Assalamualaikum.. Selamat Datang ke Blog Duniaku Si Merah Jambu ! ʕ•ᴥ•ʔ Jangan lupa follow blog ni, okay ? ✿◕ ‿ ◕✿ Saranghae ❤ ❤ ❤ Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving ❤ ❤ ❤

Sunday, July 31, 2016

Cerpenku : Dia Hanya Kenangan




      Assalamualaikum.. ni cerpen mengenai seorang perempuan.. siapa eh perempuann tu? Bacalah dulu .. ^_^    . ni semua rekaan je ea . tiada kena mengena dengan sesiapapun .. Harap sesiapa boleh bayangkan kalau dia menjadi perempuan Ini. Selamat membaca ^^



     Ini  kisah tentang aku . Kenapa ? salah aku ? salah aku membuat pilihan. Benar, kalau diberikan peluang aku mahu. Mahu diundurkan masa. Aku tidak mahu jumpa korang berdua . Aku sakit . sakit dengan semuanya. Andai masa bisa diundurkan semula aku akan bertahan di sekolah agama . Aku akan melanjutkan pelajaran dalam bidang agama. Kenapa? Kenapa aku terlbat dengan kisah percintaan sebegini.

     Ya, aku gemuk ! aku hodoh ! aku selekeh ! dan kadangkala aku tidak semanis perempuan lain . biarlah, biar tiada sesiapa yang suka padaku . itu lagi bagus . Aku selalu bawak beg besar. Ada je yang akan panggil aku makcik . Hati aku sakit, tetapi aku akan positifkan diri aku sediri bahawa. Hodoh atau kecantikn itu semua milik Allah . Biarlah tiada lelaki yang memandangku kerana hodohnnya aku di mata dia . Asalkan aku menjadi diri aku sendiri . Aku yakin pada kuasa Allah, suatu hari nanti akan  datang seseorang lelaki yang benar-benar terima apa adanya aku , di saat aku hodoh dan cantik . Disaat aku dikutuk dah dihina . disaat aku gemok dan montel .      


     Kadangkala aku tak faham . Itukah cinta? Membuatkan kerja sekolah untuk kekasih?  Memberi  tiru ketika peperiksaan ? Bertukar kertas ketika ujian ? Itukah bukti sayang kita kepada dia ? Berjalan berdua berpegangan tangan pada yang belum halal ? Aku tidak kata aku ni baik. Cuma aku baru tersedar, cinta sebegitu bukanlah cinta yang aku cari . Aku mencari seseorang yang sedang mencari keredhaan Allah seperti aku kini. Aku cuba tidak melibatkan diri dalam percintaan. Tiada lagi yang aku disakiti olehku . Tiada lagi yang akan dimarahi olehku.    Tiada lagi perlu bergayut dan sms serta menjada hatinya. Hati aku sendiri tidak terjaga .



Kenapa ku perlu sedih.. kenapa perlu kesah.. kenapa? Aku sepatutnya focus dengan peperiksaan yang tak lama lagi   ni. Kenapa baru sekarang ingatan aku bersama dia mula bermain di minda? Sedangkan dia tidak mengingati aku . Kenapa aku perlu memikirkan dia sedangkan dia sudah ada aku pengganti? Siapa yang mahu jawab persoalanku ini ..



Satu hari .. Aku terdengar Pak Tam aku berborak dengan sepupu aku yang baru sahaja dirisik .



Sepupu : Sepatutnya ada dua orang datang merisik. Mula-mula confius juga nak pilih yang mana.

Pak Tam : Akak, akak akan mennyesal kalau buang yang pertama .

Sepupu : Kenapa pak tam ?

Pak Tam : Yang akan datang nanti, belum tentu akan terima akak, segala kekurangan akak. Takkan datang lagi lelaki macam dia. Yang terima macam family akak. Semuanya .dia yang sanggup buat apa sahaja demi kebahagiaan akak.



Aku mula terfikir pada saat itu . dulu, ada  seorang jejaka yang hadir. Sanggup menunggu ..dimarahi . Aku teringat tahun lepas. Sewaktu aku ada pertandingan  syarahan, dia   memberiku Cadburry. Hahaha, cakap pasal Cadburry  ni. Dah lama aku tak makan coklat tu .  Dia selalu dengar aku menangis. Membuatku tersenyum. Dengan dia aku boleh jadi diri aku sendiri . pape je lah . Pergilah kau jauh. Jauh dari hidup aku . walaupun jauh di sudut hati aku, aku nak kau yang dulu boleh ? Datang melamar aku bila kau dah bersedia nanti . at least, kau cakap kau masih ingat aku . kenangan kita. Kau kata yang kau rindu aku . Aku tau kau dah tak ingat semua yang pernah kita alami 4 tahun lalu .  Kenapalah, aku meninggalkan kau … Kenapa kau berubah ? Kenapa kau sekarang aku benci . aku benci kau !! aku taknak kau yang sekarang ! aku tak suka !! biarlah itu diri kau . jadilah diri kau . Aku takkan ganggu..


#Pesta buku form 5 .

Lepas makan KFC, aku turun dan tak sangka dekat Shopping Mall tu ada air yang boleh dilalui bot..cantikya , kalaulah. Kalau aku masih bersama kau . Aku nak ajak kau naik dengan aku. Aku  nak layan kau dengan baik . dah tak nak mrah-marah kau . Aku tengok dekat KFC tadi . Aku nak kau datang kat aku . Gurau dengan aku . Kacau aku . Borak dengan aku . Aku sunyi takde kau . Tangga kat shopping Mall tu cantik tau . cantik sangat. Dua tangga kiri dan kanan dan bila ada dua orang yang naik tangga di kiri dan kanan. Mereka akan bertembung di tengah-tengah. Aku naik tangga tu dan aku berharap dapat jumpa kau kat tengah-tengah tu . Kau.. kau pernah janji.. janji untuk tunggu aku ..  Janji untuk bersama dengan aku . Janji untuk bersama dalam tempoh 10 tahun akan datang.. tapi.. itu semua hanya tinggal janji ..


 Semalam. Aku sandar dekat dinding tangga. Aku  Nampak kau dan Ingat kau akan turun sekolah dan terus balik . tiba-tiba aku dengar suara kau nak naik tangga tu . Aku rasa berdebar tiba-tiba. Oh aku lupe, kau bukan suka aku . Perempuan hodoh ni .  Aku tau kau takkan layan aku sebaik dulu . Aku tak berhak dilayan macam dulu . Biarlah nanti  My Encik Suami yang akan layan aku sebaik kau layan aku dulu . Walaupun mustahil ..    kini, aku tunangan orang  dan aku harap dia akan jaga aku elok-elok suatu hari nanti . Tiba masanya aku perlu tinggalkan kenangan kita. Selamat tinggal Cintaku..  Indah nya Cinta selepas Nikah .

_________________________

Ececeh, pernah dengar tak ? Kenangan biar tinggal kenangan ? Nak tahu kenapa? Kalau perempuan dan lelaki itu  masih diberikan peluang kedua.. Belum tentu semuanya akan sempurna macam apa yang diimpikan.. Tak, takkan ada yang menghargai peluang kedua tu..  Even masa boleh diputarkan semula, semua orang akan buat silap yang sama.. Berapa banyak peluang lagi yang kita nak?  

Sukar.. memang sukar nak jumpa seseorang yang akan menghargai peluang kedua.. Ainna pun macam tu juga.. Semua yang berlaku bersebab.. tapi kenapa bila diberikan peluang untuk kembali semula akrab..  kita rasa macam lebih baik aku dengan kau tak berbaik.. . 

Aku lupa.. Masa itu mengubah semua orang.. Kau berubah.. kau dulu berjuang untuk lupakan aku.. Kau berjuang untuk teruskan hidup kau tanpa aku.. Kau berjaya.. Serius kau berjaya.. Tahniah ! sebab tu.. Lebih baik, jangan datang lagi dan bagi harapan dekat aku.. Sebab aku kini masih sayangkan  kau macam dulu dan menyesal sebab pernah tinggalkan  orang yang sebaik kau.. yang penting bukan kau yang sekarang..

Senyuman itu penawar duka,
Kenangan itu sekadar memori sahaja,
Jangan dikenang jika menyakitkan
kelak air mata menitis tanpa henti..

Pergi kedai  beli vakum,
Assalamualaikum.. hehe.. ^_^