Tuesday, January 26, 2016
Cerpenku : Jejaka Baik Hati
Sejak aku bersekolah dekat situ , aku kenal dia . Dia baik hati jujur . Opss, terlupa pula nak kenalkan nama aku . Okay , nama aku Ariana tapi panggil aku Ana je . Dia sahabat aku. Betul dia adalah sahabat aku . Aku anggap dia lebih daripada seorang abang . Mungkin disebabkan kebaikan dia . Kami sekelas . Aku mula rapat dengan dia, sejak aku pindah sekolah dekat sini . Jom hidup dalam dunia aku .
' Hai ! wei, tolonglah aku, belanja aku topup . Pleaseeee . Pleaseee . Pleaseee ' aku membuat muka muncung sambil mendesaknya untuk membelikan aku topup .
' Kau nak bila ? Aku bagi tahun depanlah' sambil senyum sehingga kelihatan giginya yang tersusun rapi .
' Ala, aku nak petang ni. Firash tolonglah aku ea ? Kau kan kawan baik aku ' aku menolak begnya daripada belakang .
' Yelah yelah , aku bagi petang ni ' terus pergi tanpa memandang aku .
' Hehehe, Thank Firash , Sayang kau ! Opss , sebagai member. Werk =P ' Aku terus berlalu pergi .
Firash dia lah sahabat aku dulu . Maksud aku dulu . Masa aku susah, dia akan tolong aku. Tak kira macam manapun .
' Firash, aku bosanlah cuti ni, belanja aku novel ? please.. Aku bosan gila kau tau tak ! Sampai gila aku dibuatnya , belikan aku ea ? '
' Kau nak buku apa ? Novel cinta ke ?
' a'ah, kau pilihlah , kau beli . Confirm aku baca punya . hehe, Belikan tau-tau '
Apa yang aku minta, dia tak pernah merungut . Aku selalu paksa dia untuk belikan novel untuk aku, bila aku mula bosan . Padahal aku boleh je pinjam dekat library, tapi entahlah. Mungkin dah jadi kebiasaan aku menyusahkan hidup dia .
" Kau nak yang mana ? ' sambil menunjukkan kepada aku topup celcom RM5 dan RM10 .
"erm, mestilah nak RM10 . tapi klau nak dua-dua tu boleh tak ? " Aku tersengih sambil membuat muka yang tak berapa cute .
' Eh, tadi kata nak RM10 je kan ? Mana boleh pilih dua-dua ! " Dia tersenyum dan meninggalkan aku di belakangnya .
' Ala, bolehlah, bolehlah ! ' sambil menarik begnya dan menolak begnya ke kiri dan ke kanan .
' Nah ! ambillah . Buka beg aku jap . Aku ada benda nak bagi ' kata Firash
' Kau nak bagi apa ni ? Eii, taknaklah buka beg kau . Karang budak-budak lain fikir kita apa pula .
' Buka je lah . hesy kau ni ' Firash mendesak aku
' Erm, okay ' "Aku membuka begnya dan terdapat coklat Cadburry yang besar di dalam begnya .
' Entah takde pape , dah lah aku nak balik dulu , bye-bye ! ' Aku berlalu pergi .
'Eh3, nah ambillah . Aku bagi kau . Dengan novel ni sekali . simpan elok2 tau " Firash tersnyum .
" Terima kasih , kau memang sahabat aku " Aku mengenyitkan mata kepadanya
Tak silap aku . Firash belanja aku novel lebih 10 buah dah . Semuanya harga dalam RM20 lebih . Coklat cadburry pula . Dia akan bagi setiap minggu dan kadang-kadang 3 @ 2 kali seminggu . Topup pula dia akan belanja bila topup aku dah expired . Aku dengan dia akan otp setiap malam . Kalau sehari tak otp . Rasa macam bosan pula takde member nak cerita macam-macam . Aku ni banyak mulut dengan orang yang aku rapat . Dia je faham aku . Ada masa aku susah . Tahan dengan perangai aku . Nak kata perangai aku macam makcik-makcik pun ada juga.
' Ana ! buka beg aku, cepatlah . ' Desak Firash
'Kau nak bagi aku cadburry ke ? ke ada apa-apa ni ? ehem-ehem, taknak lah buka .' aku terus pergi dengan senyuman .
" Ana , aku ada hadiah untuk birthday kau " Firash berlari ke arahku.
"Birthday aku bulan 12 , sekarang baru bulan 10 , kau pun agak-agaklah nak tipu aku " terus aku memuncungkan bibirku .
" Aku tak tipu, kau bukalah beg aku ni ' dia senyum kepadaku .
Ketika aku membukanya , Aku terlihat sebuah teddy bear berwarna coklat, Aku terus menarik teddy bear itu . Terlihat seutas rantai pada teddy bear itu .
"Firash, Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat . Kenapa kau baik sangat ? Nampak aku macam ambil kesempatan terhadap kau . Aku rasa bersalah . Kau ambillah balik . Aku taknak ."
"Kau ambillah . aku betul-betul bagi kau ni . Aku ikhlas ." Firash menarik beg aku dan kami terus meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah .
Firash . Aku tak tau nak cakap macam mana . Dia satu dalam seribu . Dia lah selalu teman aku balik sekolah jalan kaki . Dia tolong aku lintas jalan . Bila aku nak masuk Taman Perumahan aku . Dia akan melambaikan tangan dam membuat bentuk HATI dengan tangannya . Ada masa aku membalasnya . Ada masa aku membuat tak endah je . Ada masa juga , dia akan menjerit memanggil namaku dari jauh., tanpa mengendahkan pelajar lain yang memandangnya . Aku tak pernah simpan perasaan sayang sebagai kekasih . Cuma aku tau . Aku takut kehilangan dia .
Aku Sains pertanian, dia pula kemahiran teknikal . Selepas sahaja mata pelajaran Kemahiran Hidup . Aku terus pulang ke kelas . Aku terlihat sebuah kotak jam tangan Ice Watch berwarna Terquoise berbelang putih . Sangat cantik . Pada masa itu, jam Ice Watch tak famous lagi . Tapi bila aku tengok jam tu . Aku suka sangat-sangat . Aku dah boleh agak siapa yang bagi .
Firash , kenapalah kau baik sangat . Tak pernah berkira dengan aku . Tapi kenapa susah sangat aku nak sayang kau ha? hmm, #AkuBerbisikSendiri
" Firash, aku nak casing tu . tak kira macam mana pun. Harga casing tuRM40 . Postage dia RM5 ." Aku memberitahunya .
"Ana, kau nak buat apa ? Aku rasa kau dah ada casing kat fon kau kan ?
" Tak kira, aku nak juga . Belanja aku ea ? "
" Erm tengoklah dulu ea "
Aku suka desak dia . desak dan desak lagi . Kau memang baik ,.Kau akan cuba usaha dan belikan untuk aku juga . Dah 4 tahun setengah aku rapat dengan kau . Kau tak pernah berhenti untuk belikan aku sesuatu .
"Firash, bank in duit, Mcam mana? Aku tak reti . sekarang dah pukul 8:30 malam ."
"Ana, kau nak beli apa ? Kalau kau tak reti . Aku boleh ajarkan "
" Kau serius Firash ? tapi macam mana , aku nak bank in malam ni juga. Aku nk barang tu cepat sampai . "
" Ana, kau suruh adik kau hantar dekat bank yang kau nak bank in tu, nanti aku pergi sana. "
"Firash, dia tak nak hantarkan , dia kata nak upah, tapi aku takde duit . Aku nak bank in duit lagi ni "
" Kata dekat adik kau, aku bagi RM10 kat dia "
" Firash ! betul ke ni ? thnks . Nanti aku try tanya adik aku semula "
Firash, ada banyak lagi aku nak ceritakan tentang kau . Mungkin juga takkan cukup untuk satu cerita . Mungkin juga takkan tertulis . Tapi cukuplah menggambarkan kebaikan kau . Kejujuran kau . Kau kuat . Aku pernah ada di saat kau jatuh dan rebah . Masa kau perlukan seseorang dan pada itu kau menganggap orang sekeliling kau . Membenci kau . Sekarang, kau membenci aku . Aku jahat kan . Aku buat kau berubah jadi orang lain .
Aku, Aku sayang kau .Aku tersilap langkah . Aku seperti mengambil kesempatan terhadap diri kau . Maafkan aku . Aku tak pernah sedar smua tu . Tapi bila hilang kau . aku sedar .
Tiada lagi yang sahabat yang akan teman aku balik jalan kaki. Tiada lagi teman untuk menceritakan segala masalah . Tiada lagi teman untuk aku berkongsi cerita . Tiada lagi teman yang akan mebantu aku . Kau . Terlalu lalu lalu banyak membantu aku . Aku berhenti sampai sini sahaja . Biarlah ini yang pertama dan terakhir .
Aku kehilangan kau , Firash .
Yang benar,
Ana
Sunday, January 24, 2016
Ayat Patah Hati
Assalamualaikum..
Berhentilahhhhhhh.... |
Pernah tak kau buat something utk buat people around you happy but they never appreciate it? Apa kau rasa lepas tu? Mesti sakit kan |
"Allah tak akan hadirkan seseorang tu dalam hidup kita tanpa sebab." Ingat tu |
Fall in love with Allah first and He will give you the right person that you deserve in the right time. |
Itulah aku . |
"Untung Allah bagi sakit, sebab bila kita sakit automatik diri kita ingat Allah" Allah sayang kita tu, sebab tu Allah ingat kita. |
Memories of you |
Kadang aku saja ignore kau macam takde apa apa. Padahal dalam hati ni, aku rindu. |
You. Go. Away. Anybody. Just go. |
Biar tak sempat kahwin, jangan tak sempat taubat |
people really need to learn how to treat each other with respect. |
Kalau nak datang dan kemudian pergi , tolong jangan datang . Ini hati , bukan warung kopi |
Bila dah lama tak bertegur, tiba-tiba dia tegur kau. Mesti kau rasa awkward kan even dulu kau rapat dengan dia.. Me always.. |
Kejujuran ity penting . Kepercayaan juga penting |
"Macam mana nak lupakan seseorang?" "Surah Ar-Rad, ayat 39 Sambil tangan letak di dada. Buang perasaan tu lepas baca." |
Lelaki, ujian utamanya adalah "perempuan" Tapi, Perempuan, ujian utamanya adalah "Hati", tempat tumbuhnya segala perasaan. |
Mulu manis .Aku rasa mcm nak luahkan everything, tapi bila dah tengah jalan, rasa macam; "hmm, never mind lah" & end up pendam sorang-sorang jugak |
Well. Kita tak boleh nak halang sesiapa nak jadi perampas. Dah kalau mmg dia sayang kau. Aku rasa, dia akan stay dgn kau. Takdenya dia layan |
" Setiap Masalah Yang Datang , Bukanlah Untuk Menjatuhkan Kita , Tetapi Untuk Menguji Seberapa Tabahnya Kita Untuk Bertahan Menghadapinya " |
"Boyfriend" and "boy friend" you see that little space thats called the friend zone. |
"Stop "terhegeh-hegeh" dekat someone yang tak pernah nampak kehadiran kau. Buang masa !" |
Jangan paksa orang lain untuk ikut cara kau. Biar mereka lakukan dgn keikhlasan hati. Jika ada orang paksa kau, kau suka tak? Mesti tak kan. |
________________________
Lelaki dayus je pukul perempuan, tak kiralah kurang ajar macam mana pun mulut perempuan tu. Bila kau pukul je, kau lemah. Mental lemah.
______________________
Pernah tak? Kau stress smpai keluar air mata. Sebab kau dah give up sangat.
______________
Jangan terlampau suka, takut-takut orang yang kau suka itu, tak suka kau seperti yang dia kata, dan akhirnya kau yang merana sendiri.
_____________
Kalaulah , dengan senyuman
Boleh pulihkan hati aku yang sakit ni Aku sanggup senyum Setiap masa. Aku sanggup.
_______________________
Bro, kau tak takut ke?
Takut apa?
" Hati manusia kan senang berubah, kau tak takut ke orang yang kau sayang berubah hati "
Mestilah takut.
___________________
___________________
"Kenapa kau sombong?"
"Kenapa tak reply?"
"Kenapa asik tak chat?"
"Kenapa tak check notification?"
"Sebab aku ada life"
#deep
______________________
Al-Fatihah utk diri yg banyak sakit hati tapi sdg berpura-pura tak kisah dan tak ambil hati sambil mengatakan "tak apalah, aku dah biasa."
___________________
Makin lama
Kau kenal aku, Makin banyak Kekurangan yang Kau akan nampak. Masa tu, Kau ada dua pilihan. "Nak pergi atau stay dengan aku"
____________________
______________________
Al-Fatihah utk diri yg banyak sakit hati tapi sdg berpura-pura tak kisah dan tak ambil hati sambil mengatakan "tak apalah, aku dah biasa."
___________________
Makin lama
Kau kenal aku, Makin banyak Kekurangan yang Kau akan nampak. Masa tu, Kau ada dua pilihan. "Nak pergi atau stay dengan aku"
____________________
Pernah tak ?
Kau merajuk, mengharap ada yang pujuk, last-last kau yang terpaksa pujuk hati sendiri..
____________
____________
Sorry kalau ,
perangai aku ni
menyakitkan hati kau ke ape.
perangai aku ni memang macam ni.
kau kena banyak bersabar.
Inilah aku yang sebenar_____________
Friday, January 22, 2016
Berserah pada Allah
Assalamualaikum . Ainna nak bagi motivasi . Acah-acah macam pakar motivasi ni . -_- Okay . Cinta-cinta , dan cinta . Nak tau tak pendapat Ainna kalau tiba-tiba ada dua orang suka kita ? Diorang baik dan banyak membantu kau . Buat kau gembira , tapi kau keliru nak pilih yang mana ?
Please . Jangan pilih keduanya . Kalau kau sayangkan diorang . Jangan pilih salah satu . Tolonglah . Itu jalan yang kau pilih untuk hilang kedua-duanya . Faham tak ! kedua-duanya . Kalau Ainna dapat putarkan balik masa . Ainna taknak hilang kawan rapat Ainna . Tak payah bercinta . Tak payah berangan yang kita akan ada life dengan dia sampai Jannah . eceh . tinggi sunggoh angan-angannya .
Lupakan tentang Cinta sekejap . Fikir semula tentang masa hadapan . Masa hadapan yang akan menentukan anda siapa . Rumah anda dimana . Anda pakai kereta apa . Apa pekerjaan anda . Belajar ni ibarat memasukkan benang ke dalam jarum . Susah nak masuk. Mata kena sharp . Benang tak boleh berbulu-bulu dan yang paling penting ada masa bukan dengan sekali cubaan je benang akan masuk ke dalam lubang pada jarum tu . Sama je . belajar perlukan ketekunan, usaha, dan hubungan kau dengan Allah . Jangan pernah give up . Berbekalkan usaha dan semangat yang tidak mudah putus asa pasti akan berjaya .
Life kita ni macam pokok . Kita akan membesar dengan baik kalau baja yang digunakan baik . Kalau dijaga dan disiram setiap hari . Tentulah ada masa akan datang serangga yang akan datang menyerang . Rosak pokok tu , tapi tidak rosak kesemuanya . Macam biasa pilihan di tangan kita .
Ada masa kita terlalu banyak berfikir sampai kita rasa benda tu tak ptut kita fikir pun. Pelajaran lagi penting . Okay, mostly. Bila aku mula menulis . Aku rasa idea tak datang begitu sahaja . Aku mula buntu , mula risau dan resah dengan apa yang orang fikirkan tentang diri aku . Tak semua sukakan aku . tak semua akan terima sikap aku yang memang entah apa-apa ni .
Okay. Dah-dah . Ainna nak mula bercerita tentang perjalanan Ainna pergi ke Kedah . Ainna menetap di Jengka . Dah semestinya bukan bandar dan tak popular pun . Perjalanan dari Jengka ke Kedah ? tak sure berapa jam . Kadang-kadang ada banyak perkara yang kita memang tak jangka akan berlaku . Now, nak sambung cerita so . bacalah . Manalah tau kalau boleh ambik iktibar .
Kereta rasanya dalam keadaan tak berapa baik . Abah masih dengan pilihan untuk ke Kedah yang memakan masa lebih dari 7 jam . Adik Abah yang ketujuh bakal melangsungkan perkahwinannya bersama isteri tercinta dan abah ingin berada di sana kerana pada hari pertunangannya adiknya , Abah tidak berkesempatan untuk bersama. Pada mulanya, perasaan risau tidak ada dalam diriku kerana perasaan teruja yang membuak-buak untuk ke Kedah serta berjumpa dengan saudara-mara yang selalu berada jauh di mata . Al maklumlah, kampung di Johor , menetap pula di Pahang . Perasaan teruja kian memuncak apabila abah memberitahu aku, bahawa kami akan melalui Camera Highlands . Sudah lama tak ke sana. Semasa kecil abah dan ibu selalu ke Cameran Highlands tapi tidak pula kuingat . Haish, yang aku tahu, ada gambar di ladang teh dan pada saat itu ibu sedang mendukungku . Mungkin kerana kenangan itu tiada di ingatanku . hehe. Comel juga budak kecil di dalam gambar itu . =D #Perasan
Macam biasa. aku memilih untuk tidur . Abah selalu memilih waktu malam untuk memandu pulang ke kampung atau ke mana-mana sahaja destinasi yang memakan masa beberapa jam . Mungkin suasana yang agak sunyi dan anak-anak tidak akan bergaduh di atas kereta kerana tidur . Bertolak dari pukul 10 malam dan tiba-tiba aku rasa suasana sejuk yang tak terhingga . Aku mula memakai baju sejukku dan menarik selimut . Walaupun dalm kereta . Jadi rumah pun takpe . Tangki air kereta tiba-tiba sahaja bocor. Aku mula risau . Kami berhenti di tepi jalan dan pada masa itu kami di Cameran Highlands.. Erm, macam formal pula tulis . agak-agak bosan tak ? tukar format mcam tengah bercakap lah . heee.
Rasanya dalam pukul 4 pagi masa tu . Abah cakap tidur dulu dalam kereta dan pagi besok.. Abah akan cari workshop atau mechanic untuk baiki tangki kereta ni . Ibu pulak telefon saudara-mara yang ada homestay terdekat sekitar-sekitar Cameran . Ibu suruh Abah untuk berhenti di Masjid . Perghh, sejuk jangan cakaplah . Kalau kat kampung pun memang sejuk dah dalam pukul 3 . Inikan pula Cameran . Pada pkul 6 , abah memandu kereta dan parking di hadapn masjid . Best juga . Pengalaman yang menarik . Usai solat subuh, kitaorang cari kedai makan untuk sarapan pagi . Then, terus cari workshop . Masuk dalam juga untuk cari workshop di Cameran . Berhenti di salah satu kedai . Terdapat pasangan suami isteri berbangsa India . Suaminya memakai kain dan kelihatan penuh luka di badannya . Seperti melecur pun ada juga . Macam biasa. Aku duduk dalam kereta dan taknak turun . Tiba-tiba , kakak aku yang duduk di belakang ingin turun, dan aku pun terpaksa turun juga . Aku pun duduk di palang besi yang kelihatan seperti boleh duduk di situ .
Semasa dalm proses membaiki. Aku melihat abah tengah rancak berborak dengan suaminya tadi . Aku melihat dan mendengar . Baru aku tahu, luka-luka di badannya disebabkan anaknya yanng bermain wayar yang menyebabkan litar pintas dan kereta tersebut terus meletup . Anaknya selamat tapi dia mengalami kecederaan yang sangat teruk . Oh patutlah ! dia pun menunjukkan luka-luka di pehanya yang masih belum sembuh . Wujud rasa kasihan di dalam hati dan aku bersyukur dengan kesihatan yang Allah beri padaku pasa masa ini . Selepas beberapa minit , kereta siap dibaiki . Aku sangat-sangat berterima kasih di dalam hati kepada pasangan suami isteri tersebut . Ada sebabnya kenapa Allah mengatur sesuatu jalan untuk kita . Ada hikmahnya kereta kami rosak di Cameran . Mungkin Allah mahu Abah berehat dripada terus memandu . Selepas beberapa jam . Dalam pkul 1 tengahari . Kami pun sampai di sebuah Homestay di Kedah .. Alhamdulilah !! YEPPIIIII !!
Sampai-sampai je kat sana . Ainna dah rasa gembira dan . Ainna pun dok usya manalah sepupu Ainna eh . *W . Ainna terpikat dengan sifat alimnya dan dia selalu melakukan kewajipan sebagai umat Islam . ehem2 dia lelaki . umur dalam 23 tahun rasanya . Ainna beritahu ibu dan abah . eceh, mcam terpikat lah . haha, gatal budak ni . SPM tak lepas lagi . Cari punya cari . Then nampak dia balik . Rupa-rupanya dia pergi Solat Jumaat even dalam keadaan musafir pun . terus Ainna terpegun . Lepak-lepak dengan sepupu kat dalam bilik .Makan maggi . Wow, best macam ni. Bila lupa tentang pelajaran sekejap . Petang itu, Akad nikah pakcik Mirul . hehe, excited . Solihin, adik Ainna berumur 3 tahun . First time jumpa kolah kat masjid kot . sbb kolah tu betul-betul depan pintu masjid dan kolah tu sangat rendah macam kolam . Solihin main air sampai nak terjun dalam kolah tu . Habis lencun satu baju . Sabar je lah . gigit pipi tu baru tau . Nasib baik comel . Nak marah pun tak sanggup sebab cute sangat .
First time tekun dengar akad nikah, dengar semua apa yang tok kadi cakap . Asal Ainna pulak yang nervous ni ? hesyy . tak pasai-pasai pulak . Dalam diam-diam Ainna usha sepupu Ainna tu . Hmm, usha diam-diam ja. sebab ? dia dah ada yang punya . lagipun kami sepupu . Sepupu perempuan yang lain pun dok lama suka ke dia . haha. sampai je Kedah . Ibu dok bergurau cakap loghat Kedah . Haru jadinya . Selepas je siap . Rasa bahagia . Sebab banyak juga halangan Pakcik Mirul dan Alhamdulilah semuanya dah settle . Lepastu ada pula jamuan makan-makan dekat rumah pengantin perempuan . Kami pun pergi ke sana . Selepas makan-makan . bergambar ramai-ramai dekat pelamin . Adik pengantin perempuan nak bergambor dengan sepupu lelaki Ainna tu? Haish . Sakit pulak hati kita ni . Takpe sabor2 . Ainna rasa mcam nak menangis . Macam patah hati.. Eh, acahlah Ainna ni.. hehe
Ada sebab kenapa Ainna cuba cari kebahagiaan di sini . Ainna terluka . Sebelum ke Kedah. Bestfriend Ainna hantar gambar Ex Ainna dengan girlfriend dia . Ya Allah, Ainna tak tahu nak kata apa. Sedih . Macam sedih . Macam kecewa tapi tak keluar air mata . Pernah tak rasa ? Mugkin Ainna dah lebih tabah . Tabah dengan patah hati dngan Cinta Monyet ni .Acah-acah kuat . Alhamdulilah, berada di sana mengajar Ainna utk gembira dengan apa yang ada dan terima dengan segala kehilangan .
Kenduri kahwin pada esoknya, rasa tak sesuai pulak pakai make up . tua ! muka tua ! hahaha. lepastu sedara mara nak join pergi Cameran so lepas kenduri tu, Kmi trus konvoi 3 buah kereta ke Cameran . Ini syokkk. Okay taknak cerita panjang-panjang . Nak belanja gambar sikit ja . hehe . Best konvoi macam ni . Rasa hubungan kekeluargaan tu makin erat .
My Family ^_^ |
Abah yang serius tapi penuh dengan kasih sayang .. Sayang Abah ! |
Pakcik Mal buat kelakar =P |
MY BIG FAMILY ! |
Love you . |
Subscribe to:
Posts (Atom)