Assalamualaikum.. Selamat Datang ke Blog Duniaku Si Merah Jambu ! ʕ•ᴥ•ʔ Jangan lupa follow blog ni, okay ? ✿◕ ‿ ◕✿ Saranghae ❤ ❤ ❤ Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving ❤ ❤ ❤

Friday, December 18, 2015

Pandai-pandailah fikir sendiri


    Assalamualaikum kawan-kawan dan sahabat sekalian . Ramai tanya. Ainna ! kau taknak menulis blog dah ke? serius weyh aku rindu nak baca blog kau. Ainna pun rindu nak membebel kat blog ni .  Ada sesiapa cari tak ?? "KRIK KRIK KRIK" -_-
Asal tetiba cengkerik berbunyi pulak ni . hahahaa. 

      Ainna rasa maybe cuti ni bosan sikit dan Ainna akan cari masa untuk update blog ni . oh ya. korang ada tak member sekelas lelaki yang ala-ala lembut sikit, kuat membebel dan cerewet ? hahaha. Ainna ade tau . dia kiranya penceria kat kelas tu lah. Haritu dia membebel kata blog Ainna ni serabut . ade lagu lagi . dia kata, kalau dia buka blog ni mesti dia terus tutup music tu.. Lepastu bunga turun-turun lagi.. kau tau tak ! serabut ! serabut ! . Haish.. Ainna pun tengok sekeliling maybe ade bende yang nak dibaling atau ketuk dia ni.. Rasa serabut juga tengok dia ni,, Kalau orang menggedik dia kata gedik padahal dia lagi gedik.. hahahaha.. Tapi rasa sunyi bila dia takde . =P

     Rupanya blog ni ramai kawan-kawan terdekat baca .. Hahaha.. tak pernah sangka kot !Ainna buat blog ni dulu hanya berharap sahabat yang rapat je baca , mungkin dulu terlalu excited smpai terberitahu diorg . ter k ter. aduh.

    Kenapa lah takde emoji untuk blog ni? Ainna suka betul dengan emoji whatsapp, kalau chat dengan ibu pun mesti ada emoji . lebih cute kan? menggambarkan perasaan kita.. Walaupun masa tu kita tengah nangis tapi buat emoji tergelak sampai menangis.. Kejap ! Apa yang Ainna merepek daripada tadi ea? hehe.. baca je lah , memang Ainna suka tulis  panjang-panjang macam karangan. 

     Ainna pilih aliran sains dan tahun depan Ainna akan berkahwin dengan SPM . Banyak persiapan kena buat. Tapi kita selalu tak ready bila exam kan . Kalau orang tanya exam tu untuk ape sebenarnya. mesti jawapan dia untuk tengok sejauh mana kita faham dalam sesuatu subjek selama kita belajar ni .  Kalau nak tunggu kita ready untuk jawab exam sampai bila-bila takkan ready..  huhu

      Sekarang Ainna nak guna bahasa "Kau Aku" boleh ? Ala ibaratkan macam Ainna tengah cakap sorang-sorang tapi korang baca . Ha mcam tu . *tergelak sensorang . #Muahaha . # Erk +_+

      Kau fikir nak berjaya ? tapi kau malas berusaha. Kau impikan kebahagiaan akan datang dengan sendiri? . Kehidupan kau akan mewah dengan kemalasan kau ? Tak ! takkan ! Cuba paksa diri macam manapun utk buat sesuatu kerja . Kalau nak layan malas kau . Sampai bila-bila pun dan sampai kau tua pun kau masih macam ni . Hidup dalam angan-angan kau . Ya ! semua org ada cita-cita even dia tahu dia takkan mampu untuk capai cita-cita tu . At least, kau dah berusaha . Apa yang kau dapat setimpal dengan apa yang kau dah usaha . Allah itu Maha Adil . 

     Sampai satu masa kau fikir semua orang membenci kau . Kau rasa kau tak sempurna dan kawan-kawan kau jauh lebih sempurna . Ya ! Aku rasa macam tu . Kau selalu merendah diri . Kau tau takde siapa akan hargai kau . Nak tau kenapa ? Sebab dunia tu kau reka sendiri . Kau boleh je positive thinking . Kau fikir je diorang suka kau . Ayah aku pernah berpesan . Anggaplah pujian itu suatu kehinaan dan bersnyumlah jika kita dihina . Kita ptut rasa terhina apabila dipuji kerana? Sifat riak akan muncul dan kau pkir kau dah cukup cantik dan menawan utk semua org. Eh, jangan risau. Bukan kau sorang rasa mcam tu . Bersenyumlah dan cuba berubah .

     Aku juga manusia . Allah menciptakan manusia sifatnya sempurna . Kita dah cukup sempurna. Jadilah diri sendiri . Akan tetapi , jika sifat kita ni menyakiti orang lain . Tak salah kan kalau nak berubah ke arah yang lebih baik . Ibu aku pernah juga berkata, jangan menyakiti orang lain kalau tidak mahu kita disakiti . Makanya, kita mestilah berbuat kebaikan . Bak kat perumpamaan, Buat baik, dibalas baik. Kita selalu fikir.. jika kita buat baik dekat musuh kita . Adakah suatu hari nanti, musuh kita juga akan berbuat baik kepada kita ? mungkin ? Allah  akan bagi orang yang baik di sekeliling kita . Pernah tak kita perasan semua tu ? kadang-kadang tak . yeah, sebab? kau terlalu fikir musuh kau dan orang yang membenci kau . Kau tak pernah bagi peluang kat minda kau sendiri utk hargai orang yang hargai kau . berubah lah k berubah . hehehe.

     Ada satu masa. Kau terlalu bergantung dengan kawan lelaki kau *yang ni utk perempuan . Kau rasa  tak boleh hidup tanpa diorang. Selama ni kawan lelaki kau je yang bagi macam-macam, tolong kau dan luangkan masa untuk kau . blah blah blah . Eh, kau tak rasa family kau lagi buat kau bahagia? yeah, aku pernah rasa apa yang aku kata ni . Sebenarnya kau boleh je bagi peluang kat diri kau untuk berdikari dan happy dengan family kau . Nope, tak bermakna kawan lelaki kau tu tak penting . tapi jujur lah . Kau rasa diorang akan macam tu selamanya ? huh, takkan! sebab semua orang akan berubah . Termasuk kau sendiri . Dunia ni berputar dan jangan terlalu bergantung harap dengan orang lain . Hello ! dah nak 2016. Dan kau masih lagi sedih dan buntu dengan orang yang tinggalkan kau? Bila kau dah matang dan kau lebih memikirkan masa depan . Kau akan fikir " Siapa yang stay. Aku hargai . Tapi kalau diorg nak blah. blah je lah. Aku taknak terlalu fikirkan orang yang rasa diri aku ni tak penting . Hargai orang yang sayangkan kau " .

    Ada masa kau terlalu overthinking dan fikir yang bukan-bukan . Kau rasa macam nak buat ni . nak buat ni juga . yang tu macam best . nak try . okay ! biasalah bila dah sampai satu tahap. Kita rasa nak try semuanya. Kau buat apa yang kau nak . tapi kalau kau tak guna akal kau . Mungkin benda yang kau buat tu tak mendatangkan sesuatu yang positif pun . yeah . pandai-pandailah fikir . 

   Untuk sesiapa yang baca ni . Sila komen dan bagi kan pendapat atau sesuatu tajuk yang seronok untuk dibincang . Ainna ni jenis yang campur semua je . Ha, tak kesahlah sedap ke tak . haha, Macam masak pulak . 

    Tahun 2016 bakal menjelang . Hidup ni singkat . Perjalanan tu panjang . Pandai-pandailah kau isikan masa dunia kau utk saham akhirat dan di dunia yang pnuh dengan pancaroba . Aku suka mnulis . Bila menulis . Aku takkan fikir apa dah . aku tulis apa yang aku nak . Lepastu aku baca balik . memang bersepah-sepah kesalahan . Ada masa juga malas nak baca . huhu . #Semua malas 


    Haish, kelas Ainna tahun depan takkan sama macam tahun ni . Budak-budak lelaki yang selalunya suka bergurau akan pindah kelas . Diorg buang aliran sains tulen . Sayangkan ? Apa guna kau habiskan setahun kau utk buang subjek tu . Then, kau rasa dalam masa stahun kau boleh kuasai subjek yang kau ambik . Sebenarnya semua tu terletak dekat diri kita sendiri .. Banyakkan usaha . Jangan GIVE UP WEYH !! Yeah, kelas akan sunyi . Semua orang dok tumpu SPM . lepastu berpisah. buat haluan sendiri . hurmmm. Okay ! tak suka bila fikir about future kita . Rasa mcam terlalu fikirkan semuanya sempurna . tapi realitinya tak akan . tak akan . Aku ulang lagi ea . tak akan . hahaaha . # ~_~"

    Saja je membebel kat sini . Dah lama sangat tak menaip . Jari dah beku . Dah takde idea apa nak tulis . Otak dah beku juga rupanya , Bila Ainna baca balik apa yang Ainna merepek dalam blog ni . Rasa macam tak matang . hehe, Acah-acah matang je sekarang . Well, My Aunty cakap yang muka I ni nampk matang berbanding akak I . #Gedik pulak.. 

    Thank you so much untuk siapa-siapa baca ni . Blog untuk suka-suka dan mengisi masa kepada yang suka membca sesuatu..  hehe..

Assalamualaikum . Jawablah salam kita tu .  * Buat muka mata sepet . hahaha . -__-

P/s : Maafkan ea korang-korang kalau ada banyak typo atau tersalah ejaan #Bila Malas menjelma =P