi memastikan anak-anak takkan rasa susah macam yang diorang pernah rasa..

   Takut pulak menyimpang jauh sangat.. hehehe.. Assalamualaikum..