Assalamualaikum.. Selamat Datang ke Blog Duniaku Si Merah Jambu ! ʕ•ᴥ•ʔ Jangan lupa follow blog ni, okay ? ✿◕ ‿ ◕✿ Saranghae ❤ ❤ ❤ Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving ❤ ❤ ❤

Tuesday, October 28, 2014

Cerpenku : Hati Memilih Dia ?




              Assalamualaikum.. memilih untuk berhenti menaip, tapi ternyata bukan senangkan kita nak buang sesuatu yang kita dah suka.. Contohnya kalau kita dah suka baca buku memang taklah kita nak berhenti daripada sentuh buku kan? so macam tu lah.. 

             Ramai orang tanya, "Kau tak nak buat buku ke?" Erm, memang itu impian Ainna, tapi bab-bab penulisan ni kena ada format dan ayat-ayat yang agak dramatis gitu.. Ainna pulak lebih ke arah perbualan biasa je.. maybe buku FIKSI? haha, entoh.. jawapan macam biasa yang artis guna "No Comment"

           Sebenarnya kekuatan Ainna terletak pada orang-orang di sekeliling Ainna.. kalau diorang okay, Ainna pun okaylah, tapi kalau diorang lemah, Automatik Ainna akan jadi seribu kali ganda lebih lemah daripada diorang.. so Ainna mintak sangat-sangat supaya diorg tak lemah dan lebih kuat.. ^_^

         Ainna buat cerpen, jom baca? okaylah, sebelum tu korang pergi lah ambik biskut ke, air ke atau apa-apa yang boleh membuatkan korang tak penat bila baca, sebab cerita ni agak panjang,
tapi jangan salahkan Ainna tau bila korang rabun nanti.. sebab asyik tenung dengan tekun dekat screen laptop, Komputer atau Henfon korang.. hehe,

---------------------------------------------------


           "Kau ni dah kenapa? asyik tenung je screen phone kau tu? lepastu asyik baca conversation kau dengan dia yang lama-lama, cuba kau cari kerja yang berfaedah sikit, aku yang tengok kau macam ni pun dah penat, kau tak kenal penat ke oi?" bebel Auni.

             "kau tak tahu apa yang berlaku antara aku dengan dia, kitaorang putus macam tu, takde call.. tak contact dah lepas kitaorang CLASH , melalui mesej je kitaorang Break, kau ingat senang ke? hmm, memanglah kalau diikutkan budak form 3 tak sepatutnya cakap pasal Cinta, tapi semua tu NORMAL kan? kata aku untuk menegakkan pendirian sendiri. " Aku tahu semua orang ada kisah masing-masing dan kau pun ada kan? " Jawab aku lagi sambil tersenyum memandang Auni.

              " Dah habis cakap dah Miss Afina? penat lah dengar kau membebel, dah lah cakap laju, kalau boleh kau nak bawak bape KM/J ha?? nah ! ambik biskut ni makan kenyang-kenyang, aku nak pergi toilet jap, kau sambung lah balik tengok screen phone kau tu, kau tu dah empat mata, kang bertmbah power rabun tu, malas pulak aku nak bebel ni, penat tau tak, aku pergi dulu " bebel Auni sambil berlalu pergi..

             Selepas Auni berlalu pergi, mula sesi berangan untuk aku, masa untuk throwback kejap? dah alang-alang takda orang nak ganggu ni.. Sedar tak sedar, dah masuk setahun kot aku dengan dia putus? erm, senang cerita dah tak berhubung, tapi sampai sekarang aku pun takde alasan yang kukuh kenapa semua tu terjadi, but until now, I'm still Confius..

            Tiba-tiba aku terasa ada seseorang menepuk bahu aku dari arah belakang, "Eh siapa pulak kacau mood aku tengah syok gila nak mengimbau kenangan ni? " sambil buat muka blurr, aku pun toleh ke belakang..

           "kau ni apesal ha? still ingat dekat dia lagi ke? hmm, kesian pulak aku tengok kau ni, meh sini aku pinjamkan bahu aku untuk kau brsandar? haha, smpai bila nak kau nqk jadi macam mayat hidup dalam percintaan ni?" terlihat seroang gadis berkulit putih gebu tersenyum ke arahku..

           "Kau ni kan Hayatul , tak bagi peluang untuk aku kan? kejaplah aku tengah busy buat homework ni" tetiba pulak muncul idea nak coverline.. huhu.

          "Dekat library pun jadi kan kau nak berangan tentang dia, hmm, setahu aku bukan ke dia dah buat relay dekat facebook dengan girl lain? Aigoo, takkan kau tak lupakan dia lagi?" sambung Hayatul.


          "Kalau kau rasa perasaan dan hati tu boleh Delete, format atau uninstall macam app dekat fon tu .. Kau silap  eh.. Takpelah, ni tentang diri kita, apa yang kita rasa kita pernah lalui, KENANGAN yang takkan terulang lagi, "Tetiba aku buat ayat dah habis pasrah dah ... time tu jgak aku harap Best Friend Forever aku ni faham..

      "okay, kali ni aku bagi peluang untuk kau share dengan aku, dah alang-alang kita dah habis exam ni, tapi aku still lah keliru, kau dengan dia satu kelas, asal sampai sekarang tak boleh nak berkawan, PUTUS tu lain ceritalah, tak boleh ke korang lupakan semua tu dan mulakan semula macam first time korang berkawan dulu? " Tanya Hayatul sambil memandang ke arahku"

        "Sebenarnya aku ingat nak macam tu, tapi keadaan tak membenarkan, lagipun kalau aku tegur dia sikit, student kelas kelas kita mesti kecoh, macam lah kau tak kenal diorang tu macam mana,hmm, ni lah akibatnya kalau berani nak jatuh cinta dengan kawan sekelas..  lagipun bukan aku tak pernah try nak kawan dengan dia, tapi dia yang tak prnah try untuk semua tu" keluh aku.

Hayatul terus membuka novel yg dibawanya untuk dibaca.. aku pulak mulalah sambung berangan yang takkan pernah habis tu..




Seakan-akan semua masih segar di dalam ingatanku..

        "Awak, kita kawan kan? awak sayang saya? " soalan cepumas untuk dia, aku pun beranikan diri utk send mesej tu dekat dia.. aku dah lama suka dia tapi hubungan aku dengan dia cuma berkawan, tak sangka pulak aku yang terpaut hati dgn dia, nak tak nak aku lah yang kena mula dulu, nak tunggu dia? rasanya tak, bebel hati aku sndiri..

        "Sayang? takdelah, biasa je? kawan ? sayang sebagai kawan kot?  kau dah kenapa Afina? " itu mesej yang dibalasnya, buat hati aku sakit jugak, tapi takpe Afina, sabar sikit ye, siapa suruh kau berani tanye soalan mcm tu? "keluh dalam hati"

         "Jom kita buat Cinta Platonik nak? " aku pun send lagi mesej.. hakikatnya aku taknak orang lain rampas kau dari aku, sebab aku terlalu sayangkan kau Mr. Naufal ! tapi berani pendam je, sebab kau aanggap aku tak lebih dari seorang kawan je..

          "Tak ! aku tak sayang kau, dah-dah lah, kita kawan je lah, tak payah nak buat Cinta Platonik berbagai ni, merepek je lah" mesej yang dibalas oleh Naufal cukup mmbuatkan hati aku sebagai seorang perempuan lemah, dengan serta-merta air mata aku jatuh tanpa dapat dikawal lagi.. time tu serta merta aku takut nak pergi sekolah dan Face to face dgn dia esok.. tiba-tiba muncul dalam hati aku kekesalan sebab aku terlalu berani menghantar mesej tu kat dia, tapi Nasi sudah menjadi bubur, pandai pulak aku main dengan peribahasa time sedih ni.. aku tersenyum sambil lap air mata aku yang tidak henti mengalir dari tadi.

              Siapa yang sangka? Dengan permulaan Cintaku ditolak oleh dia, lastly aku boleh bercinta dengan Nauufal tu , then, dah Clash dah pun.. betul, kadang-kadang apa yg kita tak sangka tu lah yang berlaku kan? mcm kisah aku dengan dia "Bercakap sendiri di dalam hati"

             "Hello Miss Afina! berangan lagi ke? dah lah, jom kita masuk kelas, phone kau tu, baik kau off sekarang, kang kantoi pulak bawak phone dekat skolah" kata Auni..

            Aku memandang Auni dan Hayatul tanpa berkelip, aku keliru! jauh mana aku berangan tadi? kejap! dah sampai Paris kot? sampai kemunculan Auni pun aku tak perasan, Hayatul pulak masih leka membaca novel ditangannya.. "tadi kata pergi Toilet? cepat betul kau balik Auni?"soal aku,

"Kau ingat, aku nak tido kat toilet tu ke? haihh, tu lah berangan je, dah2 lah," keluh Aunia..

        aku pun menolak kerusi library yang aku duduk tadi ke dalam meja dengan serta merta aku tarik tangan Hayatul yang leka membca novel untuk masuk ke kelas, Auni pun menggelengkan kepala dan berjalan seiringan dengan aku..

          aku pun turun tangga sambil berkata "Auni ! Hayatul! Impian aku nanti nak jadi macam Princess turun tangga sambil pakai gaun yang kembang-kembang tu, hehe, ada nampak macam princess tak? bila turun tangga macam ni?? "Soal aku kat dua orang kawan baik aku,

          "Afina? kau rasa ada ke princess yang turun tangga laju macam kau ni? haha, terpijak kain tu, tak pasal-pasal pulak jatuh, kalau jatuh takpe, tapi muka nk cover malu tu nak letak kat mana? haha, "Hayatul dah mula buat lawak yang mampu membuat aku tersenyum.

            aku pun berjalan pantas menuju ke kelas meninggalkan Auni dan Hayatul di belakang , yang pastinya guru mata pelajaran yang seterusnya pasti belum masuk lagi, tiba-tiba aku ternampak seseorang baru keluar dari pintu kelas aku, penglihatan masih kabur, aku ni dah tahu rabun tapi malas nak pakai spec mata sebab nampak macam budak nerd sangat! dan aku rimas.. ya sangat rimas!!

           Eh, kejap, asal jantung aku tiba-tiba berdegup laju ni? aku cuba mmerhatikan seseorang itu, lah Dia rupanya, okay-okay maintain Cool, jangan tunjuk sangat kau lemah, kalau dia tahu kau lemah, dia akan buat kau lagi nampak lemah, percayalah, sebab dia dah bukan orang yang sayang kau dulu, aku memandang lantai simen sekolahku sambil berjalan menghala ke pintu kelas.. 

             Naufal pulak MAYBE tgh buat muka selamba dan jalan mcm tak kenal aku.. mana lah aku berani pandang muka dia time tu so aku main agak je lah! hmm, aku je ke yg rasa perasaan ni??  tapi kisah kitaorang dulu? aku terus menghala ke meja dan mmbuat reaksi seakan-akan tiada apa yg berlaku, jantung aku pulak dah stabil bila Naufal takde dalam kelas.. huh! lega..

            "Korang pergi lepak mana tadi, smpai hati tak ajak," Dania bersuara..

             "Dania, sorilah, aku ajak Hayatul dgn Aunia lepak library tadi, aku ingat kau sibuk sangat nak uruskan kehadiran kelas kita tadi, al maklumlah sejak kau jadi penolong kelas ni, semua kerja kau yang kena buat, senang jadi ketua kelas kalau asyik goyang kaki je" Kata aku kepada Dania.

            "hehe, aku gurau je, aku oklah, tadi ada set-set ni temankan aku, lain kali jgn tinggal aku lagi okay? ajak ar lepak sekali" kata Dania lagi.

           "alright, lepas ni tak buat lagi ! JANJI ! " kata aku sambil tersenyum dan mengangkat tangan kanan seolah-olah tengah berikrar.. 

Dania hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya..

"Oi, Nenek ! cepat betul kau pecut ! amboi-amboi, tinggal kitaorang macam tu je ek? kejam !" Hayatul muncul dari belakang terus menuju ke mejanya sambil mulut tak berhenti membebel.

aku datang ke arahnya sambil mencubit pipi Hayatul yang agak tembam "Ok, Makcik ! sori ar! wat lek wat peace!!" aku membuat muka dah habis cute untuk Hayatul..

Auni pulak tetiba muncul dan tersenyum melihat telatah aku..

TAMAT
-------------------------------
          Auni, Dania , Hayatul dan Aku sendiri (Afina) mempunyai kisah yang berbeza,
tapi satu je yg sama ! masalah tentang percintaan, so nantikanlah macam mana kami berempat menyelesaikan masalah masing-masing yang semakin hari, semakin mnyeksakan jiwa.. heee..

           Cerita ni telah diedit oleh Ainna sndiri melalui kehidupan Ainna di alam realiti, sedikit sebanyak berkongsi kisah dan pengalaman.. sorry kalau banyak TYPO  tak rajin nak baca balik.. hehe, buat ni bila bosan je.. so have fun in your life okay?  Assalamualaikum !! ^_^