Assalamualaikum.. Selamat Datang ke Blog Duniaku Si Merah Jambu ! ʕ•ᴥ•ʔ Jangan lupa follow blog ni, okay ? ✿◕ ‿ ◕✿ Saranghae ❤ ❤ ❤ Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving ❤ ❤ ❤

Monday, December 30, 2013

(Novelku) Bab 4 : Kehidupan di Sekolah Baru !

Assalamualaikum! Cuti sekolah dah nak abis kan! LALALALA!!
ok2 kita dah xde mood dah nak tulis citer ni.. so ni last story kot.. pasni dh xde dah sambungannya..
kan dari awal dah kata.. Untuk suka2.. Haha, lagipun blog ni xde pembaca pun sebnarnye..
#Opss.. k pape je.. -_-'



Hari ini ada tuisyen lah, kesian pulak adik aku tu balik sorang.’keluh Danial Haris’

Kau tak perlu risau lah! Adik aku ada teman dia ! tiba- tiba sahaja Shahrizal Firdaus datang daripada belakang dan memegang bahu Danial Haris’


Haha, kau ini muncul dari mana ha? Kau pakai ilmu apa? Nasib baik aku tak hempuk kau dengan buku ini, tidak pasal gigi bertaburan di lantai itu nanti tau! ‘Danial Haris mula membuat muka terperanjatnya dan memegang dadanya untuk bersabar’


Aku terdengar kau cakap seorang diri, risau sahaja kawan aku ini demam ke sakit mental ke? Mana tak risaunya ! ‘gurau Shahrizal Firdaus’


Sahabat aku seorang ini dah pandai bergurau kan!! Ini semua hasil pertolongan aku ini! Kau perlu berterima kasih kepada aku, haha! Aku gurau je lah, kau pun ambil aliran sama dengan aku , kau balik naik apa nanti? ‘soal Danial Haris kepada Shahrizal Firdaus’


Aku bawa motor pagi tadi, itu lah kau! Kawan baik sendiri pun tak perasan kat belakang! ‘kata Shahrizal Firdaus’

Maaflah, aku nak cepat sangat naik kelas tadi, tidak tahu pula kau ada di belakang aku, sorry lah bro! jangan touching sangat ! haha, ‘Gurau Danial Haris lagi’


Tak ada maknanya lah aku nak touching! Aku tumbuk muka kau nanti baru tau! Nanti lepas rehat teman aku jumpa Cikgu Nurul tau, saja nak ajak kau teman ! ‘kata Shahrizal Firdaus’


Oww, bereh aje bro! haha.. ‘Kata Danial Haris kepada Shahrizal Firdaus’


***

Waktu rehat, sudah tamat.. pelajar 2 RKS diarahkan untuk berkumpul di tempat yang diarahkan pada waktu guru ganti tersebut.


Afrina ! sekolah ni best jugak kan! Hehe, ‘kata Tasya kepada Afrina’


Haruslah! Banyak lagi yang awak tak tahu tentang sekolah ini! Nanti saya tunjuk dekat awak ye keistimewaan sekolah ini! ‘kata Afrina kepada Tasya’


Terima kasih banyak-banyak lah Afrina, susahkan awak sahaja..’kata Tasya’


Hal kecil sahaja tu, awak tak perlu lah rasa bersalah pulak ! ‘Kata Afrina lagi’


Tiba-tiba pelajar-pelajar 4 Ekonomi datang ke bilik Cikgu Katrina dan menolong Cikgu Katrina mengangkat barang-barang. Tasya asyik memandang seorang abang yang sangat kacak, putih dan badannya agak sedikit berisi serta tegap.


Ello –ello Tasya? Awak pandang apa tu? Ha! tengok abang itu ye? ‘Soal Afrina kepada Tasya’


A’ah, comelnya dia! Jantung saya tiba-tiba bergerak laju ni.. seumur hidup saya jantung saya tak pernah pulak macam ini selepas tengok budak lelaki. ‘Kata Tasya’


Oh, itu Abang Ashrid ! dia pengawas sekolah di sekolah ini.. awak jangan macam tu pulak, sebab dia senior kita tau dan dia jugak di kira ramai peminat di sekolah ini. Saya risau awak akan terluka je nanti, lagi pula dia sebaya dengan abang-abang kita sama kelas lagi. Bahaya lah awak.. ‘Nasihat Afrina’


Mungkin ini hanya mainan perasaan aje la awak, hehe ‘ Kata Tasya’ tapi entah lah kenapa saya rasa dah jatuh hati dekat awk! Cuma saya risau kalau awak dah berpunya ! eh, aku cakap apa ni dia tu sebaya dengan abang aku! Tak boleh - tak boleh ! ‘bisik hati kecil Tasya’


***

Pada waktu sesi mata pelajaran sains, kelas 2 RKS diarahkan untuk ke makmal sains untuk melakukan sesuatu eksperimen.


Hello, hai ! erm, tahu tak jawapan untuk soalan ini apa ye?


Tiba-tiba sahaja seorang budak lelaki menegurnya.


Erm, maaflah saya tak tahu .. saya tak jawap lagi soalan yang tu. Sekali lagi maaf ye! ‘Kata Tasya’


Oh, kalau macam itu tidak mengapalah.. ‘ lelaki itu melemparkan satu senyuman sehingga menampakkan lesung pipitnya yang sangat dalam di bahagian pipi kiri’


Alahai, kalau lelaki yang ada lesung pipit comelnya!  Tapi dekat sebelah pipi kiri dia je ke? Apelah aku ni baru kenal dah kata budak lelaki tu comel! Nama dia pun aku tak tahu ! ‘Tasya berbisik di dalam hatinya’


*Siapa yang tahu? Perkenalan yang tidak disengajakan akan menjadi sesuatu peristiwa yang kita sendiri tidak jangkakan !*


Tasya? Awak tengok siapa tu? Hehe, dah ada boyfriend ke? ‘ tiba- tiba sahaja Ariana menegurnya dengan satu senyuman’


Eh, mana adalah.. erm, awak kenal tak budak laki tu? Saya tanya aje sebab tadi dia ada tanya soalan Sains ni dekat saya tapi saya belum jawab lagi. ‘terang Tasya kepada Ariana’


Oh, dia ke? Nama dia Shafizal , dia tu kawan saya dari kecil lagi.. dulu kami berjiran banyak kenangan kitaorang ! ‘Kata Ariana’


Begitu ye, terima kasih sebab beritahu nama dia.. ‘Kata Tasya lagi’


Terima kasih untuk apa ye? Awak minat dekat dia ke? ‘soal Ariana dengan muka tiba-tiba sahaja bertukar’


Tak de lah saya tanya sahaja, lagi pun saya tak nak bercinta lah ! kita baru tingkatan 2 .. ‘jelas Tasya ‘


Oh, baguslah kalau macam itu, saya pergi duduk tempat saya dulu ye! ‘kata Ariana’


Baiklah ! ‘ kata Tasya kepada Ariana’


***

Keadaan di dalan kelas 2 RKS daripada sunyi sepi bertukar menjadi bising selepas mata pelajaran Bahasa Melayu.


Hai, ingat saya lagi tak?


Macam kenal je dia tu ! aduh , sekejap nak fikir balik .. haa!! Daus Iskandar ! dia kan sama sekolah rendah dengan aku dulu.’ Kata Tasya di dalam hati’


Daus Iskandar kan? Sudah tentu lah saya ingat ! yang selalu kacau saya dulu masa darjah lima !  betul tak? Hehe ‘ Kata Tasya’


Betul ! hehe, ingat lagi ye awak dekat saya! ‘Kata Daus Iskandar lagi’


Perbualan mereka taman setelah guru mata pelajaran yang seterusnya masuk ke dalam kelas 2 RKS..


***



Selepas pulang daripada sekolah, Tasya terus masuk ke dalam biliknya untuk solat zohor dan selepas itu, Tasya turun untuk makan tengahari bersama ayah dan ibunya..


Ketika makan, Tasya hanya berdiam diri kerana abangnya tiada masih belum pulang dari sekolah.. ibu dan ayahnya berasa agak pelik dengan sikap Tasya..


Selepas makan, Tasya terus naik ke bilik dan membuka diarinya untuk menulis peristiwa-peristiwa yang telah terjadi di sekolah pada hari ini.


Hai Diari,

                Dah lama kan saya tak tulis apa-apa kat dalam buku ni.. oklah nak story sikit pasal sekolah hari ini.. pelbagai peristiwa berlaku dan saya sendiri tidak percaya! Semua tu berlaku dalam masa sehari! Saya terjumpa seorang ABANG ni handsome sangat! Tapi dia sama kelas dengan abang saya sendiri.. apa yang perlu saya buat? Lepas itu pula, saya kenal seorang budak lelaki dalam kelas saya tau! Tidak silap saya nama dia Shafizal ! saya happy sangat dapat kenal dia walaupun dia hanya tanya saya tentang soalan Sains ..  dia comel tapi dalam pada masa yang sama pula.. Ariana beritahu saya yang dia dah kenal Shafizal tu lama.. mungkin saya tak perlu kacau hubungan diorang kan, tidak pasal-pasal pula nanti saya dan Ariana bergaduh besar ! saya juga jumpa kawan lama saya masa sekolah rendah dulu Daus Iskandar ! erm, Nampak baik ! tak de apa-apa yang berubah pun tentang Daus Iskandar itu! Tetap sama sahaja.. saya penat, keliru, gelisah, gembira dan macam-macam lagi.. semua peristiwa ini berlaku sehari dan saya rasa pelik sangat-sangat! Oklah saya berhenti setakat sini dulu ye! Nanti ada story apa-apa lagi saya beritahu awak tau! Bye Diary <3 span="">

Princess Tasya


Tiba-tiba sahaja ada seseorang mengetuk pintu biliknya.


Masuklah, ‘Kata Tasya’


Kenapa adik macam tak sihat aje ni?  Ada apa-apa berlaku dekat sekolah ke? Tak nak kongsi dengan abang? ‘Danial Haris duduk di atas kerusi dan melihat muka adiknya yang kelihatan sangat lain daripada biasa’


Abang dan balik sekolah? Maaflah buat abang risau pulak ! sebenarnya tak de apa lah abang.. abang rehatlah dulu ye.. mesti abang penat baru balik sekolah kan.. ‘Kata Tasya dengan penuh lemah lembut’


Adik jangan tipu abang tau! Abang dapat tahu daripada muka adik tu.. tak apa lah abang tak nak paksa adik untuk beritahu abang.. nanti kalau adik dah bersedia nak cerita, datang je kat bilik abang ye! ‘Kata Danial Haris’


Baiklah abang, bila adik dah ready nak luahkan semua ni.. adik akan datang jumpa abang .. ‘Kata Tasya sambil mengukirkan senyuman’
 | TAMAT |

Saturday, December 21, 2013

(Novelku) Bab 3 : Kehidupan di Sekolah Baru !

  #Buat ni just utk suka2.. :) sekali lgi.. mmg byk salah tanda baca dan ayat2.. sebab sy bukan penulis novel! :) #Enjoys :D


Assalamualaikum ibu, Danial dah balik ni.. Danial Haris masuk ke rumah dengan langkah kanan dan mencari ibunya di dapur.


Waalaikummusalam Danial, pergi tengok adik kamu buat ape di biliknya? Ajak dia makan ye! Ayah kamu baru sahaja mandi.. selesai sahaja ayah kamu mandi, kita sekeluarga makan petang.. ‘Jawab Puan Aifa’


Baiklah ibu, saya mandi dulu lah sebelum itu, lagi pula badan saya dah berbau ni.. hehe ‘kata Danial Haris kepada ibunya’


Selesai sahaja daripada mandi dan solat asar, Danial Haris mengetuk pintu bilik adiknya dan membuka pintu tersebut sebelum disuruh masuk.


Aduhai,adik tidur pula.. lebih baik aku kejutkannya untuk solat asar dulu. ‘bisik hati Danial Haris’


Adik! Adik ! bangun–bangun dah nak maghrib ni.. nanti tertinggal pula solat asar.. ‘Kejut Danial Haris dengan lemah lembut ’


Hurm!!  Tasya menguap sambil menutup mulutnya dengan tangan kiri.. dia terperanjat melihat abangnya berada di dalam biliknya.


Abang , kenapa masuk bilik adik ni? Abang tak ketuk pintu dulu ke? ‘soal Tasya dan lantas bangun dari katilnya’


Abang dah ketuk tadi tapi tak dengar suara adik pun. Abang pun apa lagi buka saja lah pintu tu. Adik bangun tau terus mandi.. dah solat asar belum ni? Kalau belum pergi solat dulu.. selepas siap turun makan petang ye.. ayah dan ibu sudah tunggu di bawah.. ‘kata Danial Haris kepada adiknya’


Adik dah solat asar tadi, tertidur lepas belajar sekejap tadi.. mungkin penat sangat kut dekat sekolah .. lagi pula kelas adik berada di tingkat 4. ‘keluh adiknya’ oklah terima kasih sebab abang kejutkan.. ‘Tasya Mengeluh penat’


Tasya mandi tau, abang turun dulu ye.. ‘Kata Danial Haris lalu keluar daripada bilik adiknya dan menutup pintu bilik itu’.

                                                                                         ********


Afrina, kamu dah siap makan belum? Lepas ini kita solat Maghrib berjemaah tau.. ‘Arah Shahrizal Firdaus kepada adiknya’


Dah Abang Ral, sekejap lagi Afrina ke ruangan solat .. ‘bicara Afrina dengan lemah lembut’

Selesai sahaja solat Maghrib dan Isyak.. Mereka sekeluarga membuat hal masing-masing.. sementara itu, Afrina dan Shahrizal Firdaus berborak di ruang tamu sambil menonton sebuah drama.


Afrina kenal kan dengan adik kepada kawan Abang Ral? Tidak silap Abang Ral nama adiknya itu Tasya Ada macam tu lah namanya.. ‘soal Shahrizal Firdaus kepada adiknya’


Tasya Adiliana lah Abang Ral! Hehe sambil ketawa melihat telatah abangnya yang kebingungan. Sudah tentulah, Afrina ada menegurnya dan menemani dia pada waktu rehat tadi. Kenapa Abang Ral tanya?


Tidak ada apa-apalah, dia pelajar baru kan?  Jadilah kawan rapat dia ye, setahu Abang Ral dia pemalu sikit.. Risau sahaja nanti dia dibuli.’Terang Shahrizal Firdaus kepada adiknya’


Oh, Abang Ral jangan risau tau.. Afrina senang berkawan dengannya walaupun dia seorang yang pemalu tapi budi bicaranya lemah lembut sekali.’kata Afrina’


Baguslah kalau macam tu! Abang Ral berbangga dengan adik abang seorang ini, nanti kalau ada apa-apa hal tentang pembelajaran jangan malu jumpa abang Ral tau.. di skolah mahupun di rumah ye! ‘kata Shahrizal Firdaus’


Baiklah abang  Ral! Afrina beruntung dapat abang sebaik Abang Ral.. ‘ senyum Afrina kepada abangnya’ lalu Afrina menyambung menonton drama tersebut.

                                                                                 
                                                                                                   ****


Selepas solat maghrib dan Isyak bersama ibunya. Tasya duduk di dalam Bilik Baca yang disediakan khas di rumah itu. Bilik itu disediakan untuk membaca dan mengulang kaji pelajaran kerana bilik tu tidak didedahkan dengan bunyi-bunyi yang bising. Manakala ayah dan abangnya solat berjemaah di masjid.


Tenangnya duduk dekat bilik ini, dapat hilangkan tekanan . ‘bisik hati kecil Tasya dan membaca sebuah majalah’


Tiba-tiba sahaja Tasya melihat ada seseorang masuk ke dalam bilik itu.. Siapa pulak itu?’soal Tasya’


Oit, Assalamualaikum! Abang bagi salam tak jawab pun dari tadi ! ‘ gurau Danial Haris kepada adiknya’


Abang rupanya! Suka sangat buat orang terperanjat ! nasib baik adik tak ambil buku ketuk kepala abang tadi! ‘Kata Tasya sambil tersenyum’


Haha , abang saja nak masuk bilik ni nak tengok adik montel abang ini buat ape.. asyik sangat baca majalah itu sampai tak dengar abang ketuk pintu dan memberi salam.. ‘kata Danial Haris sambil duduk di sebuah kerusi yang disediakan khas untuk bilik itu’


Waalaikummusalam, maaf ye adik tak perasan tadi.. abang! Adik tak montel lah! Adik comel macam teddy bear! Cuba abang bayangkan, kalau teddy bear tu kurus kering macam abang! Memang teddy bear tu takkan ade siapa beli sebab tak dapat jadikan bantal peluk dan tak secomel adik ni! ‘Tasya membuatkan muka comelnya’


Adik abang ini, pandai ye kalau bab menjawab nombor satu! Haha, sambil senyum ke arah adiknya.. abang nak tanya sedikit ni.. adik kat sekolah tadi macam mana? Ada orang buli tak? Abang risau saja takut ada senior-senior lain buli adik. ‘soal Danial Haris kepada adiknya’


Adik ok sahaja lah abang. Abang tak perlulah risau sampai macam itu sekali.. adik takkan kacau abang kat sekolah.. adik tahu abang sibuk.. ‘Terang Tasya’

Abang hanya risaukan adik sahaja, jangan nakal-nakal di sekolah.. jangan pandai-pandai nak belajar bercinta! 

Abang tak nak! Nanti kalau putus cinta nangis aje sepanjang masa ! buat masa sekarang fokus belajar, lepas habis belajar baru abang carikan seseorang yang sesuai untuk adik! Haha ‘gurau Danial Haris’


Aik, abang dah jauh sangat ni! Ok abang, adik tak nak pun.. terima kasih abang Danial! ‘ucapan terima kasih singgah di bibir Tasya untuk abangnya’


Kenapa terima kasih dekat abang? Abang ada buat apa-apa ke? Oh, sebelum abang lupa! Nah, coklat Cadbury ni.. abang belikan dua untuk adik kesayangan abang ini. Jangan pula makan sampai habis terus kedua-dua coklat itu.. nanti makin tembam susah pulak nak carikan saiz baju untuk raya tahun ini!! ‘sambil mengenyitkan mata dan senyum kepada adiknya sehinggakan ternampak gigi Danial Haris yang cantik tersusun’


Abang ni! Adik ucap terima kasih dekat abang Danial sebab abang dah jadi seorang abang yang sangat baik dan prihatin, adik happy sangat dapat abang macam ini! Yang selalu manjakan abang dan suka buat abang tersenyum. Semua masalah adik abang selalu ada untuk dengar dan memberi nasihat. Oh , terima kasih juga sebab bagi coklat ni! Sayang abang! Sambil memeluk abangnya.’Kata Tasya dengan manja’


Sama-sama kasih lah adik!! Kalau adik nak tahu, abang ambil berat pasal adik sebab abang ada adik seorang aje..  kalau bukan ambik berat pasal adik, abang nak ambil berat pasal siapa lagi? Betul tak? Lagipun abang suka tengok adik gembira dan tak nangis-nangis macam dulu bila duduk kat asrama tu. Abang tahu adik tidak boleh bepisah dengan ibu. Abang pun sayang adik juga ‘Kata Danial Haris sambil mencubit pipi adiknya dengan lembut’.


Abang masuk tidur dulu ye, nanti bangun lambat pula esok ! adik pun jangan tidur lambat pula nanti susah nak bangun pagi. ‘Arah Danial Haris’


Adik dah biasa lah abang.. lagi-lagi time duduk kat asrama dulu.. walaupun hanya tiga bulan adik mampu bertahan tapi adik dah belajar banyak benda yang baharu. Adik risau juga ibu dan ayah akan ungkit tentang adik pindah sekolah,, jujur adik kata, adik tak suka ungkit pasal asrama itu balik. ‘keluh Tasya lagi’


Abang tahu itu adik, adik kuat sebab dapat bertahan.. tiga bulan bukannya masa yang sekejap juga.. adik lupakan semua tu dan belajar rajin-rajin tau.. buktikan dekat ibu dan ayah  yang adik boleh berjaya lepas pindah sekolah baru ini. Lagi-lagi adik ada abang yang akan selalu bantu dan membimbing adik tentang pelajaran. Abang tidur dulu ye! Assalamualaikum! ‘Danial Haris keluar dari bilik itu lalu teru mengambil wudhuk untuk tidur’


Waalaikummusalam abang Danial! Terima Kasih Ya Allah, Engkau telah kurniakan seorang abang yang sangat baik kepadaku. Harap ini semua akan berkekalan sampai bila-bila. Amin. ‘Doa Tasya di dalam hatinya’.

                                                                                 
                                                                                        *******

Ala, tudung ni buat hal pulak pagi-pagi ini. Nak lipat tudung ni jadi tak cantik lak! Senget sana, senget sini ! ‘Tasya bercakap sendirian di depan cerminnya’


Adik, cepat sikit turun sarapan! Ayah dah tunggu dah tu! ‘Danial Haris mengetuk pintu bilik adiknya’

Sekejap abang! Adik tengah bersiap ni.. abang sarapan lah dulu.. ‘kata Tasya’


Ok , abang turun dulu.. ‘Danial Haris menuruni tangga dan duduk di atas kerusi yang disediakan di meja makan itu’

Mana adik kamu? Soal Puan Aifa..


Tengah bersiap lah itu ibu, perempuan kan.. kalau siap awal macam Danial ni dah bukan perempuan pulak adik Danial seorang tu.. ‘Gurau Danial Haris’


Kamu ini ada-ada sahaja.. kenapa hari ini pergi sekolah nak bawa motor? Adik kamu kan dah sama sekolah dengan kamu.. pergi sekolah dengan ayah sahajalah..’Puan Aifa menyoal anaknya’


Hari ini Cikgu Aziz ada buat tuisyen untuk budak-budak yang ambil aliran Sains Tulen.. kesian pula ayah nanti nak ulang-alik ambil Danial lepas ambil Tasya pulang dari sekolah. Sebenarnya ibu, Danial tak berapa suka  bawak motor ke sekolah. Maklumlah pagi-pagi banyak kereta, kadang-kadang sampai berlaku kesesakan lalu lintas. ‘Terang Danial Haris panjang lebar kepada ibunya’


Oh, kalau begitu bawa motor tu hati-hati.. jangan laju-laju yang paling penting pakai topi keledar tu.. ibu tak nak Danial terlibat dengan budak-budak motor yang lain.  Nanti nak duduk di rumah pun susah asyik merayap sahaja. ‘Nasihat tegas Puan Aifa kepada anaknya’


Baiklah ibu, Danial akan berusaha mematuhi segala nasihat ibu.. ‘Jawab Danial Haris’

Abang ada tuisyen? Ala, tak dapat balik dengan abang !! ‘bisik hati kecil Tasya yang baru sahaja sampai di meja makan dan terdengar perbualan abang dan ibunya’

Ibu, saya pergi dulu ye.. ‘Danial Haris bersalaman dengan ibu dan ayahnya sebelum berangkat ke sekolah’ Assalamualaikum..


Waalaikummusalam… mereka menyambut salam Danial Haris.


Adik , cepat sikit makan tu, ayah kena pergi kerja cepat hari ini.. ‘arah En. Zulkamal’


Baiklah ayah.. ibu, adik pergi dulu ye.. sambil bersalaman dengan ibunya.


Belajar rajin-rajin tau! Jadi insan yang berguna di kemudian hari! Puan Aifa memeluk anaknya dan mencium ubun-ubun Tasya dengan penuh lemah lembut’ itulah tugas hariannya sebelum anak-anaknya berangkat ke sekolah.


Adik akan berusaha sehabis baik ye ibu, assalamualaikum..


Waalaikummusalam, jawab Puan Aifa dengan suara yang perlahan.


Keadaan di rumah itu mula sunyi tanpa ada suara anak-anaknya.

***

Perhimpunan harian diadakan di Dataran Gemilang. Beberapa orang guru memberi ucapan di atas pentas.


Hai, awak pelajar baru ke? Tinggal di mana? Beberapa soalan bertubi-tubi ditanyakan kepada Tasya. Pelajar dari kelas lain tidak sombong malah lebih peramah daripada sangkaan Tasya.


Alhamdulilah , diorang ok aje dengan aku.. ‘bisik hati kecil Tasya’


Selepas bersurai sahaja perhimpunan harian, pengawas sekolah diarahkan agar memastikan semua pelajar memakai pakaian sekolah yang telah ditetapkan.


Bestlah belajar hari ini, cikgu-cikgu semuanya sporting . kalau hari-hari macam ni seronok belajar.


Hai Tasya, lepas ini mata pelajaran Matematik, cikgu Rosnani cuti bersalin.. nanti Cikgu Katrina ganti selepas rehat, kita diarahkan berkumpul di bilik Ekonomi Rumah Tangga (ERT). ‘Kata Afrina kepada Tasya’


Terima kasih atas maklumat itu, senyuman yang ikhlas diberikan kepada Afrina.


Sama-sama kasih, hehe ‘Afrina membalas senyuman Tasya ‘


Mereka menyambung sesi pembelajaran selepas Cikgu Faizul masuk ke kelas itu.





| BeRsAmBuNg |