#Buat ni just utk suka2.. :) sekali lgi.. mmg byk salah tanda baca dan ayat2.. sebab sy bukan penulis novel! :) #Enjoys :D
Assalamualaikum
ibu, Danial dah balik ni.. Danial Haris masuk ke rumah dengan langkah kanan dan
mencari ibunya di dapur.
Waalaikummusalam
Danial, pergi tengok adik kamu buat ape di biliknya? Ajak dia makan ye! Ayah kamu
baru sahaja mandi.. selesai sahaja ayah kamu mandi, kita sekeluarga makan
petang.. ‘Jawab Puan Aifa’
Baiklah
ibu, saya mandi dulu lah sebelum itu, lagi pula badan saya dah berbau ni.. hehe
‘kata Danial Haris kepada ibunya’
Selesai
sahaja daripada mandi dan solat asar, Danial Haris mengetuk pintu bilik adiknya
dan membuka pintu tersebut sebelum disuruh masuk.
Aduhai,adik
tidur pula.. lebih baik aku kejutkannya untuk solat asar dulu. ‘bisik hati
Danial Haris’
Adik!
Adik ! bangun–bangun dah nak maghrib ni.. nanti tertinggal pula solat asar..
‘Kejut Danial Haris dengan lemah lembut ’
Hurm!! Tasya menguap sambil menutup mulutnya dengan
tangan kiri.. dia terperanjat melihat abangnya berada di dalam biliknya.
Abang
, kenapa masuk bilik adik ni? Abang tak ketuk pintu dulu ke? ‘soal Tasya dan
lantas bangun dari katilnya’
Abang
dah ketuk tadi tapi tak dengar suara adik pun. Abang pun apa lagi buka saja lah
pintu tu. Adik bangun tau terus mandi.. dah solat asar belum ni? Kalau belum
pergi solat dulu.. selepas siap turun makan petang ye.. ayah dan ibu sudah
tunggu di bawah.. ‘kata Danial Haris kepada adiknya’
Adik
dah solat asar tadi, tertidur lepas belajar sekejap tadi.. mungkin penat sangat
kut dekat sekolah .. lagi pula kelas adik berada di tingkat 4. ‘keluh adiknya’
oklah terima kasih sebab abang kejutkan.. ‘Tasya Mengeluh penat’
Tasya mandi tau, abang turun dulu ye.. ‘Kata Danial Haris lalu keluar daripada bilik
adiknya dan menutup pintu bilik itu’.
********
Afrina,
kamu dah siap makan belum? Lepas ini kita solat Maghrib berjemaah tau.. ‘Arah
Shahrizal Firdaus kepada adiknya’
Dah
Abang Ral, sekejap lagi Afrina ke ruangan solat .. ‘bicara Afrina dengan lemah
lembut’
Selesai
sahaja solat Maghrib dan Isyak.. Mereka sekeluarga membuat hal masing-masing.. sementara
itu, Afrina dan Shahrizal Firdaus berborak di ruang tamu sambil menonton sebuah
drama.
Afrina
kenal kan dengan adik kepada kawan Abang Ral? Tidak silap Abang Ral nama
adiknya itu Tasya Ada macam tu lah namanya.. ‘soal Shahrizal Firdaus kepada adiknya’
Tasya
Adiliana lah Abang Ral! Hehe sambil ketawa melihat telatah abangnya yang
kebingungan. Sudah tentulah, Afrina ada menegurnya dan menemani dia pada waktu
rehat tadi. Kenapa Abang Ral tanya?
Tidak
ada apa-apalah, dia pelajar baru kan?
Jadilah kawan rapat dia ye, setahu Abang Ral dia pemalu sikit.. Risau
sahaja nanti dia dibuli.’Terang Shahrizal Firdaus kepada adiknya’
Oh,
Abang Ral jangan risau tau.. Afrina senang berkawan dengannya walaupun dia
seorang yang pemalu tapi budi bicaranya lemah lembut sekali.’kata Afrina’
Baguslah
kalau macam tu! Abang Ral berbangga dengan adik abang seorang ini, nanti kalau
ada apa-apa hal tentang pembelajaran jangan malu jumpa abang Ral tau.. di
skolah mahupun di rumah ye! ‘kata Shahrizal Firdaus’
Baiklah
abang Ral! Afrina beruntung dapat abang
sebaik Abang Ral.. ‘ senyum Afrina kepada abangnya’ lalu Afrina menyambung
menonton drama tersebut.
****
Selepas
solat maghrib dan Isyak bersama ibunya. Tasya duduk di dalam Bilik Baca yang
disediakan khas di rumah itu. Bilik itu disediakan untuk membaca dan mengulang
kaji pelajaran kerana bilik tu tidak didedahkan dengan bunyi-bunyi yang bising.
Manakala ayah dan abangnya solat berjemaah di masjid.
Tenangnya
duduk dekat bilik ini, dapat hilangkan tekanan . ‘bisik hati kecil Tasya dan
membaca sebuah majalah’
Tiba-tiba
sahaja Tasya melihat ada seseorang masuk ke dalam bilik itu.. Siapa pulak
itu?’soal Tasya’
Oit,
Assalamualaikum! Abang bagi salam tak jawab pun dari tadi ! ‘ gurau Danial
Haris kepada adiknya’
Abang
rupanya! Suka sangat buat orang terperanjat ! nasib baik adik tak ambil buku
ketuk kepala abang tadi! ‘Kata Tasya sambil tersenyum’
Haha
, abang saja nak masuk bilik ni nak tengok adik montel abang ini buat ape..
asyik sangat baca majalah itu sampai tak dengar abang ketuk pintu dan memberi
salam.. ‘kata Danial Haris sambil duduk di sebuah kerusi yang disediakan khas
untuk bilik itu’
Waalaikummusalam,
maaf ye adik tak perasan tadi.. abang! Adik tak montel lah! Adik comel macam
teddy bear! Cuba abang bayangkan, kalau teddy bear tu kurus kering macam abang!
Memang teddy bear tu takkan ade siapa beli sebab tak dapat jadikan bantal peluk
dan tak secomel adik ni! ‘Tasya membuatkan muka comelnya’
Adik
abang ini, pandai ye kalau bab menjawab nombor satu! Haha, sambil senyum ke
arah adiknya.. abang nak tanya sedikit ni.. adik kat sekolah tadi macam mana?
Ada orang buli tak? Abang risau saja takut ada senior-senior lain buli adik.
‘soal Danial Haris kepada adiknya’
Adik
ok sahaja lah abang. Abang tak perlulah risau sampai macam itu sekali.. adik
takkan kacau abang kat sekolah.. adik tahu abang sibuk.. ‘Terang Tasya’
Abang
hanya risaukan adik sahaja, jangan nakal-nakal di sekolah.. jangan
pandai-pandai nak belajar bercinta!
Abang tak nak! Nanti kalau putus cinta
nangis aje sepanjang masa ! buat masa sekarang fokus belajar, lepas habis
belajar baru abang carikan seseorang yang sesuai untuk adik! Haha ‘gurau Danial
Haris’
Aik,
abang dah jauh sangat ni! Ok abang, adik tak nak pun.. terima kasih abang
Danial! ‘ucapan terima kasih singgah di bibir Tasya untuk abangnya’
Kenapa
terima kasih dekat abang? Abang ada buat apa-apa ke? Oh, sebelum abang lupa!
Nah, coklat Cadbury ni.. abang belikan dua untuk adik kesayangan abang ini.
Jangan pula makan sampai habis terus kedua-dua coklat itu.. nanti makin tembam
susah pulak nak carikan saiz baju untuk raya tahun ini!! ‘sambil mengenyitkan
mata dan senyum kepada adiknya sehinggakan ternampak gigi Danial Haris yang
cantik tersusun’
Abang
ni! Adik ucap terima kasih dekat abang Danial sebab abang dah jadi seorang
abang yang sangat baik dan prihatin, adik happy sangat dapat abang macam ini!
Yang selalu manjakan abang dan suka buat abang tersenyum. Semua masalah adik
abang selalu ada untuk dengar dan memberi nasihat. Oh , terima kasih juga sebab
bagi coklat ni! Sayang abang! Sambil memeluk abangnya.’Kata Tasya dengan manja’
Sama-sama
kasih lah adik!! Kalau adik nak tahu, abang ambil berat pasal adik sebab abang
ada adik seorang aje.. kalau bukan ambik
berat pasal adik, abang nak ambil berat pasal siapa lagi? Betul tak? Lagipun
abang suka tengok adik gembira dan tak nangis-nangis macam dulu bila duduk kat
asrama tu. Abang tahu adik tidak boleh bepisah dengan ibu. Abang pun sayang
adik juga ‘Kata Danial Haris sambil mencubit pipi adiknya dengan lembut’.
Abang
masuk tidur dulu ye, nanti bangun lambat pula esok ! adik pun jangan tidur
lambat pula nanti susah nak bangun pagi. ‘Arah Danial Haris’
Adik
dah biasa lah abang.. lagi-lagi time duduk kat asrama dulu.. walaupun hanya
tiga bulan adik mampu bertahan tapi adik dah belajar banyak benda yang baharu.
Adik risau juga ibu dan ayah akan ungkit tentang adik pindah sekolah,, jujur
adik kata, adik tak suka ungkit pasal asrama itu balik. ‘keluh Tasya lagi’
Abang
tahu itu adik, adik kuat sebab dapat bertahan.. tiga bulan bukannya masa yang
sekejap juga.. adik lupakan semua tu dan belajar rajin-rajin tau.. buktikan
dekat ibu dan ayah yang adik boleh
berjaya lepas pindah sekolah baru ini. Lagi-lagi adik ada abang yang akan
selalu bantu dan membimbing adik tentang pelajaran. Abang tidur dulu ye!
Assalamualaikum! ‘Danial Haris keluar dari bilik itu lalu teru mengambil wudhuk
untuk tidur’
Waalaikummusalam
abang Danial! Terima Kasih Ya Allah, Engkau telah kurniakan seorang abang yang
sangat baik kepadaku. Harap ini semua akan berkekalan sampai bila-bila. Amin.
‘Doa Tasya di dalam hatinya’.
*******
Ala,
tudung ni buat hal pulak pagi-pagi ini. Nak lipat tudung ni jadi tak cantik
lak! Senget sana, senget sini ! ‘Tasya bercakap sendirian di depan cerminnya’
Adik,
cepat sikit turun sarapan! Ayah dah tunggu dah tu! ‘Danial Haris mengetuk pintu
bilik adiknya’
Sekejap
abang! Adik tengah bersiap ni.. abang sarapan lah dulu.. ‘kata Tasya’
Ok
, abang turun dulu.. ‘Danial Haris menuruni tangga dan duduk di atas kerusi
yang disediakan di meja makan itu’
Mana
adik kamu? Soal Puan Aifa..
Tengah
bersiap lah itu ibu, perempuan kan.. kalau siap awal macam Danial ni dah bukan
perempuan pulak adik Danial seorang tu.. ‘Gurau Danial Haris’
Kamu
ini ada-ada sahaja.. kenapa hari ini pergi sekolah nak bawa motor? Adik kamu
kan dah sama sekolah dengan kamu.. pergi sekolah dengan ayah sahajalah..’Puan
Aifa menyoal anaknya’
Hari
ini Cikgu Aziz ada buat tuisyen untuk budak-budak yang ambil aliran Sains
Tulen.. kesian pula ayah nanti nak ulang-alik ambil Danial lepas ambil Tasya
pulang dari sekolah. Sebenarnya ibu, Danial tak berapa suka bawak motor ke sekolah. Maklumlah pagi-pagi
banyak kereta, kadang-kadang sampai berlaku kesesakan lalu lintas. ‘Terang Danial
Haris panjang lebar kepada ibunya’
Oh,
kalau begitu bawa motor tu hati-hati.. jangan laju-laju yang paling penting
pakai topi keledar tu.. ibu tak nak Danial terlibat dengan budak-budak motor
yang lain. Nanti nak duduk di rumah pun
susah asyik merayap sahaja. ‘Nasihat tegas Puan Aifa kepada anaknya’
Baiklah
ibu, Danial akan berusaha mematuhi segala nasihat ibu.. ‘Jawab Danial Haris’
Abang
ada tuisyen? Ala, tak dapat balik dengan abang !! ‘bisik hati kecil Tasya yang
baru sahaja sampai di meja makan dan terdengar perbualan abang dan ibunya’
Ibu,
saya pergi dulu ye.. ‘Danial Haris bersalaman dengan ibu dan ayahnya sebelum
berangkat ke sekolah’ Assalamualaikum..
Waalaikummusalam…
mereka menyambut salam Danial Haris.
Adik
, cepat sikit makan tu, ayah kena pergi kerja cepat hari ini.. ‘arah En. Zulkamal’
Baiklah
ayah.. ibu, adik pergi dulu ye.. sambil bersalaman dengan ibunya.
Belajar
rajin-rajin tau! Jadi insan yang berguna di kemudian hari! Puan Aifa memeluk
anaknya dan mencium ubun-ubun Tasya dengan penuh lemah lembut’ itulah tugas
hariannya sebelum anak-anaknya berangkat ke sekolah.
Adik
akan berusaha sehabis baik ye ibu, assalamualaikum..
Waalaikummusalam,
jawab Puan Aifa dengan suara yang perlahan.
Keadaan
di rumah itu mula sunyi tanpa ada suara anak-anaknya.
***
Perhimpunan
harian diadakan di Dataran Gemilang. Beberapa orang guru memberi ucapan di atas
pentas.
Hai,
awak pelajar baru ke? Tinggal di mana? Beberapa soalan bertubi-tubi ditanyakan
kepada Tasya. Pelajar dari kelas lain tidak sombong malah lebih peramah
daripada sangkaan Tasya.
Alhamdulilah
, diorang ok aje dengan aku.. ‘bisik hati kecil Tasya’
Selepas
bersurai sahaja perhimpunan harian, pengawas sekolah diarahkan agar memastikan
semua pelajar memakai pakaian sekolah yang telah ditetapkan.
Bestlah
belajar hari ini, cikgu-cikgu semuanya sporting . kalau hari-hari macam ni
seronok belajar.
Hai
Tasya, lepas ini mata pelajaran Matematik, cikgu Rosnani cuti bersalin.. nanti
Cikgu Katrina ganti selepas rehat, kita diarahkan berkumpul di bilik Ekonomi
Rumah Tangga (ERT). ‘Kata Afrina kepada Tasya’
Terima
kasih atas maklumat itu, senyuman yang ikhlas diberikan kepada Afrina.
Sama-sama
kasih, hehe ‘Afrina membalas senyuman Tasya ‘
Mereka
menyambung sesi pembelajaran selepas Cikgu Faizul masuk ke kelas itu.
|
BeRsAmBuNg |
No comments:
Post a Comment