Ayat-ayat jiwang ini dikumpulkan daripada facebook dan kawan-kawan.. Hope korang yang minat jiwang dan layan CINTAN-CINTUN ni happy membaca.. Kalau nak update kat TWITTER or Facebook pun boleh !。◕‿‿◕。
_______________________
Bila seseorang lelaki itu betul-betul serius dalam perhubungan, dia tak kan sesekali curang. Semahal-mahal air mata lelaki, pasti akan mengalir juga bila perempuan yang dia sayang tu tinggalkan dia
__________________________
Nak faham perangai seseorang bukannya mudah, lagi lagi kalau dia seorang pendiam sebab kita tak tahu mood dia ni tengah suka atau marah
___________________________
Kita ketawa ada dua sebab. PERTAMA, kita ketawa sebab happy. KEDUA, sebab kita taknak org tau yang kita tengah sedih sebenarnya :')
____________________________
Jangan mencintai dia, kalau dia tidak mencintai mu, tapi sayangilah dia, walau dia tidak menyayangi mu. Hati yang luka harus diubat dengan banyak doa dan senyuman :')
____________________________
Saya selalu stalk awak setiap saat, setiap waktu. Tapi kadangkala stalk awak membuat saya sakit hati, sedih, rasa macam nak menangis
___________________________
Jangan kerap sangat stalk ex, jangan baca conversation lama awak dengan dia, nanti awak akan menangis bila tengok dia bahagia. Move on je
___________________________
Walaupun kita tak lagi berhubung, tapi kenangan manis yang pernah kita ciptakan bersama membuat saya terasa yang awak tak pernah meninggalkan saya
___________________________
Awak,
kenapa DULU awak EXCITED nak kat saya ?
Tapi bila awak dah jumpa yang lain ,
awak BIARKAN SAYA PERGI . .
awak langsung tak halang saya..
Tak apa lah . .
Suatu hari nanti, awak akan INGAT saya dan tahu
sebanyak mana saya SAYANG awak
Dan waktu tu awak mungkin akan benci DIRI AWAK yang
telah membiarkan saya PERGI
___________________________
Jangan tangisi mereka yang meninggalkanmu demi orang lain. Jika mereka cukup bodoh melepasmu, kamu harus cukup pintar melupakannya."
___________________________
Perempuan memang suka pendam rintihan hati dia, tapi bila dia dah tak mampu nak bertahan lagi, dia pasti akan cari orang yang dia percayai untuk dia meluahkan segalanya..
__________________________
Doa dalam diam, tanda kita sayang.
Walaupun dia tak tahu, tapi Allah tahu, kita masih sayang
Semoga dia berubah jadi macam dulu :')
___________________________
Awak tak sedar yang semua saya tulis ni tentang awak. Awak tahu tak saya rindu awak sampai menangis, sebab saya tak tahan, saya tak boleh bagitahu awak, sebab awak tak kisah pun semua tu. Hati saya lembut sangat sebab apa yang awak buat saya masih bertahan dan berkawan lagi dengan awak. Saya sayang awak sangat2. Tuhan je yang tahu doa2 saya pada awak. Kalau awak ada rasa angin hembus depan awak, tu la angin hembusan rindu saya.
____________________________
Awak buat macam2 kat saya, sakitkan hati saya banyak kali, selalu buat saya sedih menangis, tapi kenapa saya masih rindukan awak, saya masih ingat awak, saya tak fikir pun kesalahan awak, saya sayang sangat2 kat awak, lembut sangat ke hati saya ni sampai saya jadi macam ni demi awak tapi awak macam tak ada perasaan je, penat saya dah luahkan banyak kali tapi awak tak peduli pun, apa salah saya, salah ke saya mencintai awak ? Tak apa lah saya tak boleh paksa, saya sentiase mendoakan awak.
_____________________________
Kalau awak dah tak mampu nak sayang, tolong terus terang. Hati saya bukan macam sampah, senang-senang jer awak nak buang ..
_____________________________
Orang tak tahu kadang2 saya menangis sorang2 dalam bilik, sebab saya rindu dia, saya sunyi, saya hanya mampu doakan awak walaupun kita dah tak berhubung lagi, saya tak pernah lupakan awak, saya pendam. Depan kawan2 saya la orang buat lawak bagi kawan ketawa tapi dalam bilik saya la orang yang sedih.
______________________________
Seseorang yang dah bosan dengan kita, dia pasti akan mencari beribu alasan, kadang-kadang alasan yang tak masuk akal semata-mata mahu meninggalkan kita
______________________________
Apabila rindu datang, rasa hati tidak menentu, dapat merasai kehangatan jiwa, jiwa rasa tidak tenteram, jiwa meronta seandainya kau jauh dari sisi ini, aku menyayangi diri mu, lebih dari segala-galanya.
______________________________
Kalau betul2 kita sayang orang itu, kita jangan sesekali melepaskannya. Jika dia terlepas. Kita akan menyesal seumur hidup. Sayang kepada kekasih tak sama sayang dengan orang lain. Kasih memang banyak tetapi kasih kepada kekasih hanya satu. Hidup ini tidak sempurna jika tiada seorang teman hidup. Bila sayang itu hadir kita rasa gelisah tak menentu, kita rasa macam ingin bertemu dengannya. Kita sayang padanya. Bukan kerana harta atau rupa paras, kita sayang kerana kebaikan seseorang tersebut. Awak la pelengkap hidup saya.
___________________________
Perempuan, bila orang yang dia sayang tu sibuk, mesti dia akan cakap, "Kalau awak ada masa nanti text lah saya".
Tapi sebenarnya dalam hati, dia nak orang tu sentiasa ingat dia
___________________________
Kadang kita paksa diri kita untuk bertahan dengan dia walaupun sakit, hingga akhirnya sampai satu masa kita harus merelakan dia pergi juga :')
__________________________
Kalau awak memang dah takde hati, terus terang, bukan curang.
Saya akan lepaskan awak kalau itu yang awak nak..
___________________________
Tengok awak senyum, hati saya suka.
Tengok awak gelak, hati saya terpikat.
Tengok awak rapat dengan orang lain, MAAF saya cemburu..
___________________________
Seseorang yang ikhlas sayangkan kita pasti dia akan mengambil berat tanpa kenal erti penat. Itu baru benar-benar sayang
___________________________
Perempuan kalau sayang kan sesorang tu, dia akan selalu memberi peluang walau pun hatinya berkali-kali disakiti, kan?
___________________________
Kita tak boleh nak buat seseorang tu suka kat kita macam kita suka kat dia, dan kita juga tak boleh nak buat seseorang tu hilangkan rasa suka dia kat kita. Tapi kita boleh berdoa pada Allah agar kurniakan kita teman hidup yang baik
___________________________
Kita hanya menjalani perhubungan tanpa tahu bagaimana pengakhirannya,bahagiakah atau derita yg akan kita rasakan.Tapi yg sy pasti sy akan setia pd awk,smoga awk tahu.
____________________________
Lelaki lepas putus senang dapat penganti, perempuan menangis sampai bengkak mata. Tapi bila perempuan dah mula move on, lelaki jangan menangis pulak ok
____________________________
Kalau awak text "Good Night" saya akan tidur dengan senyuman. Kalau awak text "Good Morning" saya akan mulakan pagi saya dengan senyuman
____________________________
Sebelum tidur, maafkan semua orang. Tamau gaduh-gaduh. Buang perasaan benci yang menumpang di hati. Tidurlah dengan tenang.
____________________________
"Hai." Dia tak reply.
"Salam." Dia tak reply.
Oh yer, saya lupa. Saya hanya wujud bila awak terdesak, bosan, sunyi dan bila awak perlukan saya jer
____________________________
Lelaki biasanya akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, dia pasti akan memikirkan tentang perempuan yg disayanginya.
___________________________
sweetkan bila gaduh2 gan si dia..si dia mengalah dan mintak maaf..awak maaf ya kalau perangai saya macam budak2..tapi saya suka awak mengalah and selalu pujuk saya..saya rasa macam saya bererti sangat untuk awak..
___________________________
Tak bodoh pun kalau kita rindukan orang yang telah tinggalkan kita. Sebab kita terlalu sayangkan dia , perasaan rindu itu lahir sendiri dalam diri. Lumrah.
__________________________
Lelaki kena faham, perempuan bukan banyak tanya, bz body atau kuat menyibuk. Perempuan hanya ingin mengambil berat. Dia terlalu ambil berat pada orang yang dia sayang
____________________________
Bila couple, selalu jer gaduh. Tapi bila dah putus, dah jadi ex, jadi kawan biasa jer, takde pulak sakit hati macam dulu. Pandai pulak dia jaga hati kita
____________________________
Memang setia itu perlu, tapi tak bermakna kita tak boleh berkawan dengan orang lain. Kawan juga perlu sebab nanti kawan juga yang akan kita cari bila orang yang kita sayang tu tinggalkan kita
__________________________
Jangan pelik bila nampak orang yang hensem/cantik dengan orang yang tak hensem/cantik. Respect orang macam ni. Dia tak pandang rupa, tapi pandang hati :)
__________________________
Mengapa masih ada rasa sayang dan cinta lagi pada insan yang sudah tidak menjadi milik kita? Sedangkan kita tahu, di antara kita dan dia sudah tersurat tiada jodoh :'(
___________________________
Marah macam mana pun saya dekat awak, sakit hati macam mana sekalipun saya dekat awak, awak tetap ada dalam hati saya ni :')
___________________________
Kita tidak pernah belajar untuk melupakan seseorang dan kenangan manis tentangnya. Kita hanya mampu belajar membiasakan diri untuk hidup tanpanya. Menerima, bahawa mungkin yang terbaik adalah merelakan, bukan memaksa diri untuk melupakan.
__________________________
Kadangkala kita tak sedar yang diri kita BERUBAH, tetapi kita merasakan si dia yang berubah :/
__________________________
Sesetengah perempuan memang akan nampak kasar dan garang jer di depan lelaki lain, tapi percayalah, bila dia dah kahwin, automatik dia akan berubah sebab dia sedar, lembut dia hanya untuk suami
__________________________
Perempuan memang mudah jatuh hati kat lelaki yang suka ambil berat tentang dia ek? Perempuan kena tahu lelaki memang selalu ambil berat tentang kawan-kawan dia dan mungkin awak salah seorang dari kawan dia. Jadi, jangan mudah jatuh hati sangat yer..
__________________________
Perempuan yang sanggup bagi peluang kedua pada seseorang yang pernah lukakan dia tu betul-betul first class. Tak semua orang mampu. Hargai bila dah dapat peluang tu
__________________________
Kadang bila kita sedih, kita memerlukan seseorang yang boleh membuatkan kita bahagia, namun kadang kita tak sedar orang yang mampu melakukan itu adalah si dia yang membuat kita terluka
__________________________
Yang terpenting dalam sesebuah hubungan tu bukanlah macam mana indahnya awal perkenalan tu, tapi bagaimana kita mampu menjaga yang indah itu sampai akhirnya
__________________________
Kalau saya dah takde lagi kat dunia ni, saya harap awak akan menemukan seseorang yang lebih baik dari saya , seseorang yang memahami awak , dan yang paling penting awak tidak akan mengenepikan dia sepertimana awak buat kat saya :')
___________________________
Lelaki yang berkata "Saya janji tak akan buat lagi" Tapi, dia buat juga akhirnya, perempuan akan hilang kepercayaan kepada lelaki tersebut.
___________________________
Kalau kita pernah sayangi seseorang itu dengan ikhlas, dan bila kita dah putus, kita pun perlu ikhlas melepaskan dia pergi walaupun berat
___________________________
Kita berkenalan Allah yang rancang. Kita rasa suka Allah yang berikan. Kita bersama Allah yang aturkan. Kita berbahagia Allah yang detikkan
___________________________
Jangan bertanya kenapa seseorang yang kita suka tu selalu sakitkan hati kita, tapi tanyakan pada diri kita sendiri kenapa kita masih lagi ambil berat tentang dia sedangkan dia tak pernah jaga hati kita
___________________________
Kadang walaupun kita tahu dia curang, kita tetap sayang dia dan beri dia peluang. Kita cuba maafkan dia. Tapi dia tetap dengan sikap dia
___________________________
Kalau kita boleh jujur dan setia, kenapa dia tak boleh? Memang kita wujud untuk hilangkan kesunyian dia je ke?
__________________________
Saya tahu dalam hati awak ada dia. Saya tahu awak dah mula rindu dia. Tapi sengaja saya buat-buat tak tahu sebab saya nak tengok sejauh mana awak akan jujur dengan saya
__________________________
Bila setiap malam kita selalu terima ucapan selamat malam dari dia, dan tiba-tiba malam ni takde, mesti kita akan fikir dia duk sibuk dengan orang lain kan? Sedangkan hakikatnya dia tertidur keletihan
__________________________
Sebelum tidur, saya harap akan ada text dari awak. Kalau takde pun, saya harap masa saya dah tidur tu awak akan text saya. Jadi bila saya bangun esok hari, saya akan tersenyum baca text dari awak
_________________________
~~~sia2 kita mengambil berat dan meletak kan dia menjadi yang istimewa untuk kita,,sedangkan dia sibuk mencari perhatian yang lain..
_____________________
wahai kaum hawa..sedar lah tak berbaloi kita bekorban..kita menuggu,setia,dan menyayangi orang yang tak pandai hargai kita..orang yang betul2 sayang kita tak kan sesekali berpaling dan menyayangi perempuan lain kan, setelah buat hati kita menyayangi dia.
______________________
Lelaki kena sabar kalau perempuan lambat reply text, mungkin sebab dia sibuk. Perempuan ni setia, cepat atau lambat, dia tetap akan reply text awak
_______________________
Couple bukan untuk belikan barang, belikan pakaian, belikan topup. Itu bukan relationship namanya tapi relationshop :P
______________________
Lelaki kena tahu perempuan tak suka bila seseorang lelaki tu jatuh hati kat dia kerana rupa semata-mata, sebab apa yang diperlukan oleh seorang perempuan adalah sekeping hati yang ikhlas menerima diri dia seadanya
_______________________
Perempuan garang ada sebabnya. Sebab sesetengah lelaki suka ambil kesempatan bila perempuan berlembut. Kalau garang, diorang akan hormat
______________________
Kadang bila kita sayang dia, dia tak pernah pun nak sayang kita. Kemudian bila kita dah tinggallan dia, barulah dia sayang kita
_______________________
Orang pendiam suka sorokkan kesedihan dari semua orang. Bila orang tanya, mesti dia akan cakap yang dia OK, sedangkan hatinya sakit
________________________
Perempuan susah nak lupakan EX, walaupun hati dia disakiti, tipu lah kalau EX dia tu tak dapat peluang kedua. Hargai peluang kedua tu
________________________
Jangan ditahan air mata kalau nak keluar. Mengalir banyak mana pun, air mata tak payah bayar bil air. Biarkan lah ia mengalir, jangan disekat.
_________________________
JANGAN PERNAH mempermainkan perasaan seseorang kerana walaupun mungkin kamu MENANG dalam permainan, tetapi kamu akan KEHILANGAN dia dalam hidupmu..
_________________________
Dia text , sebab rindu. Dia jealous , sebab risau. Dia marah , sebab sayang. Dia menangis , sebab cinta. Dia pergi , sebab kehendak Allah :')
_________________________
Kita tak tahu, siapa bakal jodoh kita, cantik atau tidak, kaya atau miskin, yang kita harapkan, si dia sanggup bersama kita sepanjang hayat
_________________________
Dia mungkin boleh lupakan kita, tapi kita? Susah sangat, dia senang je, mungkin dia tak sayang kita macam mana kita sayang kat dia :')
_________________________
Perempuan senang sayang. Mudah marah.Tapi mereka susah nak lupakan someone yg pernah hadir dalam hidup dia. Sebab ia terlalu indah. betul?
_________________________
Perempuan suka tunggu ucapan selamat pagi dari orang yang dia sayang sebab dia nak diri dia ada di fikiran lelaki tu setiap kali lelaki tu bangun pagi
_________________________
Saya tak pernah benci awak, saya cuma kecewa dengan sikap awak, sebab tu saya semakin menjauh dari awak
_________________________
Hawa, jangan ingat bila lelaki tu kongsi semua masalah dia pada awak, dia suka awak. Kadang dia luahkan semua tu sebab dia selesa berkawan dengan awak. Jangan terlalu berharap :')
________________________
Saya suka awak, tapi awak tak suka saya.
Awak suka dia, tapi saya tetap suka awak.
Awak tunggu dia, saya tunggu awak.
Akhirnya dapat tahu dia ada orang lain, awak kecewa dan datang pada saya. Kadang penantian itu berbaloi walaupun sering kecewa :')
_________________________
Jangan sesekali mensia-siakan airmata kita terhadap seseorang yang tidak layak untuk ditangisi.
__________________________
Macam mana sekali pun sikap saya, baik buruknya saya, semua kekurangan saya, awak pastinya boleh terima andai benar awak ikhlas mencintai, dan jangan sesekali mencintai saya kerana kelebihan yang saya miliki kerana saya takut awak tak dapat menerima diri saya andai suatu hari nanti Allah menarik balik semua kelebihan yang telah diberikan.
___________________________
Perempuan bila lepas putus, dia tak fikir terus untuk cari yang baru. Dia akan menunggu orang yang dia sayang tu dengan harapan orang tu akan terima dia balik. Gambar dan mesej lama jadi peneman dia.
____________________________
Awak bz, Saya keseorangan.
Mesej tak ada, call pun tak ada.
Tetiba dia post something kat fb.
Tag nama kawan dia.
Perempuan pulak tu.
Saya Cemburu tengok!
Awak tahu ke!!?
_____________________________
Awak, kalau marah jangan lama-lama. Saya takut bila awak dah ok nanti saya dah takde lagi untuk awak. Sebab tu marah macam mana pun awak, saya tetap cuba untuk mintak maaf dari awak. Saya takut esok saya dah takde lagi kat dunia ni
___________________________
Orang yang sayang kita, tak semestinya setia. Tapi, orang yang setia, semestinya akan sayang pada kita
_______________________
Dia sayang, awak curang.
Dia menangis, awak senyum sinis.
Dia berduka, awak bersuka.
Dia pergi, baru awak tercari- cari.
_________________________
Bukan saya yang menyerah tapi awak yang tak pernah berjuang mempertahankan hubungan kita
________________________
perempuan tak pernah mintak lebih kecuali dimanja,disayangi,tak diabaikan,dan cinta nya tidak dipermainkan..
_______________________
Bila seseorang tu berbuat baik dengan kita, tapi kita tak mampu nak balas, cukuplah sekadar menghargainya
________________________
Kalau suka dia lebih baik berkawan je dengan dia daripada couple. Sebab bila dah break nanti susah nak tegur satu sama lain balik.
________________________
Disaat aku tak mampu menjaganya kerana berjauhan, kerana pergaduhan, kerana salah faham. Aku berharap Engkau menjaganya untukku Ya Allah :')
_________________________
Kalau saya ada dalam hati awak, tolong sayangi saya sejujurnya
Kalau saya yang awak rindukan, saya harap awak akan kekalkan perasaan tu
Kalau saya yang selalu menyakiti awak, maaf sebab tu bukan niat sebenar
Kalau saya insan yang awak tak mahu kenangi lagi, ajar saya agar saya memahami awk
Tapi kalau dalam hati awak langsung takde diri saya,
Saya akan cuba untuk terima seadanya
_________________________
Bila seseorang tolak cinta kita, tak perlu tunggu dia sebab dah ada seseorang sebenarnya yang sudah lama menunggu kita, cuma kita je tak pandang dia sebelum ni
________________________
Untuk awak yang sering terluka kerana cinta ^_^
Bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai,
Kerana melaluinya kita belajar menjadi seorang yang lebih tabah, lebih memahami, lagi mengerti dan tahu menghargai
________________________
Sekian .. Ada Shoutbox kat tepi tu... hehe.. Saya akan balas.. dan kalau ada pandangan atau nasihat.. sila Comment ea..Kalau rasa BLOG ni okay.. Jangan kedekut tekan butang FOLLOW tu, yang takde Email google pun boleh Follow... Terima kasih banyak-banyak.. Assalamualaikum ◕‿◕ ✿