Assalamualaikum.. Selamat Datang ke Blog Duniaku Si Merah Jambu ! ʕ•ᴥ•ʔ Jangan lupa follow blog ni, okay ? ✿◕ ‿ ◕✿ Saranghae ❤ ❤ ❤ Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving ❤ ❤ ❤

Sunday, December 15, 2013

(Novelku) Bab 2 : Kehidupan di Sekolah Baru !



P/S - ok, mcam biasa ea.. banyak tanda baca yang slah.. buat just suka2.. x sangka ade kawan baik kiter nk tau bab sterusnya.. so jadi bersemangat nak buat tau! hehe.. cuma skrg tgh badmood lak.. byk msalah timbul akhir2 ni.. hope enjoy k ! #Peace :D


Keadaan di dalam kelas 2 RKS sungguh riuh sekali.. pelajar lelaki ada yang membuat hal sendiri dan ada juga yang berborak secara berkumpulan. Pelajar perempuan pula ada yang berborak dengan pelajar lelaki tentang isu-isu semasa di sekolah dan di luar sekolah.. beberapa pelajar perempuan sungguh asyik membaca buku.


Manakala Tasya Adiliana sebagai pelajar baru berasa kesunyian dan malu untuk menegur pelajar-pelajar yang lain. Afrina sahaja kawan yang baru dia kenali di dalam kelas itu maka dia duduk sahaja di tempatnya dan membuat membuka buku teksnya. Akan tetapi fikirannya melayang jauh entah ke mana.


‘ aduh, bosannya tak tahu nak buat apa.. Cikgu pulak tak masuk lagi! Kalau nak tegur pelajar lain malu pulak. Aku dah lah duduk seorang sahaja di belakang ini. Nak tegur Afrina tidak mahulah mengganggu dia berborak dengan kawan-kawannya’. Bisik hati kecil Tasya.


Dalam pada masa yang sama, Tasya terfikir tentang abangnya.. adakah abangnya sedang sibuk belajar di dalam kelas?


Tiba-tiba seseorang menegur Tasya sambil mengajaknya berborak sekali dengan kumpulan perempuan yang lain.


Maaflah, saya malu lah nak borak dengan diorang. Terima kasih ea kerana menegur saya. Oh ya, nama awak siapa? Soal Tasya sambil senyum ke arah seorang perempuan.


Janganlah malu, budak-budak dalam kelas ini semuanya tiada yang sombong mungkin hanya pada mulanya sahaja. Maaflah lupa pula saya nak kenalkan diri saya. Nama saya Ariana dan tidak silap saya, kamu tinggal di kawasan perumahan Taman Sri Mahkota betul tak? Bicara Ariana dengan penuh sopan santun.


Betul, bagaimana kamu tahu? Soal Tasya dengan penuh tanda Tanya dan kebingungan.


Saya juga tinggal di kawasan perumahan itu, kamu janganlah bimbang saya bukannya orang jahat lah! Hehe.. jawapan Ariana..


Mereka berborak sehinggalah guru Sains mereka masuk dan meneruskan sesi pembelajaran..

                                                                 
                                                      ****

Waktu persekolahan sudah pun tamat dan semua pelajar lelaki dan perempuan diarahkan ke surau untuk solat zohor berjemaah sebelum pulang ke rumah.


Selesai sahaja solat zohor, Tasya menuruni bukit di sekolahnya dan terdengar satu suara lelaki memanggilnya dengan teriakan yang agak kuat di belakang.


Siapa pulak yang panggil aku tu, aduhh malunya… semua orang tengok aku. Tasya, bercakap dengan dirinya sendiri sehinggakan tiada siapa yang mendengar.


Tiba-tiba ada seseorang menarik begnya dari belakang dan memegang bahu Tasya. Tasya menoleh ke arah orang itu. Sambil membuat riak wajah muka yang terperanjat!


Adik, dah tak kenal abang kesayangan adik ini ke? Haha, tak payahlah buat muka yang terperanjat sampai macam tu sekali, abang bagi makan kasut abang ini kang.. ‘gurau abangnya’


Abang ni!! Hish, ingatkan siapalah yang panggil nama Tasya kuat-kuat kat belakang tadi. Abang nak tahu tak? Semua orang pandang adik. Adik malulah abang buat macam ini. Lain kali abang jangan buat lagi ! sambil mencubit tangan abangnya yang berada di atas bahu Tasya. “abang! Lepaskanlah tangan abang ini kita sekarang kat sekolah tahu tak! “ Tasya merajuk dengan abangnya dan berjalan pantas menuruni bukit sekolah itu”


Tasya, abang gurau aje lah.. kenapa adik marah-marah abang ni? Adik tahu kan abang memang suka bergurau. Takkan dah merajuk kut? Oklah abang janji tak buat lagi. Nanti abang belikan adik coklat Cadbury ea? Tapi adik kena janji dulu tak merajuk dah ok? ‘ Danial Haris mengejar Tasya dan jalan di sebelah adiknya itu’


Ha! Tahu pun, hehe.. adik saje je nak uji abang tadi ! itulah suka sangat berguraunya.. baru kena marah sikit dengan adik muka dah cuak tak tentu pasal ea? Haha.. tapi coklat Cadbury tu betul-betul kan? Adik tak merajuk ! jangan lupe belikan coklat tu tau! ‘Tasya memandang muka abangnya sambil menjelirkan lidahnya”


Amboi, sekarang dah pandai nak permainkan abang ea? Ingatkan marah betul-betul tadi..  disebabkan adik menipu dan permainkan abang, makanya coklat tu abang pun bergurau je nak beli tadi! Haha “Kata Danial Haris berjalan sambil ketawa dan tidak memandang muka adiknya’ aku pasti, dia sekarang tengah buat muka merajuk! ‘bisik hati kecil Danial Haris”


Abang ini benci lah! Adik dah tak nak cakap dengan abang. ‘Kata Tasya kepada abangnya’ Tasya memandang ke arah sebuah kereta Toyota Camry.. itu pun kereta ayah ‘Kata Tasya di dalam hatinya.. Lantas dia pun memasuki kereta itu tanpa menghiraukan abangnya.


Tasya ini, mudah sangat merajuk.. alahai susah betul dapat adik yang manja dan comel macam ini. ‘keluh Danial Haris lagi’ dia pun memasuki kereta itu dan duduk bersebelahan dengan ayahnya di sebelah kerusi pemandu.


Macam mana hari persekolahan hari ini adik? Ok tak? Kenapa ayah tengok muka adik macam merajuk aje itu? Ada sesuatu yang tidak kena ke di sekolah tadi? ‘soal ayahnya, En. Zulkamal’


Tidak ada lah ayah, semuanya baik-baik sahaja.. kawan-kawan kat situ semuanya mesra. Cuma adik kan pelajar baru, kenal beberapa pelajar aje ayah. ‘keluh Tasya kepada ayahnya sambil menyandarkan kepala di kerusi kereta itu’ adik merajuk sebab abang tadi mempermalukan adik dekat semua pelajar semasa turun menuruni bukit. ‘ Tasya menceritakan peristiwa tadi kepada ayahnya’


Ayah, Danial bergurau aje lah dengan adik tadi lepastu dia merajuk pula sebab Danial cakap tak nak belikan dia coklat Cadbury. ‘ nyampuk Danial Haris ‘


Danial, kalau nak bergurau tu boleh tapi jangan sampai permalukan adik lagi tau.. kesian dia, adik kan masih baru di sekolah itu. Kamu tu dah tingkatan 4 tapi perangai macam budak sekolah rendah saja ayah tengok. “Nasihat ayah kepada Danial Haris’


Baiklah ayah, ‘ Jawab Danial Haris tanpa membantah sedikit pun’ lagi pula apa yang ayah katakan itu benar. Tasya petang nanti abang belikan coklat itu ea. Abang takkan buat adik malu lagi lepas ini. Tapi gurau-gurau sikit itu bolehlah ye! sambil memandang di kerusi belakang kereta dan melihat wajah adiknya yang masih lagi merajuk.


Tasya masih lagi mendiamkan dirinya di dalam kereta mungkin penat seharian belajar di sekolah.


Danial Haris dan Tasya ini kalau tidak bergaduh walaupun sehari memang tak boleh. Bisik hati kecil ‘En. ZulKamal sambil tersenyum’

                                                     ****


Selesai sahaja mandi, Tasya turun ke bawah untuk makan tengahari.. dia melihat abangnya bersiap memakai pakaian yang kemas dan duduk di atas kerusi meja makan.


Abang nak pergi mana? Bergaya semacam sahaja ini? ‘soal Tasya kepada abangnya’


Lepas makan ini abang nak pergi rumah kawan abang sekejap. Kitaorang nak bincang tentang sesuatu perkara dan abang pun nak study untuk exam pertengahan tahun yang dah nak hampir dekat ini. ‘terang Danial Haris’


Kalau Tasya nak ikut boleh? Abang pergi naik apa? ‘Soal Tasya lagi’


Haha, bila pula adik abang ini suka keluar rumah ?  Abang pergi naik motor Kriss abang tu lah.. adik nak ikut ye? Erm, boleh-boleh tapi duduk kat tayar motor tu diam-diam . hehe ‘Gurau Danial Haris’


Abang buat kelakar ke? Macam tak jadi je tu?  Kesian pulak adik, tak de sape nak gelakkan. Sia-sia aje abang penat cakap. Oklah adik gelakan ye Ha Ha Ha. “Gelak Tasya yang tidak ikhlas dengan menyebut satu-satu perkatan Ha Ha Ha’.. hehe, adik gurau je lah abang ku sayang.. adik tak hingin nak ikut lebih baik adik pergi siram pokok bunga kat luar rumah tu daripada ikut abang tau! ‘terang Tasya’


Adik ni sekarang dah pandai nak kenakan orang balik  ye! Haha nakal adik abang sekarang ini ! sambil mecubit pipi adiknya yang sedang mengisi nasi ke pinggan untuk makan.


Abang! Sakit tahu tak! Eii.. ‘geram Tasya’


Sakit ke? Abang tak tahu pun? ‘gurau Danial Haris lagi sambil ketawa’


Abang aku ini suka ssangat bergurau. Sakit mana pun , adik tetap sayang abang.. ‘bisik hati kecil Tasya’


Tiba-tiba ibunya menyampuk, aduhai korang dua adik-beradik ini kalau tak dengar suara korang kat rumah ini gelak ataupun menjerit tidak sah ye? ‘Kata Puan Aifah’


Hehe, tidak ada apa-apalah ibu, kami saja gurau-gurau.. lagipun kalau Danial tak tengok muka Tasya marah ini dalam sehari dah boleh buat Danial RINDU ibu! ‘gurau Danial Haris lagi’ oklah ibu, Danial dah siap makan, nak basuh pinggan ni. ‘Kata Danial Haris sambil tersenyum’


Selesai sahaja membasuh pinggannya, Danial Haris bersalaman dengan ibunya dan meminta izin untuk ke rumah kawanya Shahrizal Firdaus.


Hati- hati ye! Pakai topi keledar tu betul-betul dan jangan bawak laju-laju! Kata Tasya dengan prihatin’


Abang  tahu lah adikku yang tembam! Abang pergi dulu tau, nanti abang belikan sekali coklat Cadbury yang abang janji nak belikan itu. Danial Haris mencubit pipi adiknya yang gebu itu dan terus menaiki motornya’ adik jangan sepahkan rumah tau! Tolong ibu tu sikit, awak tu perempuan  .. sambil mengenyitkan mata kirinya ke arah Tasya dan berlalu pergi.


Bunyi kuat motor Kriss itu semakin lama, semakin hilang daripada pendengaran Tasya.


Abang ini, suka sangat bergurau. ‘bisik hati kecil Tasya’

                                                 ***


Assalamualaikum! Assalamualaikum! Sambil mengetuk pintu rumah Shahrizal Firdaus dan memberi salam berulang-ulang kali.


Tiba-tiba ada Seseorang membuka pintu rumah itu.. Dia memakai seluar trek dan baju t-shirt biasa. Walaupun bajunya agak ringkas tetap nampak segak.


Waalaikummusalam, masuklah Danial. Aku baru sahaja siap makan tengahari. Kau dah makan belum? Jemputlah makan sekali. ‘pelawa Shahrizal Firdaus dengan lemah lembut’


Eh, tidak mengapalah bro.. aku dah makan dah kat rumah tadi.. kita nak study kat mana? Kat perpustakaan awam atau di rumah engkau sahaja? ‘Soal Danial Haris’


Aku rasa di rumah aku sahajalah, kerana emak dan ayahku tiada di rumah.. mereka baru sahaja pergi kerja selepas selesai solat zohor  dan berehat di rumah sebentar tadi. Kau tahu sahajalah, emak dan ayah aku kerja kerajaan. Lagi pula, adik aku seorang sahaja di rumah ini.. bahaya pulak kalau aku tinggal dia sorang-sorang . ‘Terang Shahrizal Firdaus panjang lebar’.


Ok aku dah faham, memang bahaya lagi pula adik kau itu perempuan. Kau tak perlu lah cakap terlalu formal dengan aku.. macam tak biasa aje. Sebentar ye, ada sesuatu yang aku keliru ni!


‘ Danial Haris membuat Sharizal Firdaus pelik’


Apa yang kau keliru ? ‘Soal Shahrizal Firdaus’


Kau lah! Sampai bila aku nak duduk kat depan pintu ni wahai En. Ketua Pengawas? Aku penatlah, tidak mengapalah kalau engkau tidak benarkan aku masuk! ‘Danial Haris merajuk sambil membuat muka yang sangat comel’


Haha, maaflah aku lupa pulak! Masuk lah buat macam rumah sendiri.. kau tak payanh susah-susah nak buatt muka comel macam tu, aku bagi makan selipar aku kang.. ‘gurau Shahrizal Firdaus’ adik aku ada dalm bilik tak tahu pula apa yang dia tengah buat. Kita study kat bilik aku sahaja lah ye? Kau duduk sini , aku nak buat air kejap “Kata Shahrizal Firdaus kepada Danial Haris’


Eh, bro tak payah susah-susah aku tak kesahlah. Tapi kalau kau bertegas nak buat juga.. buat air tu sedap-sedap sikit tau! Hehe.. aku gurau je lah.. jangan ambil hati ! air masak pun dah cukup dah. ‘Kata Danial Haris’


Haha, aku dah tau perangai kau macam mana lah! Kau tetamu aku.. so aku kena lah layan kau baik-baik ye.. ‘ Bicara Shahrizal Firdaus’


Terima kasih lah sahabat ku! ucapan yang tulus ikhlas dari lubuk hati aku yang paling dalam kepada kau tau tak! Haha, ‘gurau Danial Haris’


Ada-ada saja lah kau ni ‘kata Shahrizal Firdaus yang tidak pernah bosan melayan karenah seorang sahabatnya yang ceria itu’.


Beberapa jam mereka belajar sehingga tidak perasan jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.


Aku balik dulu ye, terima kasih atas pertolongan kau dan kawan-kawan tu untuk menghiaskan bilik Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) . Perancangan sudah dibuat dengan baik. Oh, lupa pula aku nak beritahu kau! Adik aku baru sahaja pindah dekat sekolah kita … Adik kau sama umur dengan adik aku kan? Tidak silap akulah, adik aku sama kelas dengan adik kau. Harap mereka dapat berkawan dan saling berkenalan. ‘kata Danial Haris dengan penuh ketekunan’


Pasal itu, jangan risau lah.. adik aku ada cerita tadi pasal adik kau. Aku belum pernah melihat adik kau itu walaupun kita berkawan sudah lama. Daripada cerita adik aku itu, dengarnya adik kau seorang yang comel sama macam abangnya juga yang kacak!  ‘kata Sharizal Firdaus’


Haha.. ada-ada sahajalah kau ini.. aku tumbuk muka kau tak pasal-pasal koma seminggu nanti.. kalau puji orang melebih.. orang yang cakap itu ape kurangnya.. tampan, segak dan bergaya! Ketua pengawas lagI! ‘Gurau Danial Haris’ aku balik dulu ea. Aku nak singgah ke kedai jap nak beli coklah untuk adik aku. Walaupun dia tu tingkatan 1 tapi macam budak umur 1 tahun tau. Suka sangat dengan coklat Cadbury. Assalamualaikum!


Ok, hati-hati ye! Biasalah tu kalau perempuan suka coklat! Waalaikummusalam!

                                               **********

-      Bersambung -

Tuesday, November 26, 2013

Exam Cinta

          Assalamualaikum.. Saya nak share kan beberapa soalan untuk kekasih anda.. Hehe.. Okayy, kalau anda betul-betul sayangkan dia hantarlah soalan ni kat dia tau !

Cara nak jawab ni senang je.. Copy semua soalan ni dan paste.. isikan jawapan anda di ruangan yang disediakan " - "

Exam Cinta ...

1) Siapa kekasih awak?
-
2) Bila awak terpikat padanya ?
-
3) Kenapa dia jadi pilihan hati awak ?
-
4) Apa minat kekasih awak?
-
5) Bagaimana awak pujuk dia?
-
6) Di mata awak dia ibarat apa?
-
7) Di hati awak dia yang ke berapa?
-
8) Apa benda paling teruk awak buat dekat dia?
-
9) Apa benda paling istimewa awak buat dekat dia?
-
10) 15 tahun lagi dia akan jadi apa dalam hidup awak?
-

Tolong jawab kalau masih sayang pasangan anda .. 
Jangan tipu Allah tahu..

P/S : Kalau kekasih anda taknak jawab dan bagi seribu alasan pasti ada sesuatu yang berubah.. hehe.. Jangan jadikan soalan ni pulak alasan korang putus ea! :)

#Selamat Mencuba




Monday, November 25, 2013

(Novelku) Bab 1 : Kehidupan di Sekolah Baru !

P/S : Cerita ni hasil drpd sya sndiri.. x tiru kt mane2 pun.. ejaan dan tnda baca banyak yang slah.. just buat untuk suka2 harap korang terhibur membca cerita ini k.. kalau ade nk comment ape2 x kesah.. tapi jgn menghina.. semua manusia x perfect .. ^_^



“Hurmm!! Nampaknya aku dah kene bangun lah nie.’bermula lah kisah baru hidup aku di  sekolah baharu. Entah ape pulak lah yang akan berlaku.

“Tasya, bangun! Cepatlah siap! Hari ini kan hari pertama Tasya pindah skolah baru.

Aduh! Ibu dah suruh bangun lah pulak, baru ingat nak sambung tidur. Tapi macam mana pun kena lah bangun. Ergghh!! Bisik  hati Tasya..

Hmm nampaknya.. hari ini aku kena masuk skolah baru? Harap-haraplah budak-budak kat situ ok je.. huhu. Takdelah aku risau sangat kalau macam itu. Lagi pula abang aku senior di sekolah tu. Yess!!

‘ Tasya! Buat ape lagi tu, cepatlah turun sarapan. Tengok abang awak tu dah bangun dari tadi lagi. Ish, ada anak dara sorang ni susah betul nak bangun pagi, mungkin sebab itulah tak tahan duduk asrama. Huh! .’

‘ Ya mak, Tasya tengah bersiap ni! Eleh, abang tak sabar nak pergi sekolah mesti ada kekasih hati yang sedang menunggu. Budak popular kat sekolah! Mesti ramai girlfriend  ni. Tak sabar nak tau ape aktiviti abang kat sekolah .’ “ Bisik hati kecilnya lagi”



****

‘Yeayyy! Dah sampai sekolah lah. Abang nanti kat sekolah jangan lupa orang tau, kesian nanti Tasya sorang-sorang. Tasya mana kenal lagi budak-budak kt sini.’

‘ ish budak nie, manja dari dulu sampai sekarang. Bile lah nak besar? Dah elok-elok sekolah berasrama penuh tak nak duduk asrama. Oi , cik adik ! awak tu dah tingkatan 2 tau. Tapi perangai mengalahkan budak tadika je.’Susah dapat adik yang manja macam ni. “smbil mengenyitkan mata kepada adiknya”

‘abang ni dari dulu hingga sekarang same je, asyik nak bebel. Mengalahkan ibulah abang nie’ bisik hati kecilnya. Tapi bebel dia pun sempat lagi kenyit mata. Ini lah sebabnya Tasya sayang sangat-sangat kat abang ni. Sentiasa control macho je…

Abang Tasya antara golongan yg terkenal di sekolah kerana abangnya sangat aktif dalam permainan bola keranjang di sekolah itu. Nama Danial Haris sentiasa disebut-sebut dalam kalangan pelajar perempuan. Danial Haris bukan sahaja aktif dalam bidang sukan malah menjadi pelajar harapan di dalam kelas. Sekaligus Menjadi murid kesayangan semua guru di sekolahnya.

‘Abang hantar sampai depan kelas je tau, lepastu pandai-pandailah uruskan  diri sendiri ea. Macam tak pernah duduk asrama pulak’ “sambil tersengih” Jangan lupa rehat nanti kalau tak kenal siapa-siapa lagi jangan merayau pulak kat kawasan skolah. Nanti sesat pulak. Bila dah sesat mula lah nangis itu yang susah abang nak pujuk ’ “gurau abangnya”.

‘Abang perli Tasya ke? Eh, orang tau lah. Ala sesat dekat sekolah ni nanti pandai-pandailah adik sebut nama Danial Haris mesti ramai yang nak tolong nanti. Haha sambil memandang wajahnya abangnya yang sedang menjengilkan mata kepadanya.

‘Eh, pandai pulak ea? Masa duduk asrama dulu tak nakal macam ini pun? Tentu seronok lah tu dapat pindah sekolah ea? Haha, adik ingat tau abang sibuk sikit tahun ni.. Abg kan nak dekat exam lagi-lagi sukan tahunan nak dekat. Abang kena berlatih dan lebih banyak tumpukan perhatian dalam kelas. Adik cuba cari kawan rapat dekat sekolah ini tau, Kalau ada apa-apa tak de lah menyusahkan abang.’ Kata Danial Haris kepada adiknya.

Ok abg! Terima kasih banyak-banyak sebab ambil berat tentang adik. Adik pun tak delah kejam sangat sampai nak kacau abang masa sesi pembelajaran nanti. Abang jangan risau tau, sekali-sekala abang kena percaya dekat adik abang yang comel ni! ‘Kata Tasya kepada abangnya’.

Haha, apa-apa aje lah adikku. Macam lah abang baru kenal adik 2 minit. Oklah gi masuk kelas ea.. jangan nakal-nakal dan yang paling penting jangan hari pertama sekolah dah nak cari Teman lelaki pulak. Kalau abang dapat tahu siap adik abang kerjakan tau!! Sambil membulatkan mata kepada adiknya.

Abang ! susah sangat ke abang nak percayakan adik abang yang satu-satunya ni? Adik tahu lah tu. Abang pergi lah masuk kelas. Adik boleh uruskan hal ini sendiri. Bye Abang Danial Haris! Hehe.. sambil senyum kepada abangnya yang sedang memerhatikan kelakuan adiknya yang comel itu.

Bukan tak percaya tapi tak yakin je sambil mencubit pipi adiknya yang agak tembam itu. Ok jaga diri adikku yang tersayang. Bye Tasya yang manja!! Sambil mengenyit mata ke arah adiknya dan berlalu pergi.

Abang! Adik rindu! Tetapi hanya berbisik di dalam hatinya.. hehe. Eh jap, ini ke kelas aku ni? Hah, betullah ni. Aduhh!! Aku ni kuat sangat berangan sampai kelas sendiri pun aku dah lupa.

Aku pun memberi salam dan bertemu guru kelas. Guru kelas menyuruhku untuk memperkenalkn diri. Benda ini lah yang aku paling lemah ni.Bisik kecil hatinya. Memperkenalkan diri ke cikgu? Eh, tak pelah nanti diorg pun akan kenal saya jugak. Sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

Cikgu yang lemah lembut dan tinggi lampai yang bernama Cikgu Syuhada. Namanya seindah wajahnya yang suci dan baik hati. Cikgu Syuhada pun berkata eh, yg tu lain lah. Kenalkan lah diri supaya pelajar lain x kekok nanti nak kwn dengan awak sambil tersenyum sehingga terlihat giginya yang putih berseri..

Baiklah lah cikgu.. Nama saya Tasya Adiliana Binti Zulkamal.. setelah beberapa minit memperkenalkan diri. Tasya pun duduk ke tempat yang ditunjukkan oleh guru kelasnya.. alamak ! aku duduk belakang skali ke ni? Susah lah kalau macam nie.. erk aku seorang pula tu. Tidak mengapalah, niat aku nak belajar je. Amin! Harap Allah merestui niat ku ini..

                                                                                ***

Hai Tasya, salah seorang budak di dalam kelas itu memperkenalkan dirinya kepada Tasya. Nampaknya dia seorang yang begitu mesra.. bisik hati kecil Tasya.

Sya teman awk rehat ea di kantin? kita rehat bersama ea, risau awak sesat sahaja nanti.. al-maklumlah sekolah ni besar juga budak baru yang pindah ke sini sudah pasti tidak akan jumpa kantin di bahagian mana. Hehe  kata Afrina sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya yang sangat dalam di pipi bahagian pipi kirinya.

Baiklah, terima kasih banyak-banyak. Saya pun masih belum tahu selok belok tentang sekolah ini. Kamu seorang yang sangat peramah.. hehe. Kata Tasya..

Maaflah jika saya bertanya, bukan mahu menyibuk.. pagi tadi di depan kelas kamu itu abang kamu ye? Saya lihat awak begitu rapat dengannya. Tidak silap saya bukankah dia senior tingkatan 4 dan atlet harapan di sekolah ini?

Oww.. dia abang sulung saya.. kami hanya dua-beradik sahaja. Betullah kata kamu itu. “Nampaknya abang aku ni memang popular di skolah ini. Hampir semua orang mengenalinya” bisik hati kecil Tasya.

Dia seorang yang sangat kacakkan? Saya sangat mengaguminya, kata Afrina kepada Tasya.

Tidaklah begitu kacak sebenarnya.. hehe.. ‘kata Tasya’

Tasya mudah rapat dengan Afrina kerana mereka mempunyai banyak persamaan..

Oww ea.. tidak lupa juga, sebenarnye abang saya kawan rapat kepada abang awak jadi tidak mustahil kita boleh rapat seperti abang-abang kita juga.. Kata Afrina sambil duduk di sebelah Tasya..

Awak juga mempunyai seorang abang? Kalau begitu Kita sama lah ea..  Siapakah nama abg awak? Soal Tasya..

Nama abang saya Shahrizal Firdaus.. memegang jawatan sebagai Pengawas Sekolah . sekaligus ketua pengawas di sekolah ini.. Kata Afrina kepada Tasya.

Rupenye begitu, memang sangat kebetulan kan mereka kawan baik dan kita juga nampaknya begitu.. kata Tasya pula.

Mereka berborak hingga tidak perasan waktu rehat sudah hampir tamat.

Ayuh kita masuk ke kelas.. kata Tasya kepada Afrina

Baiklah Jom,, tidak pasal2 pula kena denda nanti akibat masuk kelas lambat 5 minit.. hehe.. kata Afrina



                                                                                ****

“Oit, cik abang kacak, segak dan bergaya” Tegur Danial Haris sambil mencubit manja bahu sahabatnya itu.

Aduhai, eh siapa pula yang kenal kau ni? Datang tidak memberi salam terus cubit bahu aku.. sakit tahu tak! Marah Shahrizal Firdaus dan terus menoleh kepada kawannya itu.

Ala bro, lek lu aku gurau je lah.. ish dia ni sekarang makin sensitif pula sejak bila kau tukar jantina ni bro? oklah Ustaz Shahrizal Firdaus , Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.. 

Haha , macam ni lah kawan yang aku kenal. Waalaikummusalam warahmatullah hiwabarakatuh . Eh, kau sudah siapkan tugasan yang Cikgu Syuhada bagi dekat kau tu ? tu amanah dan tanggungjawab yang besar Cikgu Dira bagi dekat kau. Kata Shahrizal Firdaus dengan panjang lebar.

Oww buat masa sekarang aku masih berfikir bagaimana cara untuk menghiaskan Bilik Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ) bagi pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2. Aku sudah memberitahu Cikgu Dira untuk meminta bantuan kau dan pengawas sekolah yang lain suapaya menolong aku menghiaskan bilik itu. Amacam kau sekarang, sudi tak nak tlong aku? Berat bro tanggungjawab ni kalau aku nak pikul sorang. Keluh Danial Haris.

Buat masa sekarang aku tak de lah terlalu sibuk menguruskan hal-hal lain. Oklah senang citer aku cakap aku dan budak-budak lain sudi menolong kau. Kita kan kawan dah lama tak kan aku tidak menolong kau pula, betul tak? Haha.. gelak Shahrizal Firdaus.

Terima kasih bro aku sayang kau sangat-sangat.. eh, tapi jangan fikir benda lain pulak sayang sebagai kawan sahaja ea.. lebih- lebih ? NOT MY TASTE! Haha.. gurau Danial Haris.

Amboi, aku pun tak hingin lah .. sambil menumbuk bahu Danial Haris. Kalau aku layan kau ni sampai esok pun tak abis. Aku nak jumpa Cikgu Hisham sekejap nak bertanyakan tentang Sambutan Hari Guru . kau tahu sahaja lah setiap tahun semua urusan pada Hari Guru diamanahkan dan dipertanggungjawabkan oleh semua pengawas sekolah. Lagipun Hari Guru disambut untuk mengenang jasa guru-guru kita. Oleh itu, semua pengawas sekolah haruslah memegang amanah itu dengan baik agar semua aktiviti yang diadakan pada hari guru berjalan dengan lancar dan sempurna. Terang Shahrizal Firdaus lagi.

Eh, kau ni cakap punya lah panjang lebar.. sekejap lagi ada kelas Math , kau masuk lambat nanti tidak tahulah hukuman apa yang kamu kena nanti. Hehe ‘Kata Danial Haris”

Oklah bro, jumpa kat dalam kelas nanti ! Assalamualaikum..

Waalaikummusalam,”jawab Danial Haris” sambil menumbuk bahu Shahrizal Firdaus tadi dengan perlahan.

                                            #BeRsAmBuNg#
= Tulisan dibesarkan sebab kalau NORMAL terlalu kecik smpai ssh nk baca ^^

Change the Mindset


                                         Assalamualaikum..

                Okayy.. Sekarang ni musim cuti sekolah.. YEAYYYYY!! tapi satu benda yang tak best sebab cuti sekolah ni bermaksud makin bertambah lah kerje kita kat dapur tu.. Lumrah perempuan.. :) Setinggi mana pun pelajaran dan kejayaan seseorang perempuan tu.. Akhirnya tempat diorang kat dapur jugak.. tapi tolonglah buang pemikiran kolot yang kata kerja dapur tu hanya umtuk orang perempuan.. Hmm, kan lagi bagus kalau sama-sama saling membantu buat kerja dapur.. Contohnya, masak, basuh pinggan semua tu.. Bukan nak kata perempuan malas.. Kerja akan lebih mudah kalau kita buat sama-sama.. Allah pun sayang.. ^_^

             Bila fikir-fikir balik betul lah cakap kawan Ainna.. Biasanya kalau tengok movie atau  drama.. Remaja bermasalah berpunca daripada keluarga.. tapi bagi kita sebagai manusia biasa ni.. Kadang-kadang masalah tu ada juga berpunca dari sekolah.. mungkin masalah pelajaran? atau kawan-kawan? bergaduh dan salah faham.. Itu yang akan menyebabkan kita bawa stress kita pulang ke rumah.. mula lah memberontak, menangis dan marah-marah tak tentu pasal..

           Siapa nak kalau hidup takda kawan? Okayy, kadang-kadang bile ada masalah tu.. terapkan je dalam hati.. Saya datang sekolah nak belajar, tak kesah lah apa pun masalah yang datang.. I CAN DO IT!

            Biar lah orang nak mengata  atau burukkan kita.. Kita nak nampak baik disisi manusia atau Allah? Nak puaskan hati manusia sampai bila-bila kita takkan mampu.. Nak tanya sikit.. Dia perfect sangat ke? Takde buat salah? Tak pernah ada silap? Mungkin? Hehe.. biar lah..

#HanyaMampuTabahDanKuat.. #Assalamualaikum..

Wednesday, November 13, 2013

Ayat Pasrah



            Assalamualaikum.. Ayat-ayat  di bawah ini ditujukan khas kepada sesiapa yang baru sahaja putus cinta.. Hope u guys terhibur? Erm, terhibur ke sedih? Hehe.. Okayy, dah boleh start membaca ayat-ayat di bawah ni..



      Awak! Awak ingat tak mase kita kenal dulu? Takpelah saya tahu awak taknak ingat kan pasal kita? Hati saya hancur kerana awqk! Saya selalu dengar orang kata yang CINTA ITU INDAH.. Kadang-kadang saya iri hati tengok orang lain bercinta semuanya bahagia..

Kadang-kadang saya terfikir kenapa hubungan kita tak macam orang lain eh? Mungkin diawal hubungan kita semunya nampak okey, semuanya nampak sempurna… Dan awak dah berjanji akan sayang saya sampai bila-bila.. Saya rasa bahagia sangat bila awak dah janji macam tu… saya yakin awak pun sayangkan saya juga.. tapi kenape akhir-akhir ni awak brubah? Awak tak lagi macam dulu.. saya tak kenal awak.. Kadangkala saya ada ingatkan awak tentang janji-janji yang pernah awak janji dulu.. Bila saya ingat janji-janji awak tu semua takda makusd apa-apa  langsung.. Hati saya SAKIT SANGAT.. terlalu sakit.. terlalu perit… Saya tau mungkin awak anggap saya lemah sebab terlalu percayakan janji-janji manis awak tu!! AWAK JAHAT!  Segala kenangan kita akan saya kuburkan dalam-dalam .. Saya taknak ingat semuanya tentang awak!



          Sejujurnya Saya Sangat Sayangkan awak.. Awak.. saya tak pernah sedar bila saya mula menyayangi awak.. Perasaan tu wujud tanpa saya sedari.. Saya jadi rindu nak tengok senyuman Awak.. Nak dengar suara awak.. Awak.. salah saya ke sebab mencintai awak? Saya dah cuba untuk hindari perasaan ini.. tapi makin saya hindari.. makin ia bercambah.. Dulu.. awak selalu ada di sisi saya.. awak selalu nasihatkan saya bila saya tersungkur..




Awk kena faham.. kenapa saya cemburu bila tgk awk dengan org lain.. sebab saya sayangkan awak.. Cemburu kan tandanya sayang?

Awk kena faham.. kenapa saya suka merajuk.. sebab saya nakkan perhatian dari awak..

Awak kena faham kenapa saya selalu mesej awak.. sebab masa tu saya terlalu rindukan awak..

Awak kena faham.. kenapa kadang2 saye marahkan awak.. sebab saya nak yang terbaik untuk awk..

Awak kena faham.. kenapa saya rahsiakan sesuatu dari awak.. sebab saya taknak awak risau..

Awak kena faham.. kenapa saya menangis.. sebab awak dah buat saya tersenyum..







Semakin bayangmu pudar.. semakin terseksa tanpaku rela..

Gugur semangatku mengharung dunia..

Mengapa harus kau mengalah pada dugaan kau menyerah..

Sedaya upaya ku tak nak gelisah namun tanpamu aku rebah..

Katakanku masih di hati.. walau helah tidak ku peduli..

Asalkn lena tidak dikejuti.. kerna ku masih bermimpi lagi..



Mungkinkah kau dah berubah.. tidak seperti dulu..

Mungkin dunia serba indah tanpa diriku..

Katakanlah kekuranganku agar ku sempurna menghiasi hidupmu..
kesepian hidupku tanpa belaianmu.. 




Sekian..Assalamualaikum..


Sunday, November 3, 2013

Luahan Hatiku



Assalamualaikum
Dalam hidup ni tiada yang sempurna.. ehh.. memang gila lah kalau dia mengaku die #Perfect..
Kadang-kadang.. bila kita tahu dia salah.. Jangan marah dia atau terus hina dia.. Please lah! korang takkan tak pernah melakukan kesilapan.. betul tak? Sebelum nasihat jaga hati dia jugak eh.. risau-risau klau nasihat anda menyakitkan hati kawan anda sendiri.. dah elok-elok brkawan lama tiba-tiba bergaduh atas sebab yang tak munasabah langsung.. Bagi Ainna, tegur tak salah.. tapi jaga aib kawan kita.. tegur tu janganlah depan semua kawan-kawan.. 

Bila kita fikir balik... mesti kita pernah rasa yang hidup kita ni asyik derita je.. banyak sangat 
dugaan dalam hidup kita.. korang pernah terfikir tak? Orang lain berjuta kali ganda lebih susah dari anda.. mereka tidak pernah mengalah dan tak pernah berhenti untuk menyerah kepada ilahi.. so bila korang tahu korang salah.. please sangat-sangat fikir balik ape kesalahan anda dan cuba perbaiki, okay ? :) 

Dalam hidup kita jugak.. pasti ade orang yang suka mengumpat dan dengki dengan diri kita.. 
Ainna sentiasa rasa begitu.. sentiasa dipinggirkan.. kadang-kadang bila kita baik.. ada je orang yang mengambil kesempatan atas kebaikan kita.. mengapakah begitu? tidak kurangnya juga dengan orang yang suka memburukkan nama kita die belakang kita.. lagi teruk lagi bila yang buat sebegitu ialah kawan baik kita sendiri so berhati-hati lah ye!! bak kata dalam cerita Apa Celop Toqq! nak kawan dengan orang yang macam tu kene ikut resmi LEMANG.. ' Bila dengan dekat dengan Bara Lemang Hangus , Bila letak jauh dari Bara Lemang MENTAH! so fikir -fikirkanlah !


      Kenapa orang yang selalu kita sayang.. tak pernah kekal lama dalam hidup kita ea? Ainna selalu kehilangan kawan baik Ainna sendiri.. Sehingga kan hidup ni terasa macam tak bermakna sangat-sangat.. Kesedihan dan kegembiraan tak dapat diceritakan dan diluahkan kepada orang yang tersayang.. Parents kita kadang-kadang busy dan takde masa nak dengar segala luahan kita kan?  kita sebagai anak janganlah menambahkan beban lagi kepada ibu bapa yang telah seharian penat bekerja mencari rezeki.. kita kena sentiasa menolong dan menggembirakan mereka.. INGAT TU! hehe..

Bahagia bukan bergantung kepada betapa lama kita kenal dia.. Tapi kepercayaan kita dekat dia.. :) Assalamualaikum..



Wednesday, October 30, 2013

1001 Cerita


Assalamualaikum.. Haiiii!!! 
                 Just nk share untuk perkongsian... Hidup kita ni umpama roda  yang tak pernah berhenti berputar.. kadang-kadang kita kat bawah dan kadang-kadang kita kat atas kan? Perumpaan tu selalu kite dengar.. 
                 
                 Hidup ini sama juga macam novel.. pelbagai kisah suka dan duka.. Ada masa ending dia happy tetapi ada jugak novel yang ending die tak happy? tapi kebanyakannya happy ending.. lagipun.. mana ada orang yang nak baca kisah yang akhirnya derita.. kann??

               Okay.. kembali kepada tajuk asal ea.. saya di sini bukan nak bagi ceramah ke ape ke.. hehe.. just perkongsian hidup .. Harap yang membaca tu happy je tauu.. Biasalah hidup ada masa pasang surutnya.. Tadi ada sesuatu yang berlaku dan tak dapat dijangka.. Kitaorang dalam minggu exam so memang tak belajar lah kan..
              Kitaorang pun lepak kat library.. ada sorang kawan Ainna ni lelaki.. tengah happy borak-borak.. tiba-tiba dia bagi ceramah.. " Ainna bercinta atas dasar nafsu atau hati? Allah menurunkan cinta atas nafsu hanya kepada binatang sahaja.. kalau nk borak-borak je boleh.. tapi jangan dekat-dekat.. cubit-cubit.. orang pandang negatif.. "

            Ainna pun macam terpaku kejap.. Terima kasih nasihatkan.. Terima kasih..  Memang hari ni tak dapat dilupakan lah.. satu hari yang pelbagai cerita.. Exam macam mana? aduyai.. hmm.. 

Doakan Ainna cemerlang dalam PBS ye? Aamiinnn..

       Nanti kalau ade masa.. Ainna akan sharekan lagi cerita-cerita yang boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua... Happy selalu tau.. jangan sedih-sedih..hehe..  Assalamualaikum..