Assalamualaikum.. Selamat Datang ke Blog Duniaku Si Merah Jambu ! ʕ•ᴥ•ʔ Jangan lupa follow blog ni, okay ? ✿◕ ‿ ◕✿ Saranghae ❤ ❤ ❤ Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving ❤ ❤ ❤

Sunday, December 30, 2018

Hey, kau okay?


      Assalamualaikum... Alhamdulilah... Alhamdulilah... Alhamdulilah... Ainna dapat balik blog ni... Bersyukur sangat-sangat... Lama jugak rasanya menghilang... Actually, banyak benda nak update... Kisah-kisah perjalanan hidup sepanjang semester 3 ni... Penuh pancaroba dan dugaanyaaa...

     Alhamdulilah... Allah permudahkan segalanya... Apapun yang jadi... Kita sendiri tahu... Kita sendiri yang alami... Biarlah ia menjadi rahsia di hati... Meski cuba untuk berpura... Kau tahu ia tak mudah seperti kau sangka... 

  Pernah ada dalam situasi di mana orang yang kau kagumi, kau suka. Dan akhirnya kau dapat sama-sama bekerja dengan dia? Feeling dia gembira tak terkata... Ehem, bukan CINTA eh? 

  "Kehidupan sekarang macam mana?" 

Erm, semakin meningkat dewasa ni kan... Kau akan makin sedar, banyak tanggungjawab yang kau kena galas, bukan kerana nama yang kau kejar tapi untuk kebaikan kau juga... Kerana nama? sampai bila ia kekal? Mungkin dilupa atau langsung tak dihirau pun...

  "Perghh, Ainna makin matured sekarang..." 

Kita sama-sama inginkan perubahan... Satu perubahan ke arah yang lebih baik, bukan kerana pujian, tapi untuk disoal di akhirat kelak.... Slow-slow okay? Ada masa dia terjatuh juga.... Dah-dah lah gelakkan tu.... Happy sangat ke tengok dia jatuh macam tu?  Satu hari nanti kau ada juga kat tempat tu.... Relax dear, cepat atau lambat je.... Sebagai insan yang punya hati.... Pimpian lah dia... Bimbing dia, wahai sahabat.... 

  Satu kelemahan kita.... Suka sangat judge orang.... Kau nampak dia buat bukan-bukan tu.... Kau judge dia negatif.... Kita manusia memang tak sempurna. Tak mintak banyak pun.... Tapi cukup-cukuplah. Doakan yang terbaik untuk dia. Jangan lupa muhasabah diri juga....

  Sekarang ni.... Dah takda masa nak pusing belakang.... Terus ke depan.... Kau akan makin sedar, setiap perkara yang berlaku ada hikmah-Nya.... Kau akan buang masa kalau terus kenang masa lepas... Let bygone be bygone.... Please? 

  Jika hati itu bisa bicara, pasti kau sendiri tidak mampu terima apa erti sakitnya, tenatnya ia... Berikanlah hati itu masa... Kembali pada yang Maha Esa....

 Life is Journey, Not a Destination 😊

Saturday, July 21, 2018

Sahabatku Si Cute ❤


          Assalamualaikummmm... I'm Backk !!! Kali ni nak story pasal My Best Friends! untuk yang tanya, "Kenapa best friends yang kau nak cerita? Takda benda lain ke weyh?" Ini jawapannya, "suka hati aku lahh.." hehehe..Relax lerr.. Dalam hidup ni kalau tak hargai orang yang kita sayang, tak payah hiduplah..Ehhhh, tiberrr..

        Ainna ada dua kawan baik, namanya Husna dan Auni.. Nak tahu kenapa diorang ni special sangat? Sabaarr satt.. Ainna cerita sorang-sorang lah eh.. Mula sekali start dengan Husna.. My Pou. Kenapa panggil dia pau? sebabnya pipi dia tu haa.. Makin membesor.. Jangan marahh haaa.. Kang kena jual.

   First Ainna kenal Husna masa tingkatan 2, sama juga dengan Auni.. Kiranya diorang ni student barulah kan masa tu.. First impression Ainna, "putihnya budak ni, makan apa? muka dah ada iras budak cina, tapi? sombong ! Senyum tu mahal sangat"

   Serius tak ingat macam mana Ainna boleh rapat dengan Husna, tapi yang paling ingat, Second impression tentang Husna tak baik weyhh, masa tu dia kantoi chat dengan Ex Ainna yang merupakan Boyfriend Ainna masa tu.. Perghh, Dak-dak kecik dah ada pakwe! *Senyum senget #Benda yang tak patut dibanggakan pun!

  Masa tingkatan 2 juga, kawan baik Ainna pindah sekolah, nak dekat-dekat hujung tahun tu memang takda kawan yang nak kawan dengan Ainna.. Sedih takyah cakap macam manalah.. Lepastu, Ainna suruh Husna dengan Auni mohon jadi pengawas sekolah.. Alhamdulilah.. sejak dari tu makin rapat.. asyik sama-sama je.. Pergi kantin ke, (tapi kitaorang jaranglah pergi kantin ni, boleh kira guna jari berapa kali gi dalam setahun, suka sangat makan kerepek yang koperasi jual je) Alasannya, nak siapkan homework. Haa! Cakap pasal homework ni.. Husna lah yang palingggggg palingggggg palingggggg rajin siapkan homework! #Perli *senyum senget lagi. (Biasanya dia lah yang tinggal dalam kelas buat homework masa rehattt..)

    Jangan risau gais, bukan nak bukak aib.. Cuma nak cakap, tak siap homework pun perform beb dalam kelas.. Bukan calang-calang ar. Top 5 dalam tingkatan wajib ada nama dia.. Masa sekolah Ainna memang slow sikit Math, dia lah yang tukar ajarnya.. Walaupun ada masa dia malas-malas nak ajar.. Arghh, kesah apa.. yang penting kena ajar jugakk.. Hahahahahah *gelak jahat

    Dia saingan Ainna yang hebat ni kat sekolah dulu.. Relax ar, bukan bersaing apa sangat pun.. Biasanya dalam pelajaran je lahhh, hehehe, Perkara yang Ainna paling suka tentang Husna? Dia suka gelak dengan lawak hambar Ainna.. Yaaa, walaupun tahu kadang-kadang dia gelak tu untuk jaga hati.. Eh I suka jee, asalkan ada orang gelak masa I buat lawak hambar,

  Tragedi dengan dia? Ainna pernah jatuh motor dua kali dengan Husnaaa.. Yepppiiii.. Hahahaha, satu tu masa form 4 tak silap.. Time tu nak naik bukit tinggi. macam cerun jugaklahh.. Husna bawak motor.. lepastu masa kat tengah bukit tu, tak lepas nak naik, so Husna turun gear 2 macam tu.. tapi tekan banyak kali sampai ter gear 0 beb.. bayang kat tengah-tengah bukit yang cerun tu. pastuh, bummmm!! teruslah tumbang kami dua.. nasiblah tak teruk, tapi motor lah teruk sikit... Patah no flat dengan side mirror, and nasib baik jugak masa tu ada budak lelaki kelas kitaorang yang tolong angkat motor..

  Secondly, masa baru nii bulan puasa.. Hahahaha, dah besar jatuh motor lagi.. #Besar sangat dah ke? Kitaorang ada rancang berbuka dengan kawan-kawan sekolah ni.. Nak dijadikan cerita.. Ainna kena order and tempah tempat kat kedai makan tu.. Ainna pun suruhlah Husna ambik dekat rumah.. Masa tu dah lewat, so Husna bawak laju.. Disebabkan jalan tu curam sikit, so masa belok kanan tu, Husna termakan lebih jalan.. Lagi satu sebab hujan, so jalan licin.. Kitaorang pun jatuhlah dekat lopak air yang dipenuhi dengan selut. betulkan eja macam tu? Eh, lantaklah.. Hehehe, lepastu kotorlah seluar masing-masing.. and then, Ainna bawak balik motor tu ke rumah, kitaorang bersihkan diri.. Dua-dua ada luka.. tapi tabahkan diri juga gi bandar.. Semua kawan-kawan taktau pun kitaorang baru jatuh motor beb.. Kaki Ainna pedih takyah cakaplah macam mana.. Hebat kitaorang..

  Ainna pernah buat salah dengan Husna dulu, Ainna pernah chat boyfriend Husna tanpa pengetahuan dia.. tapi bukan Ainna start dulu.. Sumpah! benda ni kantoi bila Husna bukak whatsapp Ainna.. Tengok chat-chat Ainna.. Masa tu Ainna tak perasan lagi.. Husna diam je lepas dia baca semua masa tu.. Lupa nak cakap, benda ni berlaku masa form 5.. Ainna tahu Ainna salah.. tapi tu lah benda dah jadi.. nak patahkan balik masa pun tak boleh..

   Kat sini.. Ainna ada benda nak cakap dengan Husna.. Perkara yang Ainna tak mampu nak cakap dan luahkan depan-depan.. Ainna mintak maaf sangat-sangat.. Ainna tau sampai sekarang Husna tak boleh lupa salah yang Ainna buat tu.. Ainna tahu ada masa Ainna mengada terlebih.. Buat Husna rasa annoying, menyampah.. Ainna tahu juga yang Husna banyak benda yang tak suka tentang Ainna.. tapi satu je.. Ainna tak kesah sebenci, sebanyak mana menyampah tu, Ainna tetap sayang Husna.. Sebab Husna, Ainna ada story untuk cerita kat orang yang Ainna ada kawan baik macam Husna.. Dalam ramai-ramai kawan yang Ainna ada.. Husna lah yang suka caring dalam diam.. Sweet dalam diam.. tak reti nak luah apa yang dia rasa. nampak kasar tapi tak, hati dia lembut sangat.. Suka pink dalam diam. suka support member dan ada masa kata-kata husna sangat membantu Ainna untuk teruskan hidup.. Husna pendengar yang setia..
   
    Husna sahabat yang sangat baik.. Ainna harap sangat dapat teruskan persahabatan kita sampai bila-bila.. Walaupun satu hari nanti kita takkan bertegur dan rapat macam sekarang.. Percayalah Husna akan selalu ada dalam memori Ainna sampai bila-bila.. Jasa Husna ajar Ainna Math dan Addmath sampai Ainna faham.. Sebabnya Ainna dulu, kalau nak tanya cikgu segan, Husnalah yang sedia membantu.. Thanks Husna.. Walaupun zahirnya, kita susah nak jujur tentang perasaan satu sama lain tentang apa yang kita rasa tapi Ainna tahu Husna bersyukur dapat kawan macam Ainna kan? Eh, terperasan pulak? Hehehehe.. Sayang Husnaaa..

    Baru story pasal Husna dah panjang macam ni.. Kang sambung dengan Auni jadi triple panjang pulak.. Bila Ainna dah start typing ni memang nonstop ler jawabnya.. So Auni? Wait, kang Ainna sambung bila ada masa free kayy.. Assalamualaikum..

Saturday, June 9, 2018

Hantu Asrama


    Assalamualaikum.. Dalam kesibukan menyiapkan assignment dan juga test-test yang berlambak ni. aku nak ambik kesempatan untuk tulis sedikit cerita hantu.. Cerita ni bermula bila aku sekolah agama dulu.. tapi tak lama sekolah sana, dalam 3 bulan je.. Aku selalu menyesal dengan keputusan yang aku buat tu.. Malas nak cerita apa yang jadi.. Jadi aku straight forward dengan cerita aku ni je, okay?

   Kawasan asrama sekolah kebanyakannya dekat dengan hutan. Masa tu aku form 1, baru dalam 2 bulan pindah kat sekolah tu.. Dan for the first time juga duduk asrama.. Jangan cakaplah macam mana rasa duduk asrama.. Sebablah tu pindah.. Hmm..

  Kantin sekolah tu cantik.. nak masuk kena tanggal kasut.. and then tempat makan cikgu kat tengah-tengah kantin tu, tertutup dengan slinding door.. Tempat makan cikgu menjadi pemisah antara tempat makan lelaki dan perempuan... Bila study petang-petang, kantin tu sepenuhnya perempuan yang guna.. Lelaki study kat tempat lain.

   Waktu sekolah habis dalam pukul 2. Macam biasa, solat zohor dekat surau, lepastu g kantin beratur untuk makan dan terus naik bilik. Pukul 3 kena turun pulak untuk study ramai-ramai.. Ala budak asrama panggil apa ehh.. tak ingat.. Group study tu wajib ada setiap form and aku pulak dapat group yang dalam tu takde pun sama form dengan aku.. Dahlah aku budak baru.. Awkward takyah katalah macam mana.

    Group study ni ada dua sesi, pukul 3-5 petang dan malam pukul 9-11 malam kalau tak silap.. Kat situ lah semuanya bermulaa.. Tengah aku sibuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang berlambak malam tu.. Tiba-tiba.. Paaanggggg! Bunyi orang jatuhh.. Aku pun pusing kat belakang aku.. Ada senior ni dia kena rasuk weyhhh.. Aku pun apa lagi.. terus lari gi dekat kawan aku..

  Arghhhhh!! Suara dia kasar, memang dah bukan dia dah masa tu.. Terus senior yang lain bawak akak yang kena rasuk tu g ruang makan cikgu.. Pintu slinding tu dah lah bertinted hitam, memang tak nampaklah apa yang jadi.. tapi lepastuuuu.. Panggggg! Ada sorang pulak akak senior tumbang.. Lepastu bawak pulak yang tu masuk sekali..

  Dann.. Tiba-tiba ada lagi yang kena.. Malam tu 3 orang weyhh kena kat kantin sekolah.. Apa lagi, akak-akak senior ni suruh kitaorang masuk g surau.. Diorang panggilkan warden untuk sembuhkan yang kena rasuk tadi.. Masa kat surau tu.. Sorang-sorang kena rasuk.. Aku nangis ketakutan weyhh.. Masa tu aku tak hafal surah al-kursi lagi.. Aku duk ulang baca surah al-fatihah dan 3 kul. Dalam hati aku, "Ya Allah,. tolonglah jauhi aku dari jin-jin yang nak merasuk aku" "Ya Allah, selamatkanlah aku"

  Ada sorang akak ni, aku rapat dengan dia.. Dia baik, tapi malam tu dia kena.. Surau kitaorang tu ada tingkap.. sebelah tingkap tu ada tempat sidai baju dan terus hutan tebal yang berpagar. Kebetulan tingkap slinding tu tak boleh tutup masa tu. Dia panjat dan nak keluar pergi ke hutan tu. Dia cakap dengan suara kasar dia "Aku nak balik! Kenapa kacau hidup aku!"


  Boleh kata dalam 5 orang kena malam tu.. Jin seakan-akan berleluasa.. Aku penat weyhh.. Esok pagi kena sekolahh pulak.. Kitaorang tak dibenarkan naik bilik.. Tak tahulah aku tertidur macam mana.. Sebab penat sangat.. yang aku ingat bila aku bangun, dah tak ramai orang masa tu tidur kat situ.. Ramai dah naik bilik siap-siap nak pergi sekolah.. Tak silap dalam pukul 5 pagi macam tu...

  Aku pun basuh baju.. dan turun pergi sidai baju sorang-sorang (macam biasa) dekat sebelah surau tu dalam pukul 5.30 pagi.  Kebetulan semua penuh.. Aku pun pergi kat hujung sekali yang betul-betul dekat dengan pagar hutan.. Hati aku tak henti baca ayat-ayat Al-Quran apa yang aku ingat.. Bila fikir balik, kenapalah aku berani sangat masa tu.. Padahal baru malam tadi kot berlaku.. Dan ia seakan-akan mimpi.. Mimpi yang seram buat aku..

   Perhimpunan sekolah seperti biasa.. Hati aku tertanya juga kenapa tak bagi cuti je? Masa perhimpunan pagi tu pun.. Tiba-tiba, ada sorang ni meracau ! aku dah macam.. "Eh, pagi pun bolehh keee??" Cerah-cerah kot.. Tengah belajar pun tiba-tiba ada.. Aku tak tahu kenapa benda ni berlaku tiba-tiba.. 

   Kata kawan aku, sekolah tu dah kena pagar dengan ustaz tu.. seakan-akan ada orang yang dah bukak pagar tu.. Perjumpaan dibuat secara mengejut petang tu... Warden asrama dengan tegas cakap dengan kitaorang.. "Boleh tak kalau tuala wanita tu buang elok-elok? Basuh elok-elok? Kenapa tak jaga kebersihan? Kenapa buang macam tu je?" 

  Okayy, aku dah tahu apa punca dia.. (Bersambung)


  Ainna nak pesan.. kaum wanita.. Jagalah kebersihan.. tak susah pun.. sekurang-kurangnya sayang diri kita.. Benda macam tu suka kalau kita kotor.. Ni kisah benar dari pengalaman Ainna sendiri.. Tolong ambik serius! Sikit pun bukan nak takutkan orang cuma nak pesan dan bagi teguran.. Kebersihan itu sendiri sebahagian daripada iman.. Lagi satu.. Jangan tinggal Al-Quran.. Kita hidup kat dunia ni dengan makhluk Allah yang lain.

   Bila menaip ni, terus rasa tak sedap hati.. Sebab ingat benda yang berlaku 6 tahun lepas.. Depan mata sendiri.. Paling penting! Jangan takut dengan benda tu, Takut dengan Allah Yang Maha Esa! Allah yang menciptakn kita! Ainna stop sampai sini dulu.. Terima kasih awak-awak semua.. Assalamualaikum..



 

Saturday, March 17, 2018

Abah


    Assalamualaikum... Kalini ini tentang "Abah".. Kenapa Abah? Kenapa bukan Ayah, Daddy, Abi atau Papa? Sebab.. Itulah panggilan yang Ainna guna..Dan.. Itu bukanlah isunya..

   Macam biasa, kita ni manusia biasa.. banyak buat salah.. banyak buat silap.. tapi satu je nak cakap.. Hargailah Abah anda.. Ainna nak share satu cerita.. tentang kawan Ainna.. Ainna kalau boleh nak sedarkan semua orang untuk menghargai Abah diorang.. Mereka adalah insan yang sanggup berkorban untuk melihat kita gembira..

Kawan Ainna.. Abah dia meninggal masa dia tingakatan 4..

    Satu malam, Abah dia suruh buatkan jus epal.. Dia pun buat.. and dia pun sambung buat hal dia macam biasa kat bilik.. Lepastu Abah dia panggil lagi minta tolong diurutkan..

Ainna ulang lagi sekali.. "Kita manusia biasa"

  Dia pun merungut.. Tiba-tiba, Abah dia bersuara.. Abah dia cakap.. "Esok kalau tiba-tiba Abah dah takde macam mana? Pejabat Abah akan call Abah dan beritahu Abah dah takde"

  Keesokannya, betul.. dia dapat panggilan daripada pejabat Abah dia.. "Abah dah takde"

  Ainna nampak dia kuat sangat.. Dia okay je cerita.. Jauh di sudut hati Ainna.. Ainna tahu.. Sakitnya.. Sukarnya menjalani kehidupan tanpa seorang Abah..

  Kita.. kita mungkin bukan anak yang baik.. Kita mungkin selalu kecewakan seorang insan yang bergelar "Abah" tapi tak salah, kalau kita cuba perbaiki diri kita  untuk menjadi anak yang baik.. Lagi baik mencuba daripada tak cuba langsung kan? Allah pun makin sayang..
   
   Bayangkan.. Satu hari.. Kita bangun dari tidur.. Abah dah takde.. Dah takde Abah yang akan kacau kita.. yang akan tanya banyak perkara macam dulu, "Adik mana?" "Ibu dah balik?" "Macam mana periksa tadi?" Walaupun kadangkala soalan-soalan itu sering diajukan sehingga kita rasa penat nak jawab.. Percayalah.. perkara itu yang akan kita rindukan..

    Tadi kat pasar malam.. Tiba-tiba seorang budak kecil ni terjatuh, Abah dia pun cakap "Ayie, bangun, Ayah tahu ayie kuat, tak apa, jatuh sikit je"

   Bayangkan, lepasni kalau Abah dah takde, Siapa yang akan bagi pesan macam tu lagi? yang akan bagi nasihat kalau kita tak kuat, jatuh dah tersungkur, Siapa yang akan support kita macam apa yang Abah kita buat?

  Kalau dulu-dulu, masa kecik.. suka pura-pura tidur kat ruang tamu.. Siap pesan awal-awal kat Abah, "Abah, nanti dukung Ainna eh, kalau tertidur"

  Abah seorang yang dingin.. Abah tak reti nak ucapkan kata-kata sayang untuk anak-anak.. tapi Abah akan selalu mengiyakan apa yang kita nak walupun masa tu Abah tak cukup duit.. Abah bersusah-payah kerja panas-panas kat ladang.. Abah tak kesah pun hitam ke apa.. yang penting anak-anak dan isteri dapat makan.. Walaupun Abah kadangkala garang, suara ketegasan itu yang kita akan rindukan..

  Wahai anak perempuan cubalah menutup aurat sebaik yang mungkin, kesian kat Abah kita.. Wahai anak lelaki, janganlah buat sesuatu perkara tanpa memikirkan Abah, kesian dia tanggung apa yang kita buat..

  Takkan bila Abah dah takde baru nak hargai? Takkan masa tu baru nak menyesal? Walaupun masa tu dah tak berguna?

   My friends said, " Biasa balik asrama, Abah akan hantarkan, tapi Abah dah takde,  rasa macam dia pergi sesuatu tempat dan dia akan balik.. tapi tak, Abah pergi buat selama-lamanya. Betullah..  Kita akan menghargai sesuatu perkara bila dah tak ada. Kalau nak tunggu untuk kita bersedia, sampai bila-bila kita takkan bersedia menghadapi sebuah kehilangan.. Semua yang berlaku pasti ada hikmah-Nya"

  Bersyukurlah buat mereka yang masih ada Abah.. Jagalah Abah sebaik mungkin, tiada yang dapat menggantikan tempat Abah.. Abah adalah insan terbaik yang telah dipinjamkan oleh Allah buat kita..

Assalamualaikum.. Layan lagu kat bawah ni, okay.. Terima kasih meluangkan masa untuk membaca 😄

Friday, March 9, 2018

Struggle is better


    Assalamualaikum.. Ainna nak biasakan diri Ainna "Aku" boleh? Rasa macam okay sikit untuk entry kali ni..

   Ramai yang cakap yang aku ni beruntung.. tempat belajar dan rumah dekat.. Rumah aku dengan kolej tak payah cakaplah dekat macam mana.. Katanya, aku dapat masuk belajar kat sini guna Cable... Ada juga yang menganggap aku dapat kat sini sebab Ibu dan Abah aku..

   Pernah dengar tak, rezeki kita Allah dah tetapkan.. Perlu ke kau mempersoalkan? Benar, siapa tak suka belajar dekat dengan family, Alhamdulilah.. Aku bersyukur.. Tapi apa hak kau nak cakap macam-macam tentang aku? Kau tahu aku kena hadap benda ni.. Sampai bila?

   Tak boleh ke? Sedetik dan sejenak kau berfikir kalau kau kat tempat aku sekarang.. Apa kau rasa? Mungkin kau rasa itu hanya gurauan semata tetapi hati yang terasa dan terluka tidak terkata..  Bisakah ia sembuh begitu sahaja?

   Aihhh, terserius pulakk.. Doakan Ainna mampu tempuhi sem 2 ni guys.. Ya Allah, takut dia hanya Allah yang tahu..  Alhamdulilah.. Jauh di sudut hati tau sukarnya.. Tahu diri ini perlu lebih tabah dan matang.. 

  Tak tahu pulak nak kata apa kali ni.. Maafkan Ainna kalau ada menyakitkan hati kawan-kawan dan sahabat.. Manusia, tak lari dari berbuat silap.. Manusia biasa tidak sempurna. Namun, jangan dilupa, memafkan itu amalan mulia..

   Semakin dewasa diri ini. Semakin dia sedar bahawa tak semua perkara boleh dicerita. Kadang, perkara yang paling menyakitkan tak boleh dikongsi bimbang akan membuka aib mereka. 

   Entry kalini pendek jeee.. Semoga korang sentiasa kuat menghadapi dugaan mendatang. Struggle tu penting kerana tak semua perkara kita boleh dapat tanpa usaha..

  Tata.. Assalamualaikum..

Sunday, February 25, 2018

Teman Baik


    Assalamualaikum.. Ni nak kenalkan dengan kawan Ainna sorang ni.. Nama dia Syafik Ikmal.. Iyee, dia salah seorang dari kawan baik Ainna.. Mula-mula Ainna kenal dia ni time form 1.. Dalam bulan 5 tak silap.. Dia ni jenis peramah dengan semua orang terutamanya perempuan.. Memang sikap dia macam tu.. Disebabkan peramah dia ni lah.. Dia ramai kawan.. Masa Ainna masuk kelas 1 RKS tu, dia mintak nombor telefon Ainna.. Ni acah-acah nak kawan lah ni.. Dari situ terus ngam.. Kesian dia, masa form 1 tu lah dia teruk kena ejek "Sotong" sebab sikap dia yang lembut.. Entah, dia tak kesah pun orang panggil dia apa.. Kadang-kadang Ainna pelik, macam manalah dia boleh tahan dengan semua tu..

    Ainna tak sangka juga yang Ayah dia dulu kawan Abah Ainna masa belajar dulu.. Ermm, tak silap kat Institut Pertanian rasanya.. Haa, camtulah... Ni pun Ainna dapat tahu masa form 2.. Kebetulan Ayah dia terserempak dengan Abah Ainna masa nak ambik BR1M kat sekolah dulu.. Yelahh, dulu kan semua orang boleh dapat BR1M tanpa tengok gaji..

  Dia ni jenis yang best borak, macam-macam boleh sembang.. Dia suka share masalah dia dengan Ainna... Dan macam biasa Ainna ni kan suka nasihat orang.. So Ainna pun jadilah pendengar setia dan bagi nasihat kat budak tu.. Satu yang Ainna suka dengan Syafik ni kan.. Dia dengar masalah Ainna lepastu dia bagi nasihat, memang power habislah.. Ayat yang keluar dari mulut dia tu mengalahkan Ainna..

   Lagi satu, Ainna pernah hadiahkan dia bantal "Pooh", ala yang cartoon disney tu.. Ainna tak sangka lah kan.. Dia bawak bantal tu kat Poli dia.. Ada masa dia selfie gambar dia dengan bantal tu send kat Ainna.. Kelebihan dia, dia menghargai apa yang orang bagi kat dia.. Susah nak cari kawan macam ni.. Ainna jenis yang suka bagi hadiah kat orang bila birthday.. Erm.. tapi kena ikut mood jugaklah... Hehehe.. Walaupun tak dapat balasan yang sama masa birthday Ainna, Ainna tak kesah, cuma yelah, kalau boleh nak orang hargai pemberian kita.. Macam Si Syafik ni..

   Dia ni dulu biasa-biasa je... tapi sejak meningkat dewasa.. saham dia makin naik... eceh.. Hahahahah.. Kelakar pulak tulis macam tu.. Mesti korang pelikkan "Kenapa cerita pasal dia ni?" "Ada apa-apa ke?" Okay, macam ni.. Dia Call Ainna and perli apa yang Ainna tulis dalam blog ni.. Ainna terhibur dan rasa dihargai jugaklah dengan dia ni.. Dia cakap yang dulu dia selalu jugak bukak blog ni, tapi takde update terkini, so dia pun dah lama tak bukak.. Bila dia bukak twitter baru dia tau ada update terbaru.. Katanya, dia pun nak tau story-story tentang Ainna ni haa.. Well, biasalah I kan famous.. Eceh... *Perasan Kejap.. Hehehe

   Sampai sekarang kitaorang masih contact.. Ibu dengan Abah Ainna pun memang dah kenal dengan dia.. So tak peliklah dulu, lepas habis SPM, kitaorang masing-masing kerja.. Dia rajin datang lepak kat depan rumah, duduk kat buai sambil story-mory even rumah dia jauh 30 minit.. Sedih jugak sebab dia pindah jauh.. Kalau tak hari-hari ajak lepak.. Disebabkan dia ada lesen kereta.. Kadang-kadang Ainna mintak dia bawak kitaorang (Ainna dan kawan-kawan) pergi jalan-jalan.. Halahh, jauh sikit je pun dari Jengka..

  Satu lagi.. Dia ni punch time.. Janji nak keluar pukul 10.30, tepat pukul 10.30 lah dia ada depan rumah..Tadi kan dah cakap rumah dia ni jauh.. Dulu-dulu dia ni sangat-sangat menjengkelkan dan suka sangat-sangat menyakitkan hati Ainna.. Sangat-sangat eh.. tapi sejak meningkat dewasa ni.. Masing-masing dah matang siap jadi kawan baik.. Tak ke pelik tu? Ada satu hari ni keluar dengan dia.. Katanya dia ada problem macam tu lah, Ainna pun kata on je *Jarang tak on.. Dia bawaklah Ainna keluar kedai makan.. Sambil dia cerita problem dia.. Masa tu ada lah kawan parents Ainna kat kedai tu.. Biasalah orang-orang ni suka bawak mulut.. Nampak je keluar dengan lelaki diingatkan pakwe lah lepastu bawa mulut kat orang.. Ainna pun bagitaulah Si Syafik ni.. Dah siap makan semua ni... Syafik belanja.. Rasa untung jugaklah masa tu.. Jarang dia ni nak belanja.. Lepastu terus dia bagi kunci kereta suruh tunggu terus dalam kereta.. Rasa tu macam.. *Baik pulak Budak ni.. #Jarang dia baik..

   Syafik ni juga jenis yang tak berkira.. tapi kena tengok mood dia ni jugaklah.. Hehehe.. Okay last.. Takut panjang membebel pasal dia..

"Terima kasih kau sudi jadi kawan aku sampai sekarang, sorry sebab aku jarang sangat-sangat call kau, asyik kau je call aku (Biasanya topup habiskan kat data je)... Aku harap kau terus jadi kawan aku, okay? Tak kesahlah, kah dah kahwin ke.. tapi macam aku je dulu.. Eh? Hahahahaha.. Dah dah dah nanti aku membebel kat kau pulak..Terharu tak pik? "

  Nah tengoklah video ni.. Ainna buat khas untuk dia.. yelah persahabatan ni susah nak dikekalkan, andai kata suatu hari nanti kitaorang ni dah lost contact, masing-masing dah ada kerjaya, family sendiri.. Ni boleh buat jadi kenangan.. Eceh.. Hahahaha.. Mungkin ramai ingat akan ada apa-apa.. Tak! Mohon Faham #DiaTemanBaikku..


  In Shaa Allah, next time Ainna share pulak tentang sahabat-sahabat baik Ainna ( Husna dan Auni ) Mungkin lagi panjang kot.. Diorang ni lah yang ada dengan Ainna.. Jatuh bangun dulu.. Bye bye .. Assalamualaikum..

  Enjoy dengan lagu dekat bawah ni, okay? Jatuh Bangun by Haqiem Rusli



Friday, February 23, 2018

Pilihan


           Assalamualaikum.. kali ni nak bercerita sikit.. Lama dah rasa nak story-mory macam ni tapi malaih. Dok tau lah malaih pasaipa.. Keluaq dah utagha dia.. (ミ ̄ー ̄ミ)

          Dalam hidup kita diberikan pilihan. Kadang-kadang kita tak yakin dengan pilihan yang kita buat tu. *Betui ka aku ni? *Kalau salah macam mana?* Biar salah daripada langsung tak buat. Jujurlah, siapa je suka buat pilihan kan? Ainna pun rasaaaa.. ergghhh.. Bayangkanlah.. Kalau keluar dengan kawan-kawan lepastu taktau nak pergi mana kena buat pilihan sama ada terus jalan lagi atau balik ataupun pergi makan. Bawak motor pun, ada dua jalan, kiri dan kanan.. dua-dua jalan tu bawa kita ke tempat yang sama je, tapi nak pilih kiri ke kanan?

         Itu baru contoh sikit. Macam cikgu selalu kata, kita bangun-bangun tidur pun dah kena buat pilihan, nak bangun atau terus tidur? Nak mandi terus atau check phone jap. Complicated tak ? Sebenarnya hidup ni senang je, kita je yang selalu fikir susah. Cakap pasal pilihan ni punya lah banyak. Belum lagi cerita pasal belajar. Makin kita dewasa makin banyaklah pilihan yang kita kena buat. Pilihan kita menggambarkan kematangan dalam hidup kita.

     Andai kata rasa dah buat pilihan yang salah? Aku pilih jurusan ni tapi aku rasa aku sesuai jurusan ni.. Cuba eh cuba.. If kita rasa kita dah salah buat pilihan...Teruskan je.. Teruskan selagi mampu dan buat yang terbaik.. Bersangka baik dengan takdir Allah.. Semua Allah dah tetapkan.. Sekarang terletak pada diri kita sendiri sama ada nak hidup dalam kegagalan sepanjang masa atau berubah dengan kegagalan yang memberi pengajaran dalam diri kita supaya tak ulang kesilapan yang sama dah..

   Tak kesahlah kita dah berapa banyak buat salah dalam membuat pilihan.. Kembali pada Allah.. Solatlah.. berdoalah agar dipermudahkan segala-galanya.. Rezeki kita Allah dah tetapkan.. Janganlah berburuk sangka pada Allah.. Kita kan dah selalu dengar, Setiap yang berlaku pasti ada Hikmah-Nya.. Habis sampai bila nak meratapi kesalahan, kegagalan dan ulang benda yang sama je tak sedar-sedar..

    Beri peluang pada diri kita untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jangan senang-senang je nak judges orang lain tapi diri kita? Sayangilah diri kita.. Buat yang terbaik.. Biar apa pun jadi.. Sekurangnya kita mencuba daripada tak cuba langsung..

    Sebelum tu, senyumlah.. Sesukar manapun cabarannya selepas membuat pilihan.. Bertabahlah.. Mana ada orang terus berjaya tanpa usaha... Tak ada yang lahir terus-terus kaya, walaupun keluarga dia orang berada. Dari mana semua tu? Dari Allah ! atas usaha parents diorang dengan sebuah "Pengorbanan". Berkorban masa, penat dan lelah demi memastikan anak-anak takkan rasa susah macam yang diorang pernah rasa..

   Takut pulak menyimpang jauh sangat.. hehehe.. Assalamualaikum..


Sunday, January 14, 2018

My Dreams...

       Assalamualaikum korang !!! Rindu ! Rindu dengan blog ni.. Rasanya dah hampir 1 tahun jugak tak update blog ni,,Alhamdulilah, Ainna dah habis SPM ! Result pun alhamdulilah, tak mengecewakan.. Alhamdulilah jugak dapat sambung Diploma Sains dekat UiTM Jengka.. Dekat sangat kan ? Jangan tanya kenapa tak sambung tempat lain atau course lain sebab... Ainna nak share story ni kat korang.. Kalau nak tahulah.. kalau..

    Okay, cerita dia macam ni.. lepas habis je SPM, Ainna terus kerja dekat kedai makan, hey, stop pandang rendah dekat orang yang kerja kedai makan ! What ? Cari rezeki halal kan? Tak buang masa makan tidur, makan tidur je.. hehe, sebenarnya Ainna kerja tu pun sebab nak cari duit poket sendiri, nak juga beli apa yang kita nak dengan duit sendiri and hasil titik peluh sendiri kan ? Eh, dah pergi jauh pulak menyimpang.. Lepas 3 bulan kerja, result SPM keluar.. dari dulu Ainna memang berdoa sangat-sangat supaya result yang Ainna layak untuk ke Matrikulasi, Ainna tahu yang matriks ni 1 tahun je,, lepas dapat result, puas juga tunggu tawaran UPU and matriks ni.. Alhamdulilah, Ainna dapat tawaran sambung dekat Matrikulasi Pahang Sains 1 tahun.

   Tapi ! Ainna tunggu lagi seminggu sebelum tekan button TERIMA . sebab? Ainna nak tengok juga UPU Ainna dapat ke tak.. lepas balik je kerja.. terus Ainna bukak UPU, terperanjat juga sebab dapat diploma sains, sebab tu pilihan pertama Ainna.. erm, result biasa2 je wak, tak lepas nak mohon Diploma Pergigian, (Impian dari kecil).. (InShaaAllah tebus balik dekat diploma untuk sambung Degree Pergigian)  Ainna pun terus call abah dengan ibu.. Ainna tanya pendapat mereka, mana satu Ainna patut pergi? Dua-dua sama.. Sains.. bezanya tempoh masa tu je.. tapi dalam hati memang dah tekad nak pergi matriks. Seriuslah ! tu impian dari form 4 kot nak masuk sana.. tak kesah lah orang cakap apa.. kita tak cuba kita tak tahu kan!

  Matriks masuk lambat sikit berbanding UiTM. Masa tu hari Ahad, dan Ainna memang dah tekad dah ni taknak pergi daftar besok sebab dah terima tawaran Matriks.. tiba-tiba.. waktu tu maghrib.. Ibu datang.. Ibu kata, " Ainna, masuklah UiTM, ibu akan tanggung semua, ibu akan uruskan semua untuk Ainna besok"

  Bayangkan, esok dah nak daftar, borang pun tak print apa, medical checkup lagi. cuma.. Ainna tahu.. Kita sebagai manusia hanya merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t.. semua dipermudahkan.. Pagi tu terus pergi pejabat ibu, print mana yang patut semua.. pergi bank bayar yuran.. pergi medical checkup.. Terus daftar. Kemas-kemas barang.. Semuanya dalam sehari ! Sehari ! Nampak tak Allah dah atur semua tu elok-elok.. Alhamdulilah, Ainna baru part 1 sekarang and tengah final exam.. tinggal lagi satu je paper (Physic, PHY110)
Doakan Ainna tau.. Terima kasih korang.. #NantiSambungLagi ^_^ (Mungkin lagi 1 tahun kot nak tunggu sambungan tu) eheeheh..

                                                       Byeeee.. Assalamualaikum