Assalamualaikum.. Selamat Datang ke Blog Duniaku Si Merah Jambu ! ʕ•ᴥ•ʔ Jangan lupa follow blog ni, okay ? ✿◕ ‿ ◕✿ Saranghae ❤ ❤ ❤ Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving ❤ ❤ ❤

Monday, December 15, 2014

Student of 3 RKS !



Tinggal Kenangan..

            Assalamualaikum.. Setiap Pelajar sekolah mesti  ada kawan-kawan kan? lagi-lagi rakan sekelas? Bila sekolah mesti korang rasa malas nak pergi, tapi bila cuti rasa rindu nak jumpa... rindu nak gurau dengan kawan-kawan.. Hey-hey, lumrah okay.. Haha, Ainna pun macam tu.. 

         Kembali semula ke cerita asal, Now ! Ainna dah ready nak ceritakan tentang ciri-ciri dan perwatakan rakan-rakas sekelas Ainna.. Cerita ni agak panjang sedikit.. kalau korang nak baca mesti awesome! haha, ◕ ‿ ◕

      Nama kelas Ainna 3RKS, mesti rmai orang tertanya, kenapa RKS? ape tu RKS? maksud RKS adalah Rancangan Khas Sekolah.. tu lah sebabnya.. specialnya kelas RKS ni.. pelajar lelaki pakai tali leher warna kuning dan juga pelajar biasa dalam kelas tu dibenarkan memakai kasut berwarna hitam.. 


Happy bila tgk rakan-rakan sekelas gembira.. ^_^

1. Bermula daripada Ketua Kelas lah ! ( Ketua Kelas 3 RKS ) - Ajmal

Fuhhh, orangnya? erm, macam mana eh? Rajin ! Bertanggungjawab.. tapi satu je masalah dia ni.. suka komen dan membebel macam perempuan.. Ada je yang tak kena kat mata dia.. senang citer.. komen pandai, buat? haha, MALAS ! seorang yang agak KELAKAR ! berlesung pipit ! kurus dan aktif jugak lah dalam sukan, ada masa dia moody dan happy, biasa lah kan? hehe, #JanganMarah2 ◔‿◔ dia ni jenis yang ramai kawan, kadang-kadang dia ni Ting-tong jugak.. ^‿^

2. Penolong Kelas - Durrani
Seorang yang pemalu, tapi sebenarnya banyak cakap.. mempunyai senyuman yang menawan sehinggakan dia disenangi oleh kawan-kawan.. Erm, ketua kelas syok je kat dia? Alah, menaruh hati gitu.. haha, sweet betol bila tengok diorang ni.. tapi diorang hanya kawan rapat je..Katanya ! Durrani ni adalah salah satu ahli dalam GROUP AHAD... bff Ainna ! =D Dia rajin dan bertanggungjwab.. takde beza pun dgn kelebihan yg ada pada ketua kelas..  yang penting jangan rampas CHEN (EXO) dari dia.. hehe..


The Sweet Memory


3. Pengawas Sekolah Lelaki 3RKS

* Iqbal @  Ebal - Bagi Ainna dia ni agak Poyo dan suka control macho, eh-eh, tapi ramai peminat dia ni.. hehe, kawan Ainna daripada sekolah rendah.. sikap dia lebih matang, kadang-kadang lah?.. anak kepada guru kelas kami, dia aktif sukan ! seorang yang rajin membantu kawan-kawan dalam kesusahan #Kadangkala lah.. hehe.. tapi dia mesra sebenarnya,cuma ada jugak masa yg dia ni SOMBONG .. 

* Aish @ Ayish - Seorang yang rajin dan mesra dengan guru-guru, lebih berpengetahuan dalam bidang agama.. Seseorang yang ingin menjadi yang terbaik dalam segala perkara.. tapi kadangkala sikapnya disalah tafsir oleh kawan-kawannya.. Dia juga seorang yg tabah ! Okey, Next !

* Badrihusaini @ Bad - Haha, dia ni kadang-kadang over. kalau buat presentation suara dia lantang maacm ASKAR !! tapi dia baik.. cuma ada masa dia kedekut ilmu.. erm, bukan nak mngumpat tapi harap selepas ni dia lebih berfikiran terbuka and try to change it.. Dia bijak dalam BM, Sejarah dan juga Geografi.. so kalau bercinta dengan dia ni payah kot? maybe lah? sebab bijak sejarah, kang tak pasal-pasal dia ungkit peristiwa yang terjadi pada 1956.. haha, #Tetiba je..

* Aiman -  Ha ! yang ni baik + rajin.. ramai yang selesa bila berkawan dengan dia...  dia lebih selesa bergurau kasar dan cakap ape je yg dia nak.. eh, biasalah tu.. banyak kemahiran yang dia ada sebenarnya. pemikiran yg lebih positif dan lebih memahami kawan-kawan.. kebiasaanya, dia seorang yang CERIA ! Macam Astro Ceria !!!!!!!!! (づ。◕‿‿◕。)づ

* Azrin - Seorang yangg pendiam, kadang-kadang dia senyum.. tapi rasanya dia pendiam dengan perempuan je kot..kat facebook dia peramah tau ! dia sebenarnya petah apabila berbicara cuma pemalu . tapi time Ainna group Math dengan dia haritu.. dia sebenarnya okay je.. betullah orang cakap, jangan menilai seseorang tu daripada luaran dan sekilas pandang je ʘ‿ʘ


  

 Main phone je ehh... Maklumlah dapat phone baru kan.. hehe, #Husna #Farah

Auni tak datang masa ni sebab balik kampung.. 。•́︿•̀。

4. Pengawas Sekolah Perempuan 3 RKS

* Farah - Seorang yang ceria.. dia pandai dalam karangan ! dia lebih memahami orang lain berbanding dirinya sendiri.. susah nak dapat kawan maacm ni.. seriously, sporting! Funny ! jenis yang selamba gitu.. ◕‿◕ Bila Ainna kenal dia, Ainna lebih memahami apa ertinya Kawan ..

*Azzatul @ Atul  - Seorang peminat group EXO ! Baekhyun ! btw, Ainna slalu balik jalan kaki @ lintas jalan dengan dia.. Kadang-kadang, Ainna main lintas je... dia lah kawan yang sanggup tarik Ainna bila nampak kereta.. rasa selamat bila di sisi dia.. ◕‿◕ dia peramah, bijak ! dan juga bestfriend kepada Farah ! susah tau nak jumpa BFF macam diorang ni... #Sweet sangat2..

* Husna @ Una - Sentiasa memahami orang lain, bijak dalam matematik ! tapi time Sejarah dan BM dia ni tidur.. haha, seorang yg ceria ! oh, lupe! gelaran yg Ainna bagi dekat dia "MakCik" ! dia selalu memahami org lain.. tapi sebenarnya di sebalik tawanya ada sebuah kelukakaan dan kesedihan yg disembunyikan.. Ainna faham Una .. dia baik ! kadang-kadang Ainna rasa dia macam kakak Ainna.. sebab? dia selalu tolong Ainna.. Maklumlah Ainna ni pemalu sikit orangnya.. hehe, dia juga salah sorang ahli dalam Group AHAD ! ha !! satu yang korang perlu tahu tentang dia.. perkataan favourite dia , "BOSAN", haha, bila keluar je perkataan tu, rasa nak lempang je makcik ni.. rela-relax , dia banyak mengajar Ainna apa itu erti SAHABAT ! dan sentiasa membantu semua orang dalam pelajaran terutama subjek Matematik..◕‿◕♡

*Auni  - Banyak kesedihan yg dia perlu tanggung dan hadapi.. hanya dia je yg tahu.. orangnya CERIA  jee.. Kadang-kadang boleh jadi terlalu hyperactive ! hehe, tapi adakalanya dia badmood dan mood down.. Time tu dunia ni terasa begitu sunyi.. Ainna suka buat dia marah ! lempang die ke, main tudung dia, tarik baju dia.. haha, tu jugak yang kadang-kadang Ainna buat dekat Una, kalau ada salah Ainna maafkanlah ea.. Haritu tertumbuk muka Auni smpai lebam.. >﹏< Ainna nak korang tahu.. yg korang kawan yang terbaik dalam hidup Ainna.. Ainna faham Auni, dan kadangkala dia faham Ainna, biasalah semua orang ada ego. dia sorang yang mudah meminta maaf dan juga seorang yang selamba.. apa yg dia nak cakap, dia akan cakap je.. takda apa yang dia nak selindung.. dia dengan Husna takde beza pun.. itulah Special nya SAHABAT Ainna.. ♡\( ̄▽ ̄)/♡

* Almira @ Mira - Banyak kelebihan yang dia ada, tapi dia lebih memilih apa yang dia nak.. sebenarnya itu semua terletak pada diri kita sendiri.. Ainna prnah rapat dgn dia.. so dia salah satu kawan yang Ainna sayang ! dulu, dia bjak Math ! dia jugak memahami kawan-kawan dia.. dia ada semangat setia kawan yg tinggi.. tapi dia selalu migrain dan suka buat je apa yg dia rasa happy.. =) biasalah kan?

* Najiha @ Jiha - dia ni pembawa keceriaan dalam kelas.. peramah tidak terkata.. haha, suka main cuit-cuit orang.. ada jugak kene tendang ni.. btw, dia mesra dan selamba.. bintang badminton ni ! jangan main-main dengan dia tau ! 


Selepas habis exam PT3.. happy je diorang..
Tengah siapkan homework math.. siap ke??? haha..


5. Pengawas Perpustakaan Lelaki 3 RKS

*Aris @ Ayam - Ainna pun tak tahu dari mana gelaran tu datang.. tapi dia ni cute orangnya.. jenis yg kasar bila bergurau, tapi dia sayang member-member dia.. cuma bila Ainna cakap dengan dia.. rasa nak bgi penampor pun ada. haha, tapi tanpa dia, kelas 3 RKS maybe sunyi.. hobi dia banyak kena mengena dengan motor.. huhu, biasalah tu, LELAKI !

* Shahrizal @ Epoi - Dia ni seorang yg terlalu, lalu ceria !  dari segi sudut pandangan Ainna.. dia seorang yg setia kawan ! terlalu sayang orang-orang di sekelilingnya.. dia pantang dicabar.. hyperactive juga dia ni.. dalam kelas tak reti duduk diam.. ada je nak menyakat orang.. ramai peminat tau !! sebut je nama dia.. mesti orang kenal.. tapi dalam diam dia ada masalah dia sndiri.. entahlah itu yg Ainna nampak..  kalau ada sesiapa nak beli barang motor ke nak setting apa-apa ke. Ha, jumpa lah dia.. dia ni pakar dalam bidang tu .. bff dia ARIS ! berlesung pipit dan suka membuat orang lain tersenyum dengan telatah dia.. dia rajin dan sanggup buat ape je kalau dia nak ssuatu tu.. lagi-lagi kalau bab-bab motor..

* Firdaus @ Pidot - Dia ni anak cikgu ! tapi ayah die mengajar kat sekolah lain.. haihh, cikgu-cikgu yang cantik semua dia nak tackle.. haha, dia baik, memahami masalah org lain dan jugak best Friend kepada Ainna.. eh-eh, entahlah, maybe lebih kepada friend? haha, rasa selamat bila dengan dia.. setiap masa dia ada untuk Ainna.. Dia macam "Do Min Joon" dalam My Love From The Star.. dia sntiasa membantu kawan-kawan dia.. Azrin, Aiman, Bad, Syafik semua kawan baik dia .. dia bijak cuma dia MALAS! Hehe...bila dia ada masalah, dia akan moody dan duduk sorang-sorang..

 * Syafik @ Ikmal - Seorang yang peramah dengan semua orang terutamanya PEREMPUAN.. sikap dia yang kadang-kadang Annoying membuatkan rasa nak sumbat kasut dalam mulut dia. tapi dia sebenarnya adalah kawan yang terbaik.. dia dengan FIRDAUS tak dapat dipisahkan, CINTA SEJATI tu.. hehe, dia suka luahkan masalah dia dekat Ainna dan Ainna pun rasa selesa nak bgi nasihat atau cerita masalah dekat dia.. ada masa dia okey dan ada masa dia tak.. dia sporting dan baik tau ! Perangai sebiji macam Lee Kwang Soo dah lah tinggi melangit !  ̄~ ̄

* Alif @ Alip - Ha ! yang ni jangan cakaplah.. memang Playboy edisi Malaysia tau ! fuhh, siapa-siapa rasa teringin kena ayat sweet dengan dia.. try lahh.. tapi dia lah antara member yang Ainna sayang.. dia kata, dia lebih selesa luahkan atau cerita apa-apa je dekat Ainna.. Ainna tak kesah.. Ainna faham dia macam mana.. dia banyak terluka dalam percintaan, apa-apa pun, Ainna always support Alip dari belakang, okay? ♡◡‿◡ 

* Syazwan @ Iwan - Dia ni? Peramah, perangai gila.. dia dengan Aris, Epoi, dan Nik satu kepala.. al maklumlah duduk berempat.. bila bergabung boleh meletup kelas..dia ni pun jenis yang selamba.. apa yang tak kena kat mata dia.. cakap je.. itulah dia..
Di KUIM #Kolej Universiti Islam Melaka.. Ada impian untuk smbung belajar kat sini.. #In Shaa Allah

6. Pengawas Perpustakaan Perempuan 3 RKS

*  Aina - Seorang yang periang dan k-pop fans ! dia bijak dalam segala hal dan sporting , funny person! BFF dia Farah, Atul, Izyan dan Aisyah..  Ainna selesa bila nak bergurau dengan dia.. maybe sebab sikap dia yang peramah.. ´ ∀ `

* Aiyah @ Scha - Pelajar tercantik dalam kelas.. eh-eh.. tapi dah berpunya.. dia seorang yang memahami, pemalu kadang-kadang.. K-pop fans jugak ni.. Semua bff dia hobi yang sama.. senyuman dia sungguh menawan tau ! ha !! sekali pandag boleh tergoda.. hehe.. BFF Izyan.. asyik berkepit 24 jam..

* Izyan @ yan - seorang yang COOL ! Ainna suka panggil dia Miss Cool ! Happy dapat kenal dia !  Dalam sikap cool dia, sebenarnya ada sifat peramah dan juga periang.. cuma pandai cover ek? hehe, Ainna suka bergurau dan tolak dia.. haha, Ainna suka panggil dia "Jiran" sebab meja dia  dekat dgn meja Ainna.. so bila nak belajar Ainna akan cakap "HAI JIRAN ! "

* Syafiera @ Eira - Seorang yang peramah, mudah didampingi oleh semua orang, eh-eh, dalam peramah tu , dia garang tau ! jangan main-main dengan dia.. kalau berani, kacaulah? tengok apa akibatnya nanti.. hehe, dia awesome lah ! Ainna tabik kt dia.. ´ ∀ ` tapi sebenarnya dia juga ingin orang lain memahami dirinya..


Baru habis PT3 .. Putera-putera 3 RKS.. Putera ke?? haha..

7. Pelajar Lelaki 3 RKS

*Safri @ Dely - seorang yang baik... kalau Ainna nak mintak tolong bab-bab menukang mesti dia okay je..  rajin bekerja.. oh, jap ! Student lelaki kelas Ainna ni memang rajin cari kerja.. suka buat kerja part time.. Rajin kan? Safri ni suka ponteng sikit.. tapi Ainna tahu bijak sebenarnya.. Kadang-kadang nakal dia tu sampai tak mampu diterima dan dimaafkan oleh semua orang.. hmm..

* Putra @ Put - Haaa, dia ni suka kacau Ainna.. suka panggil Ainna (Pipah) lepstu mula lah tak betol dia tu.. haha, tapi mampu buat Ainna tergelak dan tersenyum.. kekadang lah! tapi ada masa boleh naik menyampah,.. dalam bergurau dia tu.. bijak Math jugak tau.. dalam hentam dia tu kadang-kadang betol jugak.. 

* Nik @ Izam - Dia ni agak Poyo bgi Ainna, dia dengan "Alif" takda beza.. suka guna ayat sweet.. sebab tu terlalu mudah didampingi oleh perempuan.. by the way, tahun depan dia pindah sekolah.. hope dia okay kat sekolah sana.. dia ni pun salah satu member yg Ainna rasa nak sepak je .. Jangan lupa Ainna tau? Kawan yang kau selalu kacau masa form 2 dulu .. ̄︶ ̄

*Muhammad @ Mamat - Dia ni pemalu sikit kot? lebih banyak berdiam diri, bak kata cikgu, dia denagn dunia dia sendiri.. hehe, tapi bab-bab handphone ke, game ke memang dia mahir.. kaki game dia ni.. memang dia hebat bab-bab tu.. kurang bergaul dengan perempuan.. hah, cakap pasal handphone , sudent kelas Ainna memang suka berniaga tau.. huhu, jual phone lah, jam lah, barang2 motor lah.. banyak betol lah 'LAH' tu..  


Menara Taming Sari Melaka.. Masa ni tengah tuggu turn  ̄︶ ̄

Membuat kerja amal di rumah orang-orang tua.. rajin kan diorang? ◕‿◕


Pelajar Perempuan 3RKS

* Alya Sya - Seorang yang selamba, Cheese cake yang mak dia buat memang sedap ! bintang Math jugak ni.. kebiasaannya dia rapat dengan geng-geng dia je.. tapi tak bermakna kitaorang tak bertegur atau bersapa.. Alya dan Jiha sepupu tau.. best kan kalau dapat sekolah dengan sepupu sama-sama.. lagi-lagi bila sekelas.. sepupu Ainna semua jauh-jauh.. kat Johor.. rapat? hmm, semakin dewasa ni... semakin renggang perhubungan Ainna dengan sepupu Ainna sendiri.. ╥ω╥

* Alia Nad @ Lia - Seorang yang gila-gila .. tapi kalau ratu cantik kelas? maybe dia menang rasanya.. mudah didampingi oleh lelaki kerana sikap dia yang peramah.. dia dengan Mira BFF yang takkan terpisah.. In Shaa Allah.. memang rapat lah senang cerita..

* Diana @ Mekno - Mak dia punya nasi kerabu memang TIP-TOP ! sedap sangat-sangat.. Kemahiran Hidup (KH) sama dengan dia.. tapi dia suka bagitahu yang Ainna ni cakap laju sangat.. hmm, itu kelemahan Ainna.. Ainna tak tahu kenpa.. Ada masa terasa juga, kenapa orang tak faham @ tak dapat pick up apa yang Ainna cakap.. yang faham Ainna cakap sorang je , adik Ainna sendiri "Shafiq" ! Okay, forget it, Mekno ni mesra tau, kalau nak dengar story ke apa-apa ke, atau pinjam novel mesti pergi kat dia.. peramah teramat sangat-sangat..

* Aisyah @ Ecah - Pendiam, dia baik hati.. mahir kalau bab-bab agama..  tapi diam-diam ubi berisi tau.. hehe, jangan main-main,, dia tak rapat sangat dengan geng-geng Ainna, adalah tegur-tegur kitaorang dan banyaknya berbual tentang pelajaran je. ^_^


Auni, Husna, Ainna, Durrani


         Aduhai... dah penat menaip ni.. ni baru perkenalkan diri diorang.. mana lah tahu, bila Ainna rajin nanti, Ainna jadikan sebuah cerpen tentang telatah diorang dalam kelas.. hehe,
mintak-mintaklah takda siapa yang terasa hati.. just for fun.. 

        kalau korang nak tahu.. Kadang-kadang bila kita terlalu baik, ada je yang nak ambik kesempatan.. susah kan? so apa yang perlu buat? takkan nak buat tak tau je kan? Ainna berpegang pada satu je.. Allah suruh kita berbuat dekat semua orang.. tak kesahlah dia baik ke jahat.. So, jangan pernah penat untuk berbuat kebaikan ◕‿◕♡


Walaupun takde kena mengena dengan tajuk kali ni.. hehe 


     Ainna nak diorang menilai Ainna sendiri.. nak kata Ainna kaki gosip ke, kaki mengumpat ke, banyak cakap ke, cakap laju ke, haihh, Ainna terima semua tu, sebab kita semua tak perfect.. 
◕‿◕
________________________

Jom kita throwback kelas 3 RKS sepanjang 2014..
I really miss you 3 RKS.. ᗒᗣᗕ


Saja konon-konon tangkap gambar buat muka sombong.. tu nama dia Syafik Ikmal !!! My Lee Kwang Soo.. #HalalGap #KitaKawanJe

muka student baik-baik ni.. haha..

Rajin kan ? Firdaus dan Syafik.. @SweetCouple.. #TakkanTerpisah.. haha, Bff lah.. =)

Buat kerja amal..

Termenung ke? 

Kerja-kerja amal..

Bestnye..  Main bowling ke?

Rajin lah sangattt.. 

Kenangan di KUIM

di A famosa..

Firdaus dan Aiman.. 

 muzium kapal selam..

Di Shopping Mall..

Tution !

di UiTM Jengka, Pahang

Study kat perpustakaan awam

Kelas Tambahan

Rajin kee?? 

Student lekai 3 RKS..
Hari Jumaat, berpakaian baju Melayu..

Buat apa tu?

Termenung Jauh..

cer tengok betol2, ada dua beg kan? gurauan kasar pelajar lelaki.. 

Gurau2 manja.. hahaha

Sweet 

Student Lelakiiiii..

Mana satu pilihan motor korang? ha, pilih-pilih.. hehe..

       Nak nangis bila teringat semua yang telah terjadi pada tahun 2014.. tahun depan maybe kita akan berpisah. dan berasingan kelas mengikut aliran masing2, kalau umur panjang kita jumpa semula pada tahun 2015.. =') In Shaa Allah.

       Susah senang bersama.. bertungkus-lumus dalam mnyiapkan kerja kursus PT3 .. Akhirnya , usaha kita bukan sia-sia..

Goodbye 2014..
Assalamualaikum..

Friday, December 12, 2014

Kata-kata Best di Twitter !

Have Fun

______________
  • Aku memang nampak tenang tapi dalam otak aku, aku dah tampar kau tak kurang dari 78 kali
_____________
  •   "orang melayu punya 'otw' bukanlah bermaksud 'on the way' tapi 'omaigod terlupa weh'. sebab tu lambat."
_____________
  •  "Seronok jadi bintang, takde siapa boleh pegang." "Lagi seronok jadi matahari, takde siapa mampu pandang." "Jadi tunggul lagi seronok, takde sape kesah"
_____________
  •  Manusia memang hebat. Sebab apa? Mulutnya ada didepan, tapi boleh mengata dibelakang !
_____________
  •  Bukan susah nk jadi susah. Bukan senang nk jadi senang. Hidup tak semudah seperti yg kau sangka.
_____________
  •   Tugas lelaki single hanya 1. Membahagiakan awek orang.
_____________
  •  Aku expect takkan meraung di tengah jalan, ya memang betul. Tapi menangis di bahu kawan. Silence but strong.
_____________
  •  Seseorang yang mencintai kelemahanmu jauh lebih berharga daripada ratusan orang yg mencintai kelebihanmu.
_____________
  •  Putus cinta tiada masalah , tapi yang bermasalah dah putus tapi masih cinta
_____________
  •  Paling menyampah bila kita dah ada mood nak chat , dia ungkit benda buruk pasal kita then balas macam bodoh. Abuthor.
_____________
  •  " Disana dia happy , bahagia. Disini terhegeh-hegeh rindukan dia and dia langsung tak peduli. Sakit "
_____________
  •  " Sabar adalah sifat yang paling susah untuk dimiliki oleh seseorang manusia "
_____________
  •  Bila tangkap gambar ramai2 tengok muka sendiri je. Kalau muka sendiri ok satu gmbr kira ok. Kalau muka sendiri hodoh gmbr tu dipaksa delete
______________
  •  Bila kita jadi junior, kita akan rasa budak senior ni poyo tapi bila kita dah jadi senior, kita akan tengok bebudak junior ni gedik. Normal.
_______________
  •  Wujud lagi kea laki yg suka baca novel2 cinta ni
_______________
  • asal drama melayu je mesti ada 2 orang yang takde kerja lain melainkan nak ganggu hubungan hero dgn heroin je
_______________
  •  Punca hati tak tenang: baran/pendendam/hasad dengki/bakhil/ tamak/tidak sabar/ego/riak/cinta dunia.
______________
  •   skali kita lukakan hati dia dgn kata kata, sampai mati dia akan ingat walaupun dia tetap mesra dgn kita
______________
  •  Orang lawa "tudung senget pun lawa" Aku "tudung paling lawa di dunia masih hodoh T.T""
______________
  •  Aku pernah menipu sebuah pusat membeli belah dulu. Nak tahu aku buat apa? Aku pergi sana, aku tak beli pape pun. Padan muka dia.
______________
  •  Saya suka bila awak ambil berat pasal saya, saya terharu bila awak panggil saya sayang, tapi saya cemburu bila awk dh mula layan orang lain
______________
  •  Tak semestinya orang yang latar belakangnya dulu buruk tak boleh berubah menjadi baik. Manusia anytime boleh berubah cuma perlukan masa. :)
______________
  •  Mereka yang selalu bersabar bukan karena gagal, namun mereka menunggu saat yang paling tepat untuk menikmati sebuah kebahagiaan
______________
  •  Dapat result baik tapi tak dapat apa yang aku nak takpelah. Aku tahu kemampuan mak ayah aku
_______________
  •  Ramai sebenarnya haters kita. Kita je yang tak sedar.
______________
  •  aku ngaku yg aku pilih rupa tapi taklah pilih yg 100% perfect sebab aku tahu dgn rupa x boleh menjamin kebahagiaan hidup aku"
_____________
  •  Mase exam, Solat on time. Tahajjud tak tinggal. Doa mati matian. Dah habis exam? Semue kau tinggal. Kau hipokrit dengan tuhan. KAN?
_____________
  •  "Time sekolah jelah nak berbestfriend forever bagai. Dah masuk U nanti kawan semua talam dua muka" Hmm apa yang kau buat kau dapat balik      
_____________
  • Aku tak kesah Kau nak berkawan Dengan sesape pon. Tapi Tolonglah Jangan rapat sangat. Jangan layan dia lebih dari aku. Aku jealous.
______________
  •  "Fikiran biar matang, ego bagi rendah, baru hubungan selamat"
______________
  •  Bak kata lirik lagu frozen let it go " i dont care, what they're going to say " tu bahasa mudahnya "gi mampus, peduli apa aku"
______________
  •  Takziah untuk bebudak perempuan bawah 15 tahun yg muka matang nak mampos sebab suka mekap dan bergaya mcm orang dewasa
______________
  •  "Nama twitter dia Hidayah. So bila dia follow aku, it be like "Hidayah is followed you" Alhamdulillah. It's time to hijrah -ukhti
______________
  •  " Sekali gua dendam, selamanya gua dendam. Ludah kau bagi, darah aku kasi. "
______________
  •  Sampai bila awak nak selfie pakai camera360??
______________
  •  Mencintai seseorang yang layak untuk dicintai.. dan melupakan seseorang yang tak layak untuk diingati
______________
  •  makin lama aku dengan kau, makin tak hadap aku dgn org lain. sebab kau dah buat aku sayang gila dekat kau "
_______________
  •  bestfriend now be like badfriend .
______________________
    • "orang yang menangis kerana orang yang dia sayang ialah orang yang setia"
    ______________
    •  Dia perempuan , tak mungkin dia nak terkejar kejar dekat lelaki yang dia suka . Sebab apa ? Sebab dia tahu dia perempuan . Biar nampak mahal
    ______________
    •  Kau nak suka seseorang tu boleh... tapi mohon beringat... "Tiada istilah bila kita sukakan seseorang, orang tu kena suka kita balik."   
    ______________
    • Bulan 12 patut diisi dengan memori memori manis. End of chapter 2014.
    _____________
    •  " Friends kat fb, same je macam cawan. Susun banyak banyak dalam almari, tapi tak guna"
    ____________
    •  Selalu ada tangis di balik cinta, begitupun sebaliknya . Kamu harus Tegar hadapi cinta ((:
      Maafkan Saya
      • Jika ada orang yang menghina anda, jangan terburu-buru menyangkal pernyataan mereka. Sepertinya mereka benar.

      •  jangan dikenang masa dulu nanti sampai bile pun kau tak kan berbaik dengan Ex kau biar jadi kenangan Orang tua kata Bunga bukan sekuntum

      •  Adapun bila pasangan kita buruk maka itu adalah ujian bagi kita untuk menjadi hamba-Nya yg sabar. Dan surgalah tempat mereka yg bersabar

      •  Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.

      •  Hobi perempuan menangis . Hobi lelaki buat perempuan menangis .

      •  Duluku penah cemburu kasih sayangku, setelah org ygku syg peluk yang lain dihadapanku Tpi skrang baruku sedar ksih syg utk semua ,sayang IBU

      •   Wanita susah difahami,ada 1000 1persoalan,tp bila kita tanya,die pun x blh jawab       

      • better sekolah dari cuti.cuti kerja berjoli,habiskan duit,makan,habiskan duit,tdo,makan,tdo,makan.

      • Allah bagi pinjam orang yang kita sayang, sekejap je. Cuba hargai. Susah senang, ada bersama. Jangan menyesal, bila dia dah pergi.
        Try It !  ^_^

        •  Kenapa kena usaha dan tak boleh putus asa? "Kerna Syurga itu, bukan percuma." Gituuu.

        •  " Lawa sangat ke perempuan tu ? " Soalan yg pertama perempuan tanya bila dia jealous.

        •  Siapa yang suka menunggu? Takde siapa kan samalah dengan aku  

        • Don't choose the better person, choose the person who makes you a better you.

        • PT3 . I don't care about my feelings, but I do worry and care about my dearest parents feelings . May Allah grants us kiddos 99 the best

        •  "Rabun ialah salah satu nikmat yang Allah tarik." Boleh jadi,rahmat sebab bila rabun kau kurangkan dosa sebab pandangan tak jelas.


    Assalamuaalaikum, See you guys next time !