Assalamualaikum.. Selamat Datang ke Blog Duniaku Si Merah Jambu ! ʕ•ᴥ•ʔ Jangan lupa follow blog ni, okay ? ✿◕ ‿ ◕✿ Saranghae ❤ ❤ ❤ Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving ❤ ❤ ❤

Sunday, January 14, 2018

My Dreams...

       Assalamualaikum korang !!! Rindu ! Rindu dengan blog ni.. Rasanya dah hampir 1 tahun jugak tak update blog ni,,Alhamdulilah, Ainna dah habis SPM ! Result pun alhamdulilah, tak mengecewakan.. Alhamdulilah jugak dapat sambung Diploma Sains dekat UiTM Jengka.. Dekat sangat kan ? Jangan tanya kenapa tak sambung tempat lain atau course lain sebab... Ainna nak share story ni kat korang.. Kalau nak tahulah.. kalau..

    Okay, cerita dia macam ni.. lepas habis je SPM, Ainna terus kerja dekat kedai makan, hey, stop pandang rendah dekat orang yang kerja kedai makan ! What ? Cari rezeki halal kan? Tak buang masa makan tidur, makan tidur je.. hehe, sebenarnya Ainna kerja tu pun sebab nak cari duit poket sendiri, nak juga beli apa yang kita nak dengan duit sendiri and hasil titik peluh sendiri kan ? Eh, dah pergi jauh pulak menyimpang.. Lepas 3 bulan kerja, result SPM keluar.. dari dulu Ainna memang berdoa sangat-sangat supaya result yang Ainna layak untuk ke Matrikulasi, Ainna tahu yang matriks ni 1 tahun je,, lepas dapat result, puas juga tunggu tawaran UPU and matriks ni.. Alhamdulilah, Ainna dapat tawaran sambung dekat Matrikulasi Pahang Sains 1 tahun.

   Tapi ! Ainna tunggu lagi seminggu sebelum tekan button TERIMA . sebab? Ainna nak tengok juga UPU Ainna dapat ke tak.. lepas balik je kerja.. terus Ainna bukak UPU, terperanjat juga sebab dapat diploma sains, sebab tu pilihan pertama Ainna.. erm, result biasa2 je wak, tak lepas nak mohon Diploma Pergigian, (Impian dari kecil).. (InShaaAllah tebus balik dekat diploma untuk sambung Degree Pergigian)  Ainna pun terus call abah dengan ibu.. Ainna tanya pendapat mereka, mana satu Ainna patut pergi? Dua-dua sama.. Sains.. bezanya tempoh masa tu je.. tapi dalam hati memang dah tekad nak pergi matriks. Seriuslah ! tu impian dari form 4 kot nak masuk sana.. tak kesah lah orang cakap apa.. kita tak cuba kita tak tahu kan!

  Matriks masuk lambat sikit berbanding UiTM. Masa tu hari Ahad, dan Ainna memang dah tekad dah ni taknak pergi daftar besok sebab dah terima tawaran Matriks.. tiba-tiba.. waktu tu maghrib.. Ibu datang.. Ibu kata, " Ainna, masuklah UiTM, ibu akan tanggung semua, ibu akan uruskan semua untuk Ainna besok"

  Bayangkan, esok dah nak daftar, borang pun tak print apa, medical checkup lagi. cuma.. Ainna tahu.. Kita sebagai manusia hanya merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t.. semua dipermudahkan.. Pagi tu terus pergi pejabat ibu, print mana yang patut semua.. pergi bank bayar yuran.. pergi medical checkup.. Terus daftar. Kemas-kemas barang.. Semuanya dalam sehari ! Sehari ! Nampak tak Allah dah atur semua tu elok-elok.. Alhamdulilah, Ainna baru part 1 sekarang and tengah final exam.. tinggal lagi satu je paper (Physic, PHY110)
Doakan Ainna tau.. Terima kasih korang.. #NantiSambungLagi ^_^ (Mungkin lagi 1 tahun kot nak tunggu sambungan tu) eheeheh..

                                                       Byeeee.. Assalamualaikum