Assalamualaikum.. Selamat Datang ke Blog Duniaku Si Merah Jambu ! ʕ•ᴥ•ʔ Jangan lupa follow blog ni, okay ? ✿◕ ‿ ◕✿ Saranghae ❤ ❤ ❤ Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving ❤ ❤ ❤

Wednesday, July 17, 2013

I miss you (Korean Drama)


        Hi! Assalamulaikum! tak jawab dosa tau.. sekarang ni kan demam drama korea betul tak? Eh-eh, Ainna yang dulu benci korea pun boleh minat drama korea ni... Baru-baru ni Ainna ada layan drama korea 21 Episod.. Dekat Viki! korang boleh layan dekat situ juga.. ada subtittle BM lagi.. itupun kalau Wifi korang laju lah.. sebab dia akan sangkut-sangkut kalau line internet slow.. Sekarang ni bukan nak story pasal Wifi tu.. hehe.. nak cerita pasal drama korea yang Ainna layan tu lah..   
          
         Tajuknya :


         I MISS YOU!

     Suka layan cerita ni sebab? Romantik sangat.. tapi lebih banyak sedih rasanya... Pelakon lelaki  yang pegang watak utama masa dia kecil tu handsome .. Yeo Jin Goo!! baru form 4 tahun ni.. Acah, tergoda tengok kekacakannya ! --' hehe.. Part yang paling sedih masa dia kena culik.. Eh-eh.. Nak tahu cerita dia macam mana? layan je lahh.. Ainna cuma nak share sikit gambar dalam drama nie..

      Okay-okay, sebenarnya cerita ni tersangatlah susah nak diceritakan... Perjumpaan lelaki dan perempuan tu masa diorang kecil tidak dirancang.. Perempuan tu anak kepada seorang pembunuh.. Dekat sekolah memang takda orang yang nak kawan dengan dia.. Kebetulan lelaki tu baru je pindah kat sekolah tu.. tapi ayah lelaki tu jahat..

      Lelaki dan perempuan tu berkawan baik sehingga timbul perasaan cinta.. pelbagai dugaan yang mereka terpaksa hadapi hanya kerana keluarga mereka.. mereka juga terpaksa menjadi korban.. disebabkan ayah laki tu jahat.. Ada seorang "makcik" merancang untuk menculik lelaki tu..












        Rasa cinta antara mereka mula timbul tapi dua-dua tak sempat meluahkan perasaan.. kerana ayah kepada lelaki itulah bermula kisah tragis bagi perempuan tu.. Sepatutnya lelaki itu je yang patut diculik tapi disebabkan perempuan itu dah nampak wajah penjahat itu.. Perempuan itu diculik sekali..



      Lelaki ni menggunakan kaca untuk membuka ikatan tangan.. sehingga tangan dia berdarah-darah.. tapi lelaki tu tak bagi perempuan tu pegang kaca sebab dia taknak perempuan tu terluka..






       Masa ni.. Perempuan tu ditarik oleh penculik mereka yang sedang mabuk.. Penculik tu merogol perempuan tu kat depan mata lelaki tu sendiri.. Lelaki tu menangis tanpa henti..



       Setelah penculik tu keluar... Leaki tu berjaya membuka ikatan tangannya.. Dia memandang antara perempuan tu dan pintu keluar.. Dia keliru... Akhirnya lelaki tu meninggalkan perempuan tu kat situ..  Lelaki tu sangat-sangat mnyesal.. die tak boleh berpatah balik kerana dirinya sendiri tengah cedera parah..

       Sejak itulah mereka terpisah.. Perempuan tu sangat-sangat bencikn lelaki tu dan ingin membalas balik perbuatan lelaki kerana meninggalkan dia begitu sahaja.. Lelaki tu tetap berusaha mencari perempuan tu kembali.. kerana dia yakin perempuan tu masih hidup.. 
       
       Adakah mereka ditemukan kembali?





      Setelah mereka bertemu kembali.. Perempuan itu berpura-pura tidak mengenali lelaki itu..
dan satu demi satu pembunuhan telah terjadi.. penculik mereka dulu juga turut dibunuh? angkara siapakah? Berapa ramai yang telah menjadi korban? Apakah sebabnya?



     Lelaki itu membesar dan menjadi seorang penyiasat dan tidak pernah putus asa mencari perempuan itu dan nak tebus segala kesilapan dia..







       Kalau nak tahu macam mana jalan cerita I Miss You @ I Missing You nie.. layanlah drama nie, okay? Ini sekadar perkongsian je.. Hehe.. 


Kalau ada salah ejaan tu.. harap maklumlah.. budak baru belajar.. --' Assalamualaikum!